Isnin, 7 Oktober 2019

ADUHAI SERABUTNYA MAMA

Runsing... Serabut... Risau... Gelisah...
Itulah antara kecelaruan perasaan yang mama alami seminggu dua yang lalu. Serba serbi tak kena mama rasai. Tapi kejap... Jangan fikir pelik-pelik pula, itu semua mama rasai apabila mama dan  kedua-dua anak kesayangan mama iaitu kakak fatma dan baby boy mama meragam kerana tidak sihat.



Dua minggu yang lalu family kecil mama diuji dengan kesihatan yang sedikit merosot. Mama,  kakak fatma dan baby boy mama deman, selsema dan batuk. Mama tidak kisah mana kalau mama yang tidak sihat tapi apabila anak-anak turut tidak sihat, jiwa mama jadi rungsing dan sangat risau.

Faktor cuaca yang sekejap panas sekejap hujan dan ditambah dengan persekitaran jerebu menjadi antara satu penyebab kesihatan mudah terjejas dan mudah di serang penyakit.


Mama pasti akan ke KLINIK PERDANA yang berdekatan dengan rumah mama kalau mama sekeluarga tidak sihat. Mama memang puas hati sangat dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.



Daftar dulu lah

2 minggu yang lepas mama ke #klinikperdana . Nasib mama baik taw, kebetulan masa mama sampai tiada pesakit lain dan mama terus bagi #mykids anak-anak untuk urusan #pendaftaran.
Tidak lama kemudian, kami di panggil untuk berjumpa doktor. Mula-mula baby boy di periksa dan kemudian barulah kakak fatma.

Ubat dua beradik
Setelah diperiksa baby boy diberi ubat syrup pink #deman dan ubat #titis untuk hilangkan selsema manakala kakak dibekalkan ubat #deman , #ubatbatuk dan #ubatselsema.





Kebiasaanya kakak fatma akan #meragam jika jumpa doktor. Setiap kali doktor periksa mesti akan menangis. Apatah lagi kalau kena timbang berat, meragam dan tak nak gerak. Tapi kali ni #ok jer. Mama #puji sangat sikap kakak ni. Barangkali juga kerana baby boy pun diperiksa sekali.

Mama harap kedua-dua anak mama #sihat dan #sembuh dengan cepat. Apabila anak-anak tidak sihat, mama berasa tidak senang hidup (serba serbi kerja tidak kena)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...