Isnin, 30 November 2020

SENYUM SEINDAH SURIA DENGAN WHITEKIST MAGIC CHARCOAL

Gigi yang putih dan sihat adalah idaman setiap insan. Dengan gigi yang putih, nafas yang segar, senyuman yang menawan dapat memikat hati setiap insan yang memandang. Bahkan ia dapat menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. 

Mama pun suka dan impikan gigi yang cantik dan menawan tetapi mama mempunyai masalah gigi kuning. Barangkali kerana mama sukakan minuman kopi. Tetapi kini masalah mama sudah hilang dan mama lebih yakin berjumpa teman-teman apabila mama menjumpai WHITEKIST MAGIC CHARCOAL.

WHITEKIST MAGIC CHARCOAL

WHITEKIST MAGIC CHARCOAL merupakan arang aktif dari semula jadi berasal dari tempurung kelapa, tanpa bahan kimia yang membantu untuk memutihkan & membersihkan gigi dan mulut dengan menyerap bakteria dan bahan kimia makanan secara keseluruhan.



Terdapat banyak kelebihan WHITEKIST MAGIC CHARCOAL. Antaranya adalah
👉 untuk pemutihan gigi
👉 menyingkirkan bakteria penyebab bau mulut
👉 berkesan menghilangkan karol pada pencungkil gigi terutamanya perokok
👉 meneutralkan ph mulut
👉 tiada bahan yang menghakis (peroksida)
👉 berkesan seawal 7 hari penggunaan





Korang jangan risau ya, WHITEKIST MAGIC CHARCOAL ni produk yang di luluskan olek KKM. Selain itu produk ni adalah halal dan merupakan salah satu antara produk buatan Malaysia.

CARA PENGGUNAAN WHITEKIST YANG BETUL DAN TEPAT
1 - MINGGU PERTAMA GUNA 2 KALI SEHARI SELAMA SEMINGGU
2 - MINGGU KEDUA GUNA 2 KALI SEMINGGU
3 - MENGGUNAKAN BERUS GIGI YANG DIBERI ATAU BERUS GIGI YANG LEMBUT DAN HALUS SAHAJA. GOSOK DENGAN PELAHAN DAN JANGAN KASAR.
4 - SENYUMAN MENAWAN TANPA MASALAH GIGI DAN NAFAS BERBAU.

Yang berminat untuk dapatkan WHITEKISH MAGIC CHARCOAL  boleh layari 
Website : WWW.WHITEKISH.COM
Call / sms / wasap : 0178898878

Mama bersama WHITEKIST MAGIC CHARCOAL


Sebelum dan selepas menggunakan whitekist magic charcoal




Isnin, 9 November 2020

OLD TOWN WHITE COFFEE

 The Aroma of Good Times Awaits Malaysians this 11.11 with OLDTOWN White Coffee 


The Perfect Sip Crafted through mouth-watering online deals, prizes and exclusive flavours






KUALA LUMPUR, 9 November 2020 - To some, coffee is more than just a drink. It is a form of gastronomical necessity that needs to be consumed daily. A morning without it may seem rather incomplete. 




OLDTOWN White Coffee is all set to making the morning brighter than ever, especially for Malaysians that are currently working from home. The country’s largest halal-certified white coffee cafe chain brings attractive deals, exciting contests and games plus sumptuous coffee flavours online on its official store on Shopee, in conjunction with the e-commerce platform’s 11.11 Big Sale running now till 11 November.




Products like the OLDTOWN White Coffee Hazelnut RTD Can will go on Shocking Sale, its original price slashed to RM0.11 on 11 November from 12AM to 2AM! Exclusive 11.11 discounts also include up to 30% off on Malaysian favourites like the OLDTOWN White Coffee 3 in 1 Classic and the OLDTOWN Nan Yang White KOPI O.








Adding to the excitement, from now till 11 December, users stand a chance to win weekly vouchers and exciting prizes when taking part in games. Shopee Mobile App users can play the Spin & Win game brought to you by the OLDTOWN White Coffee Shopee Flagship Store and win eye-catching voucher prizes worth up to RM50. All Shopee users earn one free token to spin every day. This token is refreshed at 12AM daily. Share the game to earn an extra chance to spin, with up to three extra chances per day! Shoppers can look for the Spin & Win game by scrolling to the ‘Shop’ tab when visiting the OLDTOWN White Coffee store on Shopee.








The OLDTOWN Kopi Catch meanwhile is a fun mini game where shoppers can race to collect the most coffee beans, caramel bits or hazelnuts within 30 seconds. The top 10 players with the highest cumulative points after four weeks will be taking home a RM50 Shopee voucher each!








OLDTOWN fans can also look forward to enjoying the deliciously dark and creamy, online exclusive OLDTOWN White Coffee Dark Roast which can be purchased on the brand’s Shopee store. Available in Original and Hazelnut variants, it is made from dark coffee beans roasted at high temperature; it is less acidic and sweet with a smoky bittersweet note at the first sip. Simply satisfying.




The OLDTOWN store on Shopee is home to an extensive list of flavours from the brand’s line of instant coffee and milk tea mix. This includes the rich OLDTOWN White Coffee Classic, the uniquely local OLDTOWN Milk Tea Teh Tarik and also the perfectly balanced OLDTOWN Nan Yang White KOPI O. 




For smoother checkouts throughout the campaign, users should top up their ShopeePay accounts so they do not miss OLDTOWN’s limited time deals or products in fast sellouts.   




Has it been mentioned that there is an Ultimate ASMR White Coffee Experience video by OLDTOWN on YouTube? Don’t worry, we will not spoil it for you if you have not seen it yet. Watch it here - https://www.youtube.com/watch?v=zpeRPVUhiKk. You’re welcome! 




Enjoy the The Perfect Sip Crafted by OLDTOWN White Coffee on Shopee by visiting https://shopee.com.my/oldtownwhitecoffee.os 




END

Rabu, 5 Ogos 2020

PG MALL GEDUNG TERBAIK ANDA UNTUK MEMBELI BELAH.

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan Mac 2020 yang lalu ekoran wabak Covid 19 dan saranan Perdana Menteri Malaysia agar rakyat Malaysia membeli belah dalam talian bagi membendung penularan wabak Covid 19 menyebabkan platform membeli belah dalam talian menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Membeli belah dalam talian (Online) tanpa perlu keluar rumah, beratur panjang, bersesak dengan orang ramai dan harga yang ditawarkan menarik dan murah turut menjadi  faktor kenapa rakyat Malaysia lebih memilih membeli belah dalam talian.


Sebenarnya banyak laman web membeli belah dalam talian di Malaysia ni.Tetapi yang ini menarik minat mama. PG Mall. Eh, korang taw tak apa itu PG Mall ni? PG Mall www.pgmall.com merupakan e-dagang nombor 1 di Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Sudah 3 tahun PG Mall ini rupanya. Jika korang hendak tahu lagi, PG Mall merupakan satu-satunya platform e-dagang tempatan di Malaysia. Wah, hebat kan.  Menurut laporan Iprice insight https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ PG Mall menduduki tempat ke-3 sebagai laman web e-dagang teratas.PG Mall juga menerima semua e-wallet yang biasa digunakan dan merupakan pintu masuk semua pembayaran.

CARA TOPUP PG MALL C-WALLET
Apabila korang berbelanja dalam platform PG Mall ni, mama syorkan korang membayar dengan menggunakan C-wallet tanpa perbelanjaan minimum. 
Korang hanya perlu ikut beberapa langkah yang senang sahaja untuk menambah C-wallet, iaitu 
1) Log masuk ke akaun PG Mall
2) Pergi ke profil saya dan pilih C-wallet
3) Tekan butang topup
4) Pilih kaedah pembayaran pilihan anda dan lakukan pembayaran
5) Pembayaran akan dialih ke laman web  pembayaran yang dipilih
6) Topup C-wallet akan segera kelihatan sekiranya berjaya




Jika korang masih tidak faham, korang boleh jer layari  https://youtu.be/XZNPNZHY0O0  untuk melihat video bagaimana cara nak topup C-wallet. Lagi senang,dan memang mudah untuk di fahami.



Mulai 1/8 sehingga 30/9/2020, PG Mall mengadakan diskaun sebanyak 31%, terhad pada RM20.00 dengan setiap pembelian minimum RM60.00. Sepanjang tempoh kempen, bukan sekali sahaja penebusan yang dapat dilakukan sebaliknya pembeli dapat melakukan dua (2) kali penebusan. Wow, best kan. Gunakan kod ONLINEDEALS untuk menikmati lebih promosi di PG Mall.


Terdapat pelbagai barangan dari pelbagai jenama yang dijual dalam platform PG Mall ni. Bukan satu dua jenama sahaja tetapi terdapat banyak jenama yang memang di kenali oleh pengguna, antaranya ialah PG Jewel, PG Gold Museum, Aurora, Nestle, Brands, PHILIPS dan banyak lagi. 



Barangan yang dijual pula adalah 100% barang asli dan turut menawarkan penghantaran percuma dengan setiap pembelian minimum. 
Wow, menarik dan memang terbaiklah. Jadi, korang tunggu apa lagi. Jom kita berbelanja di PG  Mall . Layari https://pgmall.my/home sekarang.

Untuk maklumat lanjut mengenai PG Mall, korang boleh ler ke website mereka


 

#PGMall #onlineshopping #shopping #Malaysiano1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #PGMallC-wallet #Grabpay #PGMallOfficialStore #PGMall4u #Cashback #Points


Ahad, 14 Jun 2020

RAYA KE ENAM SYAWAL YANG RINGKAS DAN BIASA DI MUSIM PKP

Alhamdulillah
Hari ni nenek dah boleh raya kali ke2 sempena puasa enam di bulan syawal. Mama raya juga hari ni walaupun belum layak puasa kerana masih berbaki puasa beberapa hari.

Menu pagi hari ni nasi dagang dan gulai ikan aya (ikan tongkol). Masakan ini nenek yang sediakan. Mama hanya makan sahaja hehehe

Makanan sampingan di waktu pagi adalah puding roti dan agar-agar santan yang di sediakan oleh kakak mama. Mama hanya memerhati je. Gambarnya tidak sempat mama ambil.

Melayan karenah dan ragam anak-anak ribena mama. Abang ali meragam sikit hari ni. Mahu dukung dan bersama mama. Kemana sahaja,melilau mencari mama. Pantang jauh sikit, menangis je..Adoi,nak ke dapur pun rumit.

Ikan konghe bekok

Ayam goreng berempah

Tapi alhamdulillah,petang tu abang ali tidur sekejap dan sempatlah mama sediakan lauk ikan konghe bekok ataupun dipanggil juga ikan cengcaru pekasam gaya mama dan juga ayam goreng berempah. Mama selalu masak masakan ni dan ia merupakan masakan kesukaan semua dan paling senang di sediakan.

Mama masak lebih untuk bekalan adik mama yang hendak pulang ke kuala terengganu malam ni. Nanti sudah sampai ke destinasinya, bolehlah terus makan dan sudah tidak perlu fikirkan hendak masak menu apa nanti. Setiap kali adik beradik mama pulang,mama memang pastikan nanti diaorang ada bekal untuk di bawa pulang. Bimbang kalau terasa lapar apabila sampai ke destinasi nanti, hendak masak badan pulak terasa penat dan letih.

Rabu, 10 Jun 2020

KEISTIMEWAAN SOLAT

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, malam ni mama berkesempatan untuk berblog setelah anak-anak tidur. Seharian bermain dengan anak-anak cilik mama ni memang sukar untuk mencari idea untuk berblog.

Malam ni mama nak kongsi dengan korang semua tentang "TINGGAL SOLAT" yang mama copy paste dari laman FACEBOOK. Di sini terdapat 11 yang berkaitan dengan solat dan insha allah boleh terjah ke hati kita supaya kita lebih peka tentang solat.

Apabila sebut mengenai solat, kita umat islam WAJIB untuk melakukan solat 5kali sehari iaitu subuh 2 rakaat, zuhur 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.

https://paskawasanpengerang.blogspot.com/2015/06/gambar-dakwah-solat-itu-tiang-agama.html?m=0
Gambar dari blog https://paskawasanpengerang.blogspot.com/2015/06/gambar-dakwah-solat-itu-tiang-agama.html?m=0

Solat itu merupakan tiang ugama dan  apabila di hisab di hari pembalasan kelak, perkara utama yang dipersoalkan adalah SOL4AT. Jika kita tidak solat tetapi suka beramal baik seperti sedekah ,kelak tiada apa-apa imbuhan (pahala) kerana tidak solat.Mama bagi contoh perumpamaaan yang senang macam ni, kalau kita isi barang ke dalam plastik tetapi kita tidak dapt apa-apa kerana tidak sedar yang plastik itu koyak di bawah dan tiada apa yang tinggal pun dalam plastik itu.

Dengan solat,kita dapat menghidari diri dari melakukan perbuatan-perbuatan hina dan keji dan sekiranya solat kita tidak dapat mencegah kita dari perbuatan yang tidak elok, maka kita harus periksa di mana silapnya.


Jom kita baca dan hayati kata-kata ustaz.

1. Org yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
**Ular dalam Kubur buat orang tak solat
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
**80 tahun dalam neraka akibat meninggalkan 1 solat fardhu
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga?
**"Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 SELAMAT BERAMAL . JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Kredit FB QALAM

Semoga perkongsian ini dapat mengingatkan kita sesama insan tentang SOLAT.

Sabtu, 6 Jun 2020

KENALI TELUR SIHAT DEMI KESEJAHTERAAN KITA



Telur adalah antara satu bahan masakan yang wajib ada dalam rumah. Selain dari murah dan banyak pilihan gred, telur juga mudah didapati di setiap kedai dan pasaraya. Tetapi kes keracunan puding buih kerana penggunaan telur yang tamat tempoh di Terengganu yang mengorbankan satu nyawa baru-baru ini amat mengejutkan semua.


Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Wanita yang berusia 25tahun di fahamkan membeli puding buih secara atas talian pada 22 Mei yang lalu dan menikmati makanan bersama ahli keluarga. Mangsa di masukkan ke hospital bersama beberapa ahli keluarga setelah mengalami keracunan kemudiannya disahkan meninggal setelah bertarung nyawa 10 hari di Unit Jagaan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila menghadapi masalah multiorgan akibat kejutan sepsis.


Nampak simple, biasa dan tiada apa-apa tetapi tinggi risikonya jika tersalah makan telur yang telah tamat tempoh ni. Meskipun telur mudah di dapati di setiap kedai runcit dan pasaraya, kita sebagai pengguna dan penggemar telur mestilah lebih cakna, peka dan teliti.

Jom bersama mama mengenalpasti beberapa cara yang mudah membezakan telur yang baik dan juga yang sudah rosak.


1- RENDAM DALAM AIR
Caranya dengan mengambil gelas berisi air dan masukkan telur.  Jika telur terendam ke dasar gelas, ia bermakna telur sangat segar. Sekiranya masih terendam dan berdiri si atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk ia bermakna masih boleh dimakan. Tetapi sekiranya telur itu terapung ke permukaan,ia bermaksud telur itu sudah rosak, berbau dan tidak selamat di makan lagi.

2- LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Cara terbaik adalah dengan memecahkan telur dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut. Telur yang sudah rosak mempunyai  bahagian telur putih yang cair dan tidak kental.

3- HIDU AROMA TELUR
Cara termudah adalah dengan memecahkan telur dalam mangkuk dan menghidunya. Telur yang masih baik tidak akan mengeluarkan bau yang menyengat manakala telur yang rosak akan mengeluarkan bau hamis dan busuk.

4- LIHAT TARIKH LUPUT  TELUR
sebelum membeli telur, pastikan kita melihat tarikh luputnya terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kita terambil dan membeli telur yang tamat tempoh. Terbeli telur yang rosak bukan hanya membazir duit tetapi juga membantutkan selera untuk memasak.






Jumaat, 5 Jun 2020

JOM DAPATKAN MAKLUMAT DAN TIPS KESIHATAN


Assalamulaikum dan salam jumaat yang berkat kepada semua. Hari ni mama nak kongsi dengan semua  sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan  iaitu Tips Kesihatan.

Di musim PKPB ni memang sesuai sangat rasanya laman web ni. Di laman web ni, semua  informasi kesihatan berkenaan penyakit, jenis rawatan dan  juga tips untuk gaya hidup sihat boleh di cari dengan mudah.


Mama memang sukakan web ni kerana  penulisannya yang santai, mudah difahami dan terma perubatan diterangkan secara ringkas.Bukan itu sahaja,  mama pun boleh print setiap artikel yang ada untuk mama tunjukkan dan kongsikan dengan sesiapa sahaja dengan hanya menekan ikon print di hujung artikel. Format printing  ni memang cantik dan tidak nampak serabut .

Oleh itu mama memang galakkan kalau  semua yang hendak mencari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya.

Khamis, 4 Jun 2020

CARA MUDAH SEMAK BIL ELEKTRIK MENGGUNAKAN APPLIKASI TNB(MYTNB)

Lanjutan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) oleh kerajaan sedikit sebanyak  menjejaskan rutin harian kita semua. Bahkan bagi mereka yang peka dengan kehadiran pihak tnb untuk memeriksa bacaan meter bagi mengetahui jumlah penggunaan elektrik pastinya menantikan kehadirannya.  Namun,  itu pasti tidak akan terjadi bagi menggelakkan penularan wabak coronavirus (COVID19) di kalangan kita.


Anda risau berapa jumlah bil bulan ini dan tidak tahu bagaimana hendak semak bil???

Jangan bimbang. Perkenalkan aplikasi yang akan dapat membantu ramai pengguna iaitu aplikasi MYTNB untuk menyemak bil elektrik akaun masing-masing. Hanya kekal di rumah masing-masing, anda senua dapat menyemak bil dengan mudah. Jom ikuti langkah di bawah.

CARA MUDAH SEMAK BIL ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI  TNB (MYTNB)

Langkah 1
Klik >> SINI << ataupun https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay
Cara mudah semak bil elektrik dengan menggunakan aplikasi tnb (MYTNB)

Langkah 2
Masukkan 12 digit no.akaun TNBseterusnya klik Saya Bukan Robot dan search
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 3
Paparan maklumat akaun bil TNB semasa anda akan dipaparkan.
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Untuk terus membuat pembayaran bil melalui website Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini

Langkah 4
Masukkan amaun yang hendak dibayar, alamat e-mail dan juga no.telefon anda sebagai bukti penerimaan pembayaran. Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 5
Paparan ringkasan transaksi akaun bil TNB akan dipaparkan. Semak dan buat pembayaran
Seterusnya klik Pay
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 6
Masukkan maklumat kad kredit/kad debit ataupun mastercard anda.
Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 7
Masukkan kod Msos untuk selesaikan pembayaran

Dah siap.

Senang dan amat mudah untuk semak bil elektrik dan juga untuk membuat pembayaran dengan hanya menggunakan aplikasi mytnb.

Cubalah sendiri. Anda pasti menyukainya. 

Selasa, 19 Mei 2020

LABU KESUKAAN RASULULLAH YANG BANYAK MANFAATNYA


MANFAAT LABU KUNING
NABI MENYUKAI LABU YAQTHIN

Allah tumbuhkan LABU KUNING ( yaqthin) untuk NABI YUNUS ( Al Saffat ayat 146) yang ketika itu sedang sakit kerana baru di muntahkan oleh ikan Yu.

Labu inilah yang baginda makan untuk memenuhi keperluan nutrisinya yang sangat lemah ketika itu seperti bayi yang baru dilahirkan.

Insan yang sangat kita cintai Baginda RASULULLAH S.W.A sangat suka makan Labu.Jika dihidangkn makanan dan ada labu dalam hidangan iitu, Baginda akan mengambil labu di bandingkn makanan yang lain.

KENAPA?
Kerana labu mempunyai nutrisi yang sangat baik untuk tubuh kita.

Labu mempunyai
94 % air,
4 % karbo dan
1 % protien.
Sudah cukup untuk keperluan nutrisi tubuh Kita.Seperti mana di ceritakan dalam surah Al Saffat  ayat 142- 146 dimana NABI YUNUS memakannya untuk memulihkan tenaganya semula yang ketika itu sangat sakit dan lemah kerana lama berada di dalam perut ikan Yu

Adakah labu sangat baik untuk kesihatan?
Sudah semestinya dan menjadi kajian ilmuan Islam Dan ilmuan di zaman moden ini.
Labu sangat baik untuk perut, untuk mata, anti kanser, pemulih tenaga dan banyak lagi.

Labu juga tidak akan di hinggapi lalat dan boleh bertahan lama , boleh di makan begitu saja , boleh di makan tanpa perlu menunggunya untuk masak.

CP UNTUK MANFAAT BERSAMA DAN ILMU

Selasa, 21 April 2020

SEMUANYA MILIK ALLAH. PERGI YANG TAK AKAN KEMBALI LAGI


Innalillahiwainnailahirojiun

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  mama dikejutkan dengan berita kematian. Pada 19.04.2020 lebih kurang pukul 10 malam lebih,  pulanglah insan bertemu pencipta YANG MAHA ESA.

Perkhabaran kematian bapa saudara yang seakan bermimpi mengejutkan semuanya. Ahli keluarga arwah, adik beradik arwah, anak-anak saudara, saudara mara dan teman-teman arwah. Di musim PKP  ramai sanak saudara, sepupu yang berada di perantauan dan jauh dari halaman. Kehilangan bapa saudara banyak mengundang pilu dan sebak kerana kebanyakkan dari kami tidk dapat pulang ke kampung dan hanya mampu meluahkan rasa di status whatsapp,facebook dan instagram sambil berdoa semoga arwah ditempatkan dalam golongan beriman.

ARWAH BAPA SAUDARAKU
(SHAARI BIN DAUD) 

YA ALLAH,  sesungguhnya kami sangat menyayangi arwah dan masih tidak percaya dengan semua ini. Ikhlaskan hati kami YA ALLAH untuk menerima kenyataan ini, bahawa bapa saudara kami SHAARI BIN DAUD telah pergi menemuiMU dan telah selesai urusannya di dunia ini.

Sesungguhnya semuanya milikMU termasuklah diri kami.

Doakan agar arwah tenang dan bahagia di alam sana dan sedekahkan bacaan al-fatihah buat bapa saudaraku. Semoga arwah berada dalam golongan orang beriman dan beramal soleh.

Kami semua pasti akan merindui dan mendoakanmu,bapa saudaraku.


BERGAMBAR SEMASA MENGERJAKAN UMRAH DECEMBER 2019
Alhamdulillah,  tercapai juga hajat arwah ke mekah

Gambar terakhir arwah, sebelum arwah pergi meninggalkan kami. 

STATUS DAN UCAPAN TAKZIAH





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...