Ahad, 14 Jun 2020

RAYA KE ENAM SYAWAL YANG RINGKAS DAN BIASA DI MUSIM PKP

Alhamdulillah
Hari ni nenek dah boleh raya kali ke2 sempena puasa enam di bulan syawal. Mama raya juga hari ni walaupun belum layak puasa kerana masih berbaki puasa beberapa hari.

Menu pagi hari ni nasi dagang dan gulai ikan aya (ikan tongkol). Masakan ini nenek yang sediakan. Mama hanya makan sahaja hehehe

Makanan sampingan di waktu pagi adalah puding roti dan agar-agar santan yang di sediakan oleh kakak mama. Mama hanya memerhati je. Gambarnya tidak sempat mama ambil.

Melayan karenah dan ragam anak-anak ribena mama. Abang ali meragam sikit hari ni. Mahu dukung dan bersama mama. Kemana sahaja,melilau mencari mama. Pantang jauh sikit, menangis je..Adoi,nak ke dapur pun rumit.

Ikan konghe bekok

Ayam goreng berempah

Tapi alhamdulillah,petang tu abang ali tidur sekejap dan sempatlah mama sediakan lauk ikan konghe bekok ataupun dipanggil juga ikan cengcaru pekasam gaya mama dan juga ayam goreng berempah. Mama selalu masak masakan ni dan ia merupakan masakan kesukaan semua dan paling senang di sediakan.

Mama masak lebih untuk bekalan adik mama yang hendak pulang ke kuala terengganu malam ni. Nanti sudah sampai ke destinasinya, bolehlah terus makan dan sudah tidak perlu fikirkan hendak masak menu apa nanti. Setiap kali adik beradik mama pulang,mama memang pastikan nanti diaorang ada bekal untuk di bawa pulang. Bimbang kalau terasa lapar apabila sampai ke destinasi nanti, hendak masak badan pulak terasa penat dan letih.

Rabu, 10 Jun 2020

KEISTIMEWAAN SOLAT

Assalamualaikum dan selamat malam semua. Alhamdulillah, malam ni mama berkesempatan untuk berblog setelah anak-anak tidur. Seharian bermain dengan anak-anak cilik mama ni memang sukar untuk mencari idea untuk berblog.

Malam ni mama nak kongsi dengan korang semua tentang "TINGGAL SOLAT" yang mama copy paste dari laman FACEBOOK. Di sini terdapat 11 yang berkaitan dengan solat dan insha allah boleh terjah ke hati kita supaya kita lebih peka tentang solat.

Apabila sebut mengenai solat, kita umat islam WAJIB untuk melakukan solat 5kali sehari iaitu subuh 2 rakaat, zuhur 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat.

https://paskawasanpengerang.blogspot.com/2015/06/gambar-dakwah-solat-itu-tiang-agama.html?m=0
Gambar dari blog https://paskawasanpengerang.blogspot.com/2015/06/gambar-dakwah-solat-itu-tiang-agama.html?m=0

Solat itu merupakan tiang ugama dan  apabila di hisab di hari pembalasan kelak, perkara utama yang dipersoalkan adalah SOL4AT. Jika kita tidak solat tetapi suka beramal baik seperti sedekah ,kelak tiada apa-apa imbuhan (pahala) kerana tidak solat.Mama bagi contoh perumpamaaan yang senang macam ni, kalau kita isi barang ke dalam plastik tetapi kita tidak dapt apa-apa kerana tidak sedar yang plastik itu koyak di bawah dan tiada apa yang tinggal pun dalam plastik itu.

Dengan solat,kita dapat menghidari diri dari melakukan perbuatan-perbuatan hina dan keji dan sekiranya solat kita tidak dapat mencegah kita dari perbuatan yang tidak elok, maka kita harus periksa di mana silapnya.


Jom kita baca dan hayati kata-kata ustaz.

1. Org yang tidak solat akan banyak masalah, tidak tenang, cepat marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain.
**Ular dalam Kubur buat orang tak solat
    - USTAZ AZHAR IDRUS..

2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya.
**80 tahun dalam neraka akibat meninggalkan 1 solat fardhu
          - Ustaz Kazim Elias..

3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga?
**"Jaga solat...Insyallah bahagia..."
      - Ustaz Don Daniyal..

4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda.
     - Datuk Ismail Kamus..

5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , at least kalau mati , mati dalam solat
    - ustaz haslin baharin..

6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun”
     - Al-Habib Ali Zainal..

7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya.
     -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki..

8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya"
    - Sheikh Abdullah Jahaf...

9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang.
     -Ustaz Dasuki Rani..

10. Jangan cakap:"Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya.InsyaAllah
        - TG Harun Din"..

11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah.
      -Ustaz Pahrol...

 Rasulullah bersabda,
 Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.

 SELAMAT BERAMAL . JGN LUPA KONGSIKAN DGN ORANG LAIN

Kredit FB QALAM

Semoga perkongsian ini dapat mengingatkan kita sesama insan tentang SOLAT.

Sabtu, 6 Jun 2020

KENALI TELUR SIHAT DEMI KESEJAHTERAAN KITA



Telur adalah antara satu bahan masakan yang wajib ada dalam rumah. Selain dari murah dan banyak pilihan gred, telur juga mudah didapati di setiap kedai dan pasaraya. Tetapi kes keracunan puding buih kerana penggunaan telur yang tamat tempoh di Terengganu yang mengorbankan satu nyawa baru-baru ini amat mengejutkan semua.


Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Wanita yang berusia 25tahun di fahamkan membeli puding buih secara atas talian pada 22 Mei yang lalu dan menikmati makanan bersama ahli keluarga. Mangsa di masukkan ke hospital bersama beberapa ahli keluarga setelah mengalami keracunan kemudiannya disahkan meninggal setelah bertarung nyawa 10 hari di Unit Jagaan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila menghadapi masalah multiorgan akibat kejutan sepsis.


Nampak simple, biasa dan tiada apa-apa tetapi tinggi risikonya jika tersalah makan telur yang telah tamat tempoh ni. Meskipun telur mudah di dapati di setiap kedai runcit dan pasaraya, kita sebagai pengguna dan penggemar telur mestilah lebih cakna, peka dan teliti.

Jom bersama mama mengenalpasti beberapa cara yang mudah membezakan telur yang baik dan juga yang sudah rosak.


1- RENDAM DALAM AIR
Caranya dengan mengambil gelas berisi air dan masukkan telur.  Jika telur terendam ke dasar gelas, ia bermakna telur sangat segar. Sekiranya masih terendam dan berdiri si atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk ia bermakna masih boleh dimakan. Tetapi sekiranya telur itu terapung ke permukaan,ia bermaksud telur itu sudah rosak, berbau dan tidak selamat di makan lagi.

2- LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Cara terbaik adalah dengan memecahkan telur dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut. Telur yang sudah rosak mempunyai  bahagian telur putih yang cair dan tidak kental.

3- HIDU AROMA TELUR
Cara termudah adalah dengan memecahkan telur dalam mangkuk dan menghidunya. Telur yang masih baik tidak akan mengeluarkan bau yang menyengat manakala telur yang rosak akan mengeluarkan bau hamis dan busuk.

4- LIHAT TARIKH LUPUT  TELUR
sebelum membeli telur, pastikan kita melihat tarikh luputnya terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kita terambil dan membeli telur yang tamat tempoh. Terbeli telur yang rosak bukan hanya membazir duit tetapi juga membantutkan selera untuk memasak.






Jumaat, 5 Jun 2020

JOM DAPATKAN MAKLUMAT DAN TIPS KESIHATAN


Assalamulaikum dan salam jumaat yang berkat kepada semua. Hari ni mama nak kongsi dengan semua  sebuah laman web kesihatan yang selalu menjadi rujukan  iaitu Tips Kesihatan.

Di musim PKPB ni memang sesuai sangat rasanya laman web ni. Di laman web ni, semua  informasi kesihatan berkenaan penyakit, jenis rawatan dan  juga tips untuk gaya hidup sihat boleh di cari dengan mudah.


Mama memang sukakan web ni kerana  penulisannya yang santai, mudah difahami dan terma perubatan diterangkan secara ringkas.Bukan itu sahaja,  mama pun boleh print setiap artikel yang ada untuk mama tunjukkan dan kongsikan dengan sesiapa sahaja dengan hanya menekan ikon print di hujung artikel. Format printing  ni memang cantik dan tidak nampak serabut .

Oleh itu mama memang galakkan kalau  semua yang hendak mencari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya.

Khamis, 4 Jun 2020

CARA MUDAH SEMAK BIL ELEKTRIK MENGGUNAKAN APPLIKASI TNB(MYTNB)

Lanjutan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) oleh kerajaan sedikit sebanyak  menjejaskan rutin harian kita semua. Bahkan bagi mereka yang peka dengan kehadiran pihak tnb untuk memeriksa bacaan meter bagi mengetahui jumlah penggunaan elektrik pastinya menantikan kehadirannya.  Namun,  itu pasti tidak akan terjadi bagi menggelakkan penularan wabak coronavirus (COVID19) di kalangan kita.


Anda risau berapa jumlah bil bulan ini dan tidak tahu bagaimana hendak semak bil???

Jangan bimbang. Perkenalkan aplikasi yang akan dapat membantu ramai pengguna iaitu aplikasi MYTNB untuk menyemak bil elektrik akaun masing-masing. Hanya kekal di rumah masing-masing, anda senua dapat menyemak bil dengan mudah. Jom ikuti langkah di bawah.

CARA MUDAH SEMAK BIL ELEKTRIK DENGAN MENGGUNAKAN APLIKASI  TNB (MYTNB)

Langkah 1
Klik >> SINI << ataupun https://myaccount.mytnb.com.my/Payment/QuickPay
Cara mudah semak bil elektrik dengan menggunakan aplikasi tnb (MYTNB)

Langkah 2
Masukkan 12 digit no.akaun TNBseterusnya klik Saya Bukan Robot dan search
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 3
Paparan maklumat akaun bil TNB semasa anda akan dipaparkan.
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Untuk terus membuat pembayaran bil melalui website Tenaga Nasional Berhad (TNB) ini

Langkah 4
Masukkan amaun yang hendak dibayar, alamat e-mail dan juga no.telefon anda sebagai bukti penerimaan pembayaran. Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 5
Paparan ringkasan transaksi akaun bil TNB akan dipaparkan. Semak dan buat pembayaran
Seterusnya klik Pay
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 6
Masukkan maklumat kad kredit/kad debit ataupun mastercard anda.
Seterusnya klik Next
Cara check bil elektrik tanpa register atau install application TNB

Langkah 7
Masukkan kod Msos untuk selesaikan pembayaran

Dah siap.

Senang dan amat mudah untuk semak bil elektrik dan juga untuk membuat pembayaran dengan hanya menggunakan aplikasi mytnb.

Cubalah sendiri. Anda pasti menyukainya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...