Selasa, 21 April 2020

SEMUANYA MILIK ALLAH. PERGI YANG TAK AKAN KEMBALI LAGI


Innalillahiwainnailahirojiun

Di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)  mama dikejutkan dengan berita kematian. Pada 19.04.2020 lebih kurang pukul 10 malam lebih,  pulanglah insan bertemu pencipta YANG MAHA ESA.

Perkhabaran kematian bapa saudara yang seakan bermimpi mengejutkan semuanya. Ahli keluarga arwah, adik beradik arwah, anak-anak saudara, saudara mara dan teman-teman arwah. Di musim PKP  ramai sanak saudara, sepupu yang berada di perantauan dan jauh dari halaman. Kehilangan bapa saudara banyak mengundang pilu dan sebak kerana kebanyakkan dari kami tidk dapat pulang ke kampung dan hanya mampu meluahkan rasa di status whatsapp,facebook dan instagram sambil berdoa semoga arwah ditempatkan dalam golongan beriman.

ARWAH BAPA SAUDARAKU
(SHAARI BIN DAUD) 

YA ALLAH,  sesungguhnya kami sangat menyayangi arwah dan masih tidak percaya dengan semua ini. Ikhlaskan hati kami YA ALLAH untuk menerima kenyataan ini, bahawa bapa saudara kami SHAARI BIN DAUD telah pergi menemuiMU dan telah selesai urusannya di dunia ini.

Sesungguhnya semuanya milikMU termasuklah diri kami.

Doakan agar arwah tenang dan bahagia di alam sana dan sedekahkan bacaan al-fatihah buat bapa saudaraku. Semoga arwah berada dalam golongan orang beriman dan beramal soleh.

Kami semua pasti akan merindui dan mendoakanmu,bapa saudaraku.


BERGAMBAR SEMASA MENGERJAKAN UMRAH DECEMBER 2019
Alhamdulillah,  tercapai juga hajat arwah ke mekah

Gambar terakhir arwah, sebelum arwah pergi meninggalkan kami. 

STATUS DAN UCAPAN TAKZIAH





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...