Sabtu, 4 Mei 2019

Giveaway SapsIbuBapa.net Di Mialiana.com

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.



SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.



Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :







Antaramuka SAPS IBUBAPA


Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.






Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.



Rabu, 1 Mei 2019

CINTA HATIKU


Anugerah terindahku dan en.suami.
Aku gembira dengan kehidupanku kini. Aku bahagia dan ceria di samping keluarga tersayang,lebih² lagi apabila dikurniakan 2 cahaya mata yang sempurna sifatnya dan comel.

Alhamdulillah... Hanya itu yang boleh di ucapkan.
Anak adalah anugerah yang di tunggu² dalam alam rumahtangga. Tapi bagi yang belum dikurniakan anak, janganlah sedih dan rendah diri. Inshaallah, peluang sentiasa ada..Yang penting jangan pernah menyalahkan takdir, dan jnganlah sesekali menyalahkan pasangan jika belum di berikan rezeki untuk mempunyai anak.. Tiada insan yang tidak mahu anak.
Alhamdulillah, rezeki tidak pernah salah alamat kan.. Aku kini dikurniakan sepasang cahaya mata. Seorang perempuan, berusia 4tahun yang kini makin panjang akal.ada sahaja benda yg hendak di buatnya. Ligat, aktif dan lasak..Manakala seorang lagi, baby lelaki yang baru memasuki 3bulan lebih.
Semoga anak-anakku menjadi insan yang berguna pada negara, bangsa dan agama kelak.
aamiin

OKU YANG BERJAYA



OKU ataupun Orang Kurang Upaya seringkali dipandang sebelah mata dalam masyarakat kita. OKU juga bukanlah insan yang mudah putus asa dan gagal dan tidak mampu berjaya dan suksess dalam hidup. Khairul Nizam antara seorang OKU yang cacat sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan 3jari sahaja.Meskipun begitu, beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dan mempunyai perniagaannya sendiri.


Dikala usianya menjangkau 30tahun, beliau sudah berjaya membina syarikat sendiri.Bahkan beliau sudah berjaya membina platform jamumall.com. Khairul nizam menyatakan untuk berjaya bukanlah mudah tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, suka belajar dan menuntut ilmu, keberanian yang tinggi itulah yang membawanya untuk berada di tahap sekarang.


Agak-agaklah kan kita yang sempurna ni, pada usia 30 tahun, apa yang sudah kita berjaya capai dan mampu banggakan.Emmm,fikir-fikirkan.

Walaupun khairul nizam yang tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, beliau happy dengan kehidupan beliau kini kerana mampu mampu beli apa sahaja yang dia inginkan, mampu makan mewah, pergi travel,sediakan rumah mewah kepada keluarga, tanggung family dan mampu untuk sedekah setiap hari.



Menurut kata khairul nizam,  beliau menyedari ramai yang ingin berjaya seperti beliau, banyak duit,boleh bahagiakan keluarga mereka tetapi tidak pasti jika mereka semua sekuat dirinya.

Bayangkan jika kita berada ditempat beliau.Semua benda kena harapkan orang. Makan  bersuap, mandi diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga.Bukan untuk sehari dua, seminggu tetapi untuk bertahun-tahun lamanya.Rasanya mesti kita dah give up tahap maksimun untuk teruskan hidupkan. "orang nampak kita hebat, tetapi orang tidak nampak kesusahan kita di sebaliknya" ujar khairul nizam.




Kita yang sempurna akal fikiran, sempurna fizikal ni seringkali mengeluh dan mengadu kekurangan itu ini kan. Kalau di bandingkan, kita yang sempurna ni sepatutnya 2x double boleh berjaya taw.

Menurut khairul nizam, seandainya dia sempurna boleh berjalan, berlari dan melompat dia pasti akan menggunakannya untuk beri manfaat kepada orang lain. Tetapi tidak dinafikan ada benarnya kata khairul nizam,dia melihat orang malas untuk ubah hidup sendiri, banyak bagi alasan, mudah give up dan paling hampa apabila ramai yang cuba memilih kerja senang untuk tak nak hidup susah dan lebih pilih kehidupan susah tanpa ada kerja yang kuat. Bahkan ada yang sanggup berhenti kerja, menganggur dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling mereka susah kerana ego.

Khairul Nizam bangkit dan buktikan kehidupan paling terbaik adalah atas dasar bersyukur dengan nikmat Allah bagi dan jangan sia-siakan.


Dia mahu beri manfaat kepada orang lain dan mahu 1 dunia nampak dirinya (dengan hanya 3jari) mampu beri kebahagiaan kepada keluarga dan senyuman pada orang luar.

"KALAU DIA (OKU)  BOLEH BERJAYA, KENAPA KITA YANG SEMPURNA SIFATNYA TIDAK BOLEH BERJAYA "

Dengarkan luahan khairul nizam di FB

Jom follow Khairul Nizam

FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website https://jamumall.com/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...