Ahad, 28 Mac 2021

IDW DESIGN COLLECTION PILIHAN TERBAIK UNTUK REKA BENTUK KEDIAMAN ANDA.




SEMUA RAKYAT MALAYSIA KINI BOLEH MEMILIKI REKA BENTUK DALAMAN

Syarikat Pembinaan dan Reka Bentuk Dalaman, IDW Design & Build (IDW)  ditubuhkan pada tahun 2017 oleh sepasang suami isteri iaitu Lokman Hakim dan Rabiatul Adawiyah memberi lebih ramai pemilik kediaman merealisasikan impian mereka dengan penerbitan Design Collection.


CABARAN MEMBINA IDW 


Tawaran projek pengubahsuaian dan reka bentuk sebuah banglo yang bernilai RM1.1juta mendorong kepada penubuhan Syarikat Pembinaan dan Reka Bentuk Dalaman (IDW) pada tahun 2007 yang ketika itu pasangan ini yang berusia 21 tahun baru menamatkan pengajian di peringkat Diploma Reka Bentuk Dalaman, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.


Pada usia 23 tahun, pasangan ini menerima tawaran projek reka bentuk kolej yang bernilai RM70K yang memakan masa satu tahun untuk di siapkan. Oleh kerana umur yang masih muda dan kurang pengalaman pasangan ini seringkali ditipu kontraktor dan dibebani hutang dan menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian.

Pasangan ini kemudian menyambung pengajian ke Ijazah Sarjana dan kemudian ke Sarjana. Sewaktu di pengajian Sarjana, Lokman Hakim yang juga Pengarah Urusan IDW pernah gagal dalam salah satu subjek kerana kurang memberi komitmen dalam pembelajaran.

Lima (5)tahun mengharungi ujian bersama dalam bidang perniagaan, pasangan ini kemudian mendirikan rumah tangga pada tahun 2012.

Meskipun berdepan pelbagai cabaran dan rintangan termasuk menanggung liabiliti hutang, mereka tekad untuk terus membina empayar IDW.



TRAGEDI KEBAKARAN


Tragedi kebakaran IDW New Zealand merupakan pengalaman ngeri yang tidak dapat dilupakan dan hampir meragut nyawa Lokman Hakim dan keluarga apabila rumah penginapan mereka sekeluarga hangus di jilat api.

Tragedi itu menjadi titik tolak untuk mewujudkan legasi yang lebih kukuh di IDW dengan mendidik dan membentuk team lebih kukuh agar legasi perniagaan IDW dapat diteruskan.

Mereka tekad membantu 1 juta pemilik kediaman agar memiliki kediaman impian yang cantik dan sempurna.

 

  FENOMENA COVID


Tahun 2020 tahun yang amat mencabar bagi semua apabila seluruh dunia berhadapan dengan total lock down dan harus kekal di rumah ekoran penyebaran virus COVID.


New Normal mencetuskan inspirasi IDW untuk membantu pemilik kediaman merealisasikan rumah impian dengan penerbitan Design Collection.


Arahan kawalan pergerakan telah menyebabkan permintaan untuk mencantikkan kediaman semakin meningkat dan IDW menjadi pemangkin untuk mencipta ruang yang lebih selesa untuk bekerja,belajar dan beraama keluarga.


Fokus, mengkaji kembali sebarang kemungkinan dan berusaha memberi yang terbaik adalah sasaran utama pasangan ini dan team IDW.


SERVIS EKSLUSIF DAN HARGA




IDW, jenama reka bentuk dalaman yang kian diyakini apabila berjaya mencipta ruang mewah dalam setiap projek yang berjaya disiapkan dan menepati cita rasa pelanggan.

Servis yang berharga RM6k keatas kadangkala menghadkan kesedaran kepada semua pemilik.

Melalui Buku Design Collection,IDW menawarkan 200 pilihan reka bentuk dan gaya untuk setiap ruang kediaman,lengkap bersama lukisan pelan, visual 3 dimensi dan rujukan gambar konsep sebagai sumber inspirasi dengan harga mampu milik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...