Jumaat, 28 Februari 2020

RUMAH TERBUKA BIRTHDAY BOY


 HAPPY BIRTHDAY MY LOVELY SON,  MUHAMMAD RAZALI IMAN. 

Allahu akbar..
Alhamdulillah,  pada hari raya cina yang lalu, mama adakan rumah terbuka sempena birthday boy mama yang genap 1 tahun.

Niat memang nak masak dan makan ramai-ramai bersama keluarga dan sanak saudara, sahabat handai. Kebetulan juga adik beradik dan ipar balik ke rumah nenek


Kek yang sedap dan lazat. Dalam banyak-banyak kek yang di beli, mama rasa kek inilah yang paling sedap dan tidak muak walaupun dimakan beberapa potong. Kek ini kek span dan berperisa coklat.

Biasanya achik yang tolong tempahkan tetapi kali ni, mama,kakak fatma dan ayah yang carikan. Maklumlah, kakak fatma memang hantu kek. Tetapi, bukan hantu makan kek, sebaliknya hantu nak tiup lilin atas kek. Ish ish ish,  ada juga perangai macam ni kan hehehehe


Undangan mama utuskan melalui kiriman whatsapp sahaja.  Teknologi terkini dan memang pantas dan terbaik. Sekali hantar, berderet whatsapp dikirim.


Antara menu yang sempat mama sediakan.
Alhamdulillah, menu nasi putih,  bihun goreng, maggie goreng antara yang sempat mama sediakan. 

Ikan rebus goreng
Antara lauk kesukaan kami sekeluarga, Ikan rebus goreng.Kalau tiada lauk lain pun kami dah tak kisah asalkan lauk ni ada. Lagi sedap bila makan bersama nasi panas. Uohh menambah-nambah ler nasi. Diet terus ke laut china selatan hehehee

Singgang daging

Singgang daging ni agak tawar sedikit. Kalau tambah asam keping dan tambah garam sedikit lagi sedap. Tetapi bimbang juga, nanti kang termasin kan pula, haru biru di buatnya.


Acar tmun mentah
Acar yang sudah biasa di jumpai di rumah terbuka. Nak sediakan pun senang je. Cepat pun cepat. Bahan nak di gunakan pun senang di jumpai.

Agar-agar hijau
Biasanya mama buat agar-agar bersantan tetapi kali ni mama tukar. Mama sediakan agar-agar hijau je. Senang dan tidak leceh untuk di sediakan.

Maggie goreng

Maggie goreng asalnya adalah kerabu maggie tetapi di tukar sebab mama lagi senang sediakan maggie goreng dan tidak perlukan banyak bahan. Apapun,  maggie goreng pun tetap sedap.

Bihun goreng

Masakan rutin yang akan mama sediakan. Tidak kira acara, bila-bila masa mama pasti akan masak bihun goreng ni.

Khamis, 27 Februari 2020

TAHNIAH. KELANTAN MUNCUL JUARA KESELURUHAN MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN 1441H/ 2020M


Alhamdulillah dan tahniah di ucapkan kepada kesemua peserta Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran peringkat Kebangsaan.
Pada 16 hingga 21 Februari 2020M yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Tilawah dan Menghafaz Al Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1441H/2020M yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu.


Majlis bertemakan ”Negara Rahmah Ummah Sejahtera” itu telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad pada 16 Feb dan Perasmian Penutupan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin  pada 21 Februari 2020 (Jumaat)


Seramai 109 peserta mengambil bahagian memperdengarkan bacaan masing-masing sepanjang 6 hari majlis berlangsung.


Bagi kategori tilawah, Johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM17,000, pemenang tempat kedua menerima RM11,500 dan pemenang ketiga menerima RM8,500. Semua pemenang juga menerima wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, sijil penyertaan dan piala iringan.

Bagi kategori hafazan juzuk 1 hingga 10, Johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000, naib johan menerima RM5,500 dan tempat ketiga menerima RM3,000.

Bagi kategori hafazan juzuk 1 hingga 20, Johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM9,000 dan tambahan RM7,000 untuk menunaikan umrah, pemenang kedua menerima RM6,000 dan pemenang ketiga menerima RM4,000.

Manakala bagi kategori hafazan juzuk 1 hingga 30 pula, johan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM17,000, pemenang kedua menerima RM11,500 dan pemenang ketiga menerima RM8,500. Semua pemenang juga menerima wang tambahan RM10,000 untuk menunaikan haji, sijil penyertaan dan piala iringan.


Ini merupakan keputusan penuh Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1441h/2020m:

Tilawah (Lelaki) :
1. Muhammad Qayyim (Kelantan) 90.66
2. Muhammad Syaheed (Pahang) 89.34
3. Muhammad Husaini Mahmur (N9) 86.34

Tilawah (Perempuan) :
1. Putri Kalimatul Aina (Perak) 88.34
2. Nurul Nadiah (Johor) 85.34
3. Nur Jannah (Terengganu) 85

Hafaz 1-10 (Lelaki):
1. Muhammad AlJazari (Kedah) 98.1
2. Abdul Mun'im (KL) 97.73
3. Mihd Imran Husin (Selangor) 97.72

Hafaz 1-10 (Perempuan):
1. Nurul Izzah (Sarawak) 96.98
2.Nurul Husna (Kedah) 96.47
3. Masyitah (N9) 96.09

Hafaz 1-20 (Lelaki):
1. Sheikh Muhammad Aiman (Terengganu) 98.81
2.Haikal Firdaus (KL) 97.98
3. Muhammad Luqman Danial (N9) 96.86

Hafaz 1-20 (Perempuan):
1. Putri Auni Khadijah (Kelantan) 97.83
2.Aqilah Sulhi (Perak) 95.25
3. Nurul Najwa (Pahang) 94.70

Hafaz 1-30 (Lelaki):
1. Mohamad Hakim (Kedah) 96.35
2.Muhammad Zulhanif (Kelantan) 95.80
3. Muhammad Syamil Islam (Johor) 95.04

Hafaz 1-30 (Perempuan):
1. Putri Aminah (Kelantan) 97.10
2. Norhaafizah (KL) 94.72
3. Siti Masitah (Selangor) 93.93

Markah Tertinggi Keseluruhan: KELANTAN


KerjaKosong.Co PORTAL JAWATAN KOSONG TERKINI

🎵🎵🎵
Kerja kosong
Kerja kosong
Untuk di isi 
🎵🎵🎵

🎵🎵🎵
Kerja kosong
Kerja kosong 
Untuk di isi 
🎵🎵🎵


Adakah anda mengetahui bahawa di Malaysia yang tercinta ni lebih 700,000 orang penganggur mencari jawatan kosong 2020 ? 

700,000 bukanlah jumlah yang sikit. Namun pun begitu, banyak faktor yang menggalakkan kadar pengangguran ni meningkat dan terus meningkat. Antara faktor yang jelas dan terserlah adalah kerana sikap terlalu memilih kerja  dan gaji yang ditawarkan rendah selain daripada kemasukkan warga asing yang terlalu ramai.



Banyak sebenarnya jawatan kosong yang selalu di cari penduduk malaysia ni. Antaranya ialah jawatan kosong sabah, kerja kosong kelantan, jawatan kosong terengganu dan jawatan kosong spp.

Jawatan-jawatan kosong ini merupakan jawatan kosong yang paling dicari dan diminati orang ramai. Mungkin kerjanya menarik dan gajinya setimpal dengan pekerjaan. Mungkin juga ada yang minat untuk berbakti kepada masyarakat tanpa mengira gaji.



Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong , bolehlah lawati portal KerjaKosong.Co dan tengok jawatan kosong yang anda minati. Di portal jawatan kosong ini, terdapat pelbagai pilihan jawatan kosong kerajaan dan juga jawatan kosong swasta yang mungkin antara jawatan yang di cari selama ni. 

Jika dibandingkan dengan carian GOOGLE, pencarian kerja anda akan lebih mudah dengan adanya laman web ini. Laman web ini memberikan info-info kerja kosong yang terbaru, tepat , dan berserta tips mudah dapat kerja. Sama ada kerja kosong dari sektor kerajaan mahupun kerja kosong dari sektor swasta. 



Di carian GOOGLE,  terdapat banyak laman web yang menipu yang memaparkan jawatan kosong terkini tetapi hakikatnya jawatan kosong tersebut telah tamat tempoh dan lebih teruk lagi, jawatan kosong yang dipaparkan tidak pernah wujud dan palsu. 


Jadi buat apa nak serabutkan kepala kan, semak je jawatan kosong di laman web KerjaKosong.Co dan jangan lupa untuk bookmark portal kerja kosong ini supaya senang untuk anda menyemak jawatan kosong terkini setiap hari.

Ingat kerja, ingat portal ni. Jom sama-sama kita kongsikan portal ni agar sesiapa sahaja yang mencari pekerjaan dapat mencarinya dengan mudah melalui  portal rasmi jawatan kosong ini. 

Isnin, 10 Februari 2020

RESEPI MAGGIE GORENG YANG MENYELERAKAN

Menu minum petang mama, sesekali berubah angin. Asyik makan nasi pun jemu jugak kan. Iyalah, nak fikir lauk apa nak masak kan. Last sekali, mama masak je maggie goreng. Senang, sedap dan cepat di sediakan.

Ini adalah resepi maggie goreng cara mama. Guna apa je yang ada di dapur.  Tak perlu nak fikir nak itu nak ini.


MAGGIE GORENG

  • Maggie kari 3
  • Perencah maggie 1 
  • Bawang besar - potong dadu
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Sotong
  • Udang
  • Kangkung 
  • Sedikit minyak - untuk menumis
  • Air 

CARA-CARANYA

  • Tumis bawang besar kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan perencah maggie hingga naik bau. 
  • Masukkan sotong, udang dan gaul sebati (Kalau nak masukkan isi ayam pun tak apa, tapi mama tak masukkan sebab ayam sudah habis )
  • Masukkan air. Biarkan gelegak dan masukkan maggie. Kacau-kacaukan biar maggie cepat lembut.
  • Masukkan kangkung dan gaul rata. ( Kalau nak tukar sayur lain pun xpe.. Mama guna apa yang ada di dapur je. )
  • Siap


Senangkan cara nak masak maggie goreng ni.  Cubalah, anda pasti puas hati dan senang hati...

RESEPI BISKUT DAHLIA YANG SENANG DAN SEDAP

Hai semua, hari ni mama nak share satu resepi biskut yang sedap dan ranggup. Biskut ni merupakan biskut kegemaran anak perempuan mama taw.  Nak buat bukanlah susah mana, senang je TAPI kalau ada daun palas aka malas memang tak jadi ler sampai bebila pun hehee.


Nama biskut ni BISKUT DAHLIA. Memang ranggup sanggat biskut ni. Kebiasaannya kalau mama bakar biskut ni, kakak fatma mesti tunggu biskut ni keluar dari oven. Rela taw anak mama tunggu walaupun ambil masa yang lama untuk makan biskut ni.


Kalau raya, memang mama buat biskut ni. Iyalah kan,  nak beli bukanlah murah kan. Harga sebekas pun dah rm20.00 dan sebekas tidak cukup untuk kami seisi keluarga. Kalau beli, kekadang tidak kena dengan citarasa yang di ingini.

RESEPI BISKUT DAHLIA 

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan buttercup
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Pewarna (ikut suka) 
  • Coklat chips @ ceri merah (hiasan ) 
  • sedikit esen vanilla

Cara

  • Kacau buttercup, susu pekat dan esen vanilla hingga sebati (guna senduk je) 
  • Masukkan sedikit pewarna pilihan
  • Masukkan 1 cawan tepung jagung ,diikuti tepung beras dan tepung kastard. Uli dengan tangan
  • Masukkan baki 1 cawan tepung jagung sikit demi sedikit hingga dapat doh ikut kesesuaian. 
  • Terap ikut acuan kegemaran dan letak coklat chips @ ceri sebagai hiasan. 
  • Panaskan oven suhu 170c selama 5 minit, kemudian turunkan suhu 160c, bakar selama 25minit.


Amacam, senangkan resepi ni.
Selamat mencuba semua ya. Bagi yang tidak ada acuan bunga dahlia, korang boleh je acuan lain taw. Janji ada rupa hehee..


Cuba lihat,  baru je keluar oven. Belum pun masuk dalam bekas lagi, kakak fatma dah siap bersila depan biskut feberet dia.

Kalau gaya dah macam ni, agak-agak kalau beli sebekas cukup ke untuk anak mama ni?? Emmm..  😊😊😊

Selasa, 4 Februari 2020

5 TIPS ELAK TERCEKIK BUAH

Innalillahiwainnailahirojiun..

Setiap yang hidup pasti akan mati.
Sebak dan sedih bila mendengar berita tentang seorang kanak-kanak perempuan yang maut akibat tercekik buah mangga sewaktu menikmati buahan itu bersama bapanya di rumah mereka di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka



Mama tidak dapat bayangkan perasaan bapanya kerana dalam kejadian tersebut pada hari sabtu lalu sekitar jam 3.50petang, mangsa Nur Amanda Ahmad Helmi yang berusia 3 tahun 10 bulan dikatakan mengalami sesak nafas semasa sedang makan buah mangga bersama bapanya dan bapanya cuba memberikan rawatan kecemasan namun gagal.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan
 sebelum disahkan meninggal dunia ketika di beri rawatan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20petang.

Ya Allah,  betapa sedihnya keluarga mangsa lebih-lebih lagi bapanya kan. Anak menemui ajal ketika menikmati buah mangga. Mama doakan keluarga arwah tabah dan redha dengan ujian ilahi ini.

Sememangnya buah-buahan merupakan kesukaan anak-anak dan tabiat memakan buah-buahan memang patut di galakkan di kalangan anak-anak.


Dalam banyak buah-buahan, yang menjadi pilihan dan kesukaan mama sekeluarga adalah tembikai cina,  dan juga pisang yang merupakan buah kesukaan kakak fatma. Anak you alls suka buah-buahan tak??  Mestilah sukakan.

Marilah kita amalkan dan galakkan anak-anak memakan buah-buahan. Di sini mama sertakan 5 tips untuk elak anak-anak tercekik buah-buahan.


1- Pastikan jenis buah sesuai dengan umur
Sebelum memakan buah, ibu bapa perlu teliti buah yang sesuai dengan usia anak-anak. Ibu bapa di sarankan dengan memulakan dengan buah-buahan yang bertekstur lembut

2- Cara potongan buah.
Potongan mestilah sesuai dengan buah. Buah yang bulat perlu dibelah dua atau empat bahagian secara menegak iaitu dari atas ke bawah dan elakkan membelah secara melintang kerana anak-anak akan sukar mengigitnya.

3- Buang biji
Hampir semua buah mempunyai biji. Buah yang mempunyai biji yang keras hendaklah dibuang terlebih dahulu.

4- Potongan dengan saiz yang sesuai.
Ibu bapa hendaklah sentiasa memotong buah-buahan dalam saiz yang kecil supaya mudah untuk anak-anak makan.

5- Belajar teknik bantuan kecemasan.
Ibu bapa disarankan mempelajari teknik bantuan kecemasan. Ini dapat membantu menyelamatkan nyawa anak sekiranya anak-anak tercekik.


Semoga 5 tips ni dapat mencegah anak-anak dari tercekik buah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...