Sabtu, 29 Januari 2022

BIRTHDAY ANAKKU

Alhamdulillah bulan Januari tahun 2022 genap 3 tahun umur anak lelaki mama , abang ali 😍

Bila ingat sekali moment saat melahirkan abang ali ni memang sweet sebenarnya ☺️☺️ . Mana tak nya kan , lahir hari due pada 09.01.2019 jam 09.19 pagi dan kebetulan waktu mama melahirkan tu nama mama dengan beberapa mommy yang turut melahirkan baby sama pulak . Nasib baik binti lain kalau tak haru biru doktor dan nurse di buatnya . 

Tengoklah riak muka abang ali bila tengok lilin tu . Excited giler nak tiup lilin tu😆😆 . Memang sama peel kakaknya , asal dapat tiup lilin dah suka dan happy go lucky . 

Tiup jangan tak tiup .. hehehe . Indah sangat masa ni taw . Ye lah, gelak2 nk tiup lilin tu . Lilin pulak beberapa kali dah padam dek angin yang bertiup dari jendela .

Bergambar dengan kakak fatma .



Bersama nenek dan kakak fatma . Kek dari ayah su d mak su .  

Birthday nenek dah lepas tapi dek bz kerja , ayah su dan mak su tidak dapat balik kampung hujung tahun lalu . Celebrate sekali dengan birthday abang ali je hehe .

Bukan senang taw nak bergambar elok2 dengan nenek, abang ali dan kakak fatma . 

Abang ali bergambar bersama ayah su dan mak su . Suka bila dengar ayah su dan mak su dia balik rumah nenek . Asyik berkepit je . Merenggek nak itu nak ini . 


Bergambar dengan mama . Tengoklah gaya mulut abang ali . Ada je gayanya 🤗🤗 . 

Selamat ulang tahun yang ke 3 tahun anak lelaki kesayangan mama . Mama doakan semoga abang menjadi anak yang sentiasa berbakti pada org tua , yg sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain , sentiasa sihat walafiat . Semoga sentiasa dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki . Semoga Allah SWT sentiasa merahmati , meredhai dan melindungi setiap perjalanan hidup abang .

Kami sentiasa sayang abang ali selamanya 🥰🥰

Jumaat, 28 Januari 2022

TUTORIAL TUDUNG BAWAL



Hai uolls . Selamat malam dan selamat beristirehat . Malam-malam minggu memang best dapat rehatkan badan kan . Iye lah kan dah penat seharian kerja kan .


Sambil- sambil istirehat tu , mesti tangan tak pernah miss dengan handphone kan . Betul tak ? Kalau siti betul lah . Rehat pun still nak godek-godek fone . Nak taw jugak perkembangan terkini , berita hangat dan gosip terkini kan ☺️☺️ .


Sekarang ni dah nak raya cina kan . Lepas tu puasa dan raya puasa pulak . Wah , cepatnya masa berlalu . Jom uolls siti nak share dengan uolls beberapa tutorial pakai bawal chiffon printed by haydascarf ni . 


Simple je tapi hasil memang wow . Sambil2 baring boleh ler tengok . Mana taw uolls suka tutorial ni kan 🥰 . Kalau  uolls nak cuba tudung jenama lain pun ok je . Ikut keselesaan dan kesukaan uolls ler .. ghitu .









Selamat menonton dan jom bertutorial uolls.

Semoga bermanfaat kepada semua .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...