Isnin, 14 Oktober 2019

JANGAN DISALAHKAN TAKDIR

Wah, mama betul-betul menjadi penunggu setia pulak cerita tv3 malam ni hehehe.Sebelum ni tak pernah tengok cerita #sampai_habis tapi cerita ni best pulak mama tengok.


#JanganDisalahkanTakdir lakonan #AmarBaharin dan #AmarAsyraf memang terbaiklah.  Nampak macam biasa-biasa je tapi rupanya memang bagus sangat cerita macam ni.Siapa tonton cerita ni??  Bestkan...

Sedar ataupun tidak,  mama percaya cerita Jangan DiSalahkan Takdir ni memang biasa dengan kehidupan #harian kita semua.
#Perwatakan dan #perangai Romi yang teruk lakonan Amar Baharin dan sikap #penyayang seorang kawan iaitu #muhammad lakonan #AmarAsyraf memang biasa dalam kehidupan harian kita semua kan.

Watak romi ni memang betul-betul berkesan sekali hinggakan mama berasa meluat dan menyampah tengok romi ni. Perangainya memang teruk dan #irihati dengan teman sendiri sehingga sanggup menganggu #temanwanita kawan sendiri. Romi juga  #berlagak kaya sedangkan #menumpang di rumah kawan sahaja.

Bukan itu sahaja,  romi juga seorang #anakderhaka kerana sanggup melukakan dan bercakap kasar dengan kedua ibu bapanya. Bahkan romi sanggup menghina bapanya dengan mengatakan di masa muda bapanya seorang yang pemalas bekerja hanya kerana dia lahir dalam keluarga tidak kaya. Pada pandangan mama,  kehidupan romi sudah senang dan cukup mewah. Tetapi adatlah manusia tidak pernah merasa cukup apabila hidup berajakan nafsu.

Lain sekali perangai muhammad. Seorang yang #kuat_iman.Sering mengejutkan romi untuk menunaikan solat subuh. muhammad juga seorang yang kenang jasa. Dia sanggup bersabar dan melayan perangai romi yang keterlaluan kerana mengenangkan jasa orang tua romi yang banyak bantu dia selepas kedua orang tuanya meninggal dunia.

Muhammad juga seorang yang #rajin bekerja.  Bermula dari menjual di gerai,muhammad akhirnya berjaya membuka sebuah kedai. Meskipun kedai kecil tetapi muhammad berusaha dan yakin dengan rezeki pemberian ALLAH taala.


Mama tonton cerita ni dengan penuh perasaan. Watak romi ni banyak membuka mata mama bahawa setiap yang berlaku adalah balasan dari perbuatan kita sendiri.  Janganlah sesekali menyalahkan takdir jika sesuatu yang buruk atau sesuatu yang kita tidak sukai berlaku.  Kekadang kita tanpa sedar menyalahkan takdir atas perkara buruk yang terjadi dalam hidup kita.  Ungkapan dan kata-kata menyesal melakukan sesuatu benda ataupun perbuatan yang menyusahkn diri juga antara contoh kita menyalahi takdir.  Contohnya,
  ... KALAU AKU TAHU BEGINI,  AKU TAKKAN TOLONGLAH DIA...   ,
.... KALAU AKU TAHU BEGINI NASIB AKU, MENYESAL AKU BAIK DENGAN DIA... 
sedarkah kita, setiap yang berlaku adalah ketentuan.
Janganlah sesekali kita menyalahi takdir hidup meskipun hidup kita kelam.

1 ulasan:

  1. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...