Jumaat, 13 September 2019

TERIMA KASIH YA ALLAH

Alhamdulillah , mama masih di beri kesempatan untuk bersama dengan insan-insan yang mama sayangi dan kasihi.

Beberapa hari yang lalu,  mama dan keluarga mama iaitu nenek, ayah su **adik lelaki bongsu mama, dan anak-anak mama ( baby boy dan kakak fatma)  berkunjung ke rumah  achik iaitu adik perempuan bongsu mama di kampung kota yang terletak berdekatan dengan wakaf che yeh.

Nenek rindu telatah dan ragam cucu  yang sudah beberapa minggu tidak jumpa. 2 orang anak buah mama ni memang aktif dan nakal hehe.. Biasalah kan,  budak mana yang tidak aktif kan. Lebih-lebih lagi kalau lelakikan. Hehehe





Sampai je rumah achik, anak-anak terus serbu.main buaian, main motor, main patung..walaupun mainan tidak banyak seperti rumah nenek tetapi mainan rumah achik ni besar-besar saiznya. Jadi kalau main,  mesti anak-anak suka.

Buah masak

Tarik dahan,  petik dan makan jer
Yummy


Rumah achik ada banyak pokok buah, antaranya buah dokong. Kebetulan masa kami pergi, buah tengah masak. Walaupun tak masak sepenuhnya, tapi mama suka sebab boleh makan dari pokok.. Buah masih rasa masam-masam manis lagi...macam tajuk citer p.ramlee pulak dah hehehee

Kami bergerak kerumah achik pagi dan lebih kurang pukul 3petang kami balik. Masa nak balik,  anak achik yang bongsu iaitu nazril teriak pulak.  Teriak bukan apapun, teriak sebab nak ikut nenek balik. Tapi tak boleh ikut pun, sebab mama dia tak ikut sekali.


Tambah kapsyen


Kekadang bila mama nak ke rumah achik, mama berbelah bagi. Ini kerana kasihan nanti anak buah menangis teriak nak ikut sekali bila nak balik.. Bukannya mama tak nak bawa tapi payah sikit. Mama kadang-kadang rempit dengan motor je. Kekadang singgah sekejap sebelum balik ke bachok.

Apapun mama harap anak buah mama sihat dan membesar dengan ceria dan bahagia sentiasa. Anak mama pun mama sentiasa doakan begitu. Sentiasa sihat, gembira dan di rahmati serta di lindungi oleh Allah taala setiap saat.

Mama sayang kalian semua.
Mama sayang family mama
Mama sayang keluarga kecil mama
Mama sayang anak-anak mama
Mama sayang anak-anak buah mama

Sabtu, 7 September 2019

CERELAC BIJIRIN BAYIKU







Alhamdulillah. Baby boy dapat dua sample makanan bayi iaitu bijirin bayi dari nestle iaitu  "beras merah & susu" dan satu lagi "beras".







Ini pertama kali  baby boy dapat sample. Suka dan gembira sangat.  Mana tidaknya,  baby boy mama memang makan bijirin jenama cerelac ni. Tetapi baby mama biasa makan yang "beras" sahaja. Risau juga nak bagi yang "beras merah & susu".



Beberapa bulan lepas mama pernah bagi baby boy makan bijirin cerelac "beras dan soya" tetapi baby boy seperti tidak mahu makan dan tidak mahu membuka mulut. Suap beberapa suapan, baby seperti main-main. Apabila mama sendiri cuba dan makan sedikit,  mama rasa "beras dan soya" ini agak berasa manis. Mungkin sebab itu baby boy tak nak makan.

Asalnya,  mama terpaksa beli bijirin "beras & soya" kerana kehabisan stok perisa "beras"  untuk umur dari 6 bulan kerana mama terlupa membawa makanan baby boy sewaktu balik ke rumah tok mi, bachok kelantan.

Nanti mama hendak cuba bagi baby boy beras merah & susu pula.  Mana tahu kan,  baby boy sesuai nanti dengan beras merah + susu.





Hai ibu-ibu semua di luar sana. Mama nak kongsi dengan youall mengenai bijirin CERELAC ni. Bijirin cerelac yang diperbuat daripada kebaikan bijirin gred bayi yang penuh dengan nutrien penting seperti zat besi, kalsium,  vitamin C,  DHA,  protein dan probiotik.




Terdapat empat (4) kebaikan bijirin cerelac ini.  Pertama adalah lebih zat besi.Zat besi adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah.
Kedua,  probiotik BIFIDUS BL.  Probiotik ini penting dalam membantu meningkatkan fungsi usus bayi.
Kebaikan ketiga bijirin cerelac adalah pula cebisan dan tekstur untuk di terokai bayi. Teksturnya yang merangsangkan dan sangat sesuai dengan tahap pengunyahan bayi.
Kebaikan yang keempat pula ialah CHE. CHE ialah teknologi terkini menjadikan bijirin bayi nestle cerelac mudah dihadam.



Kepada ibu semua, jom jadikan masa makan baby lebih bertambah seronok dengan lebihkan masa bersama bayi berbanding gajet dan aktiviti lain. Kebelakangan ni, mama perhatikan masa makan pun segelintir ibu-ibu lebih bersama gajet berbanding anak-anak.

Selain itu, makan bersama bayi dan keluarga juga boleh mendatangkan keseronokan. Sesekali jika kelapangan beriuh rendah sesama keluarga memang menyeronokan.

Pelbagaikan hidangan dan jadikan makanan ke bahagian lebih kecil memang menyeronokan bayi. Kekadang makanan yang besar menyukarkan si kecil untuk makan dan menyebabkan si kecil tidak selesa dan tidak menyukainya.

Yang terakhir untuk menjadikan makan si manja lebih seronok ialah dengan mencipta suasana ceria. Kerapkan memuji dan memberi senyuman si manja akan menggalakan si manja untuk lebih berselera makan.




Jom ibu semua,  cubalah bijirin cerelac untuk bayi. Mama yakin, bayi ibu mesti menyukainya.

Tetapi AWAS bijirin ini untu bayi 6bulan ke atas ya. JANGAN bagi kepada bayi yang kurang dari 6 bulan. Nanti kan jadi masalah kepada bayi pula. Perut dan usus bayi masih baru dan belum boleh terima sebarang makanan taw..





Khamis, 5 September 2019

Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher | Shopee 9.9 Super Instagram Contest Starts Now!

Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher
Shopee 9.9 Super Instagram Contest Starts Now!

KUALA LUMPUR, 5 Sep 2019 – Be the lucky winner to win RM1,000 Shopee Cash Voucher when you join the Shopee 9.9 Super Instagram Contest. Just follow @shopee_my on Instagram and repost the Instagram post (https://www.instagram.com/p/B2BlJ-1Hs7A/) with the caption "Buy everything at Shopee! #Shopee99SuperShoppingDay #Shopee99SuperContest". 

The highest number of repost will win RM1,000 Shopee Cash Voucher. Fifty (50) winners will also win the consolation prize of RM50 Shopee Cash Voucher each. Contest starts now and ends on 9 September 2019, 11:59PM. Winners will be announced on Shopee MY's IG. Terms and conditions apply.


The contest is part of Shopee’s signature annual shopping event, 9.9 Super Shopping Day. Taking place from now until 9 September 2019, the campaign offers greater deals and discounts across categories from brands such as Nutox, HP, L'Oréal, Vinda, Photobook Malaysia, Enfagrow, Universal Traveller, realme, MR DIY and Nestle. To enjoy further savings, Shopee is bringing down the minimum spend for free shipping to RM9. 

Shopee also recently revealed its newest brand ambassador, Cristiano Ronaldo and he will be working with Shopee across its seven markets in a wide range of activities to engage and inspire people in the region.

Find out more about 9.9 Super Shopping Day at https://shopee.com.my/m/99

Rabu, 4 September 2019

PILIHAN UTAMA

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat ALLAH yang Maha Esa dan Maha Kuasa.




Pertama kali, anak pertamaku kakak fatma minum air susu tanpa muntahkan semula dan tiada apa-apa masalah.



Dari bayi hingga masuk umur 4 tahun, kakak fatma memang tidak minum susu formula ataupun air kotak yang berperisa susu.  Pernah mama bancuhkan susu formula yang doktor bagi untuk tumbesaran kakak tetapi kakak tidak minum kerana bau susu sudah di hidu hidung kakak fatma.

Beberapa kali mama cuba bagi susu kepada kakak fatma tetapi tidak berjaya. Kakak fatma tidak sentuh langsung.


Tetapi kini anak mama, kakak fatma minum susu. Barangkali kerana gambar Puteri Anna dan Elsa cerita FROZEN di kotak air susu Dutch Lady.



Hari ni,  04.09.19 sudah 2kali kakak fatma minum air kotak perisa susu ni.
Gembiranya hati mama. Semoga lepas ni,  kakak fatma minum susu jenama lain pula. Mama kena cari yang ada gambar kartun kegemaran ni.





Girangnya dapat minum air kotak milky bersama teman-teman. Lihatlah gelagat kakak fatma bersama yang lain minum susu.





Oleh kerana air kotak ini saiz kecil, kakak fatma tidak berasa puas dan tidak cukup 1 kotak. Paling sedikit pun 2 kotak kakak minum.






Baby boy pun tidak lepas peluang taw. Acah je tu, mama tak kasi pun. Maklumlah baby boy masih kecil lagi dan masih menyusu susu badan mama


Nanti mama nak buat stok air kotak perisa susu gambar frozen ni. Boleh lah ganti air milo yang selalu kakak fatma minum.

RIUH KERANA ANAK-ANAK

Assalamualaikum semua. Lama dah rasanya tak berceloteh di sini.
Dek kekangan masa yang mencemburui mama ni, mama tak sempat nak singgah di laman sesawang ni.

Seminggu dua ni, mama sibuk sangat. Bukan sibuk apa pun,  sibuk melaung sana sini dek ramai anak kecil di rumah ni. Bila ramai yang kecil ni, penat la sikit. Maklumlah anak-anak tengah hendak membesarkan. Kenakalan dan keragaman mereka memang memeningkan. Dalam sesaat ada sahaja benda yang dibuatnya.

KAKAK FATMA & BABY BOY

ADAM & AYRA
4 ragam dan karenah yang mengamatkan suasana dan mengegarkan rumah nenek.
Anak mama 2 orang,  anak kak long 2 orang iaitu sepasang kembar sudah menyebabkan kami tidak tenang dan tidak senang duduk. Tapi nasib baik anak mama yang bongsu belum pandai lagi nak itu ini. Kekadang je meragam kerana bola di rebut teman-teman.

NAUFAL & NAZRIL

Ini belum lagi si naufal dan nazril balik. Kalau diaorang balik lagilah gamat suasana rumah nenek dengan pekikan dan laungan insan yang bernama mama ni, hehehee.

Usia mereka berenam yang hampir sebaya semuanya. Paling bongsu 9bulan, 2 tahun , 3tahun dan 4tahun memang  usia yang tengah aktif dan mencuba sesuatu yang baru. Bila berkumpul satu rumah, gempa bumi pun boleh kalah rasanya. Hehehe.. Boleh kalah ke ek??






BOTOL AIR YANG  JADI REBUTAN

Ada saja benda yang di rebutnya. Kalau tidak berebut mainan, mesti berebut bekas air minuman. Kadang-kadang empunya barang pula seperti terasing. Nak ambil, tidak dikasi. Lebih teruk lagi, dibawa lari sana sini hehehe.
Tapi itulah ragam dan telatah mereka yang kelak di rindui.

BUAIAN 




Buaian ni hanya muat 3 orang tetapi kalau kakak fatma, ayra dan adam naik mesti bergaduh. Ini kerana diaorang
berebut nak duduk di tepi dan inginkan ruang yang besar. Mamalah yang jadi gergasi besar sebab terpaksa berada di tengah buaian bila diaorang meragam dan menangis kerana buaian ni.

Kalau rasa sunyi sepi dan senyap itu mesti sebab diorang tidur je.  Kalau tidak,  satu saat pun tak henti diorang bermain,berlari-lari dan memekik.

Mama yakin dan percaya saat diorang masih kecil,masa bermain bersama dan masa inilah yang akan dirindui kami para ibu kelak. Rindu gurauan anak-anak. Rindu gelak ketawa. Rindu karenah dan perangai mereka yang nakal dan tidak dengar kata hehehe.

MY FAMILY,BERSAMA 5 ORANG ANAK..
 TIDAK TERMASUK BABY BOY..
MASA NI MAMA PREGNANT,BELUM BERSALIN LAGI. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...