Hai semua. Buat apa tu.
Hari ni mama just nak kongsi dengan korang beberapa keping gambar mama bersama dua buah hati dan nyawa mama. Tak lain dan tak salah lagi, mereka berdua yang bertuah itu adalah anak perempuan mama dan baby boy mama.
Syukur sangat kerana hidup mama kini berasa lebih bersinar dengan kehadiran dua bintang hati mama ni.
Dulu kala, ( ewah...mama berdulu kalalah pulak hehehe ) mama pernah di sindir dan di pandang sepi dek belum punya anak. Seolah-olah mama ni tidak mahu anak. Sedangkan mereka tahu dan sedar, itu adalah dari ilahi dan Allah mengatur semuanya. Tapi siapalah kita kan nak sekat dan halang orang nak "membawang" hal kita kan.. LANGAU yang harus dijauhi. Biarkanlah mereka tu..
Berbalik kepada dua permata hati mama ni,
Yang sulung mama kakak fatma dah berusia 4tahun sekarang tapi manja teramat sangat. Yang kedua baby boy mama, baby razali. Bukan SAZALI taw. Hehee. Baby boy mama 9.10.19 yang lalu, genap 9bulan. Manja juga tapi biasa-biasa aje..cuma kalau mama jauh, mesti teriak.
Alhamdulillah, masa mengandung mereka berdua mama tidak banyak alahan, cuma tidak boleh berbau tumisan bawang dan mama tak aktif sangat di dapur pada awal kehamilan.
Inilah beberapa keping antara gambar mama bersama dua insan cinta hati mama.
Mama sayang anak-anak mama dunia akhirat
Anak-anak pujaan hati mama meskipun mama kekadang mama terlebih berubah menjadi "harimau" 😁😁😁
Mama harap dan doakan kakak fatma dan baby boy menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan berjaya di dunia dan juga akhirat, menjadi insan yang berguna kelak. Mama juga harap kedua-dua anak mama ni sentiasa dalam lindungan dan redha ilahi.. Aamin.
Mama sayang kalian ketat-ketat.
💗💗💗💗💗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan