Sabtu, 17 Ogos 2019

MAINAN KESUKAAN KAKAK FATMA

Hai korang. Tengah buat apa tu.

Hari ni mama nak share salah satu permainan yang anak mama gemari bila mama dan en.suami singgah ke pasaraya.

Mama rasa,bukan kakak saja tetapi anak-anak yang sebaya kakak pun sukakannya. Betul tak?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1798654256879781&id=100002056732983


Inilah antara mainan yang kakak gemari.
Apabila singgah ke pasaraya PANTAI TIMOR, ECO (KEDAI RM2) mesti nak naik kuda,kereta bergerak ni.

Kakak masa ni masih jadi adik. Maklumlah masa ni kakak masih seorang lagi,mama pun belum mengandung dan belum ada baby kecil lagi (baby boy belum ada lagi)

Bila dah ada baby boy, masa untuk kakak pun terhad. Kadang-kadang nak main mainan ni pun tak sempat.

Maafkan mama sayang.
Nanti mama spend time untuk kakak ya.

SALAM AIDILADHA


Assalamualaikum semua
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam di malaysia dan seluruh dunia.
Semoga hari raya haji ini menambahkan lagi kekuatan iman dan pengorbanan kita semua demi agama islam kita.

Alhamdulillah.
Raya tempoh hari,mama turut serta ambil satu bahagian untuk akikah baby boy yang kini berusia 6 bulan lebih.

Mama adakan kenduri makan di rumah mertua,bachok kelantan.Daging lembu akikah tu, mama dan ipar duai masak sedikit dan agihkan sedikit. Ini kerana kenkangan masa.Daging sudah lewat iaitu hampir jam 2 petang baru sampai.

Apabila daging sampai,kami bergotong royong menyiang daging dan memasak. Kaum lelaki pula mengerat dan mencincang tulang lembu menjadi bahagian kecil dan senang di masak. Manakala sedikit lagi yang mentah  di agihkan kepada insan yang terdekat dengan rumh mertua yang benar-benar layak.

Bila dah siap masak, kami jamukan tetamu yang datang mengunjungi.Hari raya tempoh hari kami ipar duai,sanak saudara masak daging doreng campur sayur, singgang daging, sambal lada, agar-agar hijau, puding dan air sirap.

Mama dah sediakan baju raya sedondon warna peach raya pertama tetapi tak sempat mama pakai kerana sibuk dengan daging mentah.Iyalah kan, takkan nak pakai baju raya warna lembut nak siang daging...kan habis bertukar warna pulak hehee

Tetapi raya kedua di rumah nenek pengkalan chepa,mama sekeluarga bertemakan hitam+pink.


Inilah baju raya mama dan anak-anak.
Cantikkan hehee.baju ni mama jahit sendiri je. Jimat kos sikit hehe. Asalkan muat dan nampak macam baju ok ler hehee..

Selamat hari raya aidiladha semua
Semoga ibadah kita di terima allah taala.


Rabu, 14 Ogos 2019

CINCIN EMAS 916








Alhamdulillah.
Horey, akhirnya mama dapat juga belikan hadiah untuk diri sendiri sebentuk cincin emas 916.

Lama dah tak membeli sendiri barang kemas ni. Sejak mama berhenti kerja, dan menjadi surirumah dan surihati en suami ni **hehehee** terasa sukar sikit untuk belikan perhiasan untuk diri sendiri. Maklumlah, mama fikirkan perkara yang terutama dari yang utama, iaitu anak-anak dari diri sendiri.





Cincin ni mama import jauh taw. Dari penang nun sana. Mama jatuh cinta sejak melihatnya dan berusaha untuk dapatkan cincin tu. Dari situ mama kumpul duit sikit-sikit, cukupkan nilainya dan akhirnya   horey...mama dapat beli cincin ni dan jadikan ia milik mutlak mama.


Meskipun kulit mama sedikit lokek (sensitif) tetapi tidak menghalang mama untuk membeli cincin ni.

Membeli barang kemas dari emas 916 seperti cincin, rantai, gelang, subang ni ada banyak manfaat sebenarnya berbanding membeli barangan lain.

Manfaat utama adalah dapat menghasilkan wang ketika kecemasan.Percaya atau tidak, ketika kita sangat memerlukan bantuan kewangan, barang kemas sangat membantu. Dengan barang kemas tu kita boleh jualsemula ataupun pajak gadai. Bunyi macam lekehh tapi sesungguhnya ia sangat membantu.

Kekadang teman yang selama ni baik dengan kita pun akan melarikan diri tika kita memerlukan bantuan kewangan.

Selain itu barang kemas ni boleh di jadikan simpanan masa hadapan dan warisan.

Barang kemas juga boleh di jadikan hadiah untuk anak,cucu,menantu dan sebagainya. Siapa yang tak nak hadiah kan,lebih-lebih lagi barang kemas 🤩🤩🤩. Mama pun nak kalau ada yang nak bagi hehe

Insha allah, kalau ada rezeki lagi mama teringin nak beli rantai dan gelang pula. Doakan mama ya.

Selasa, 13 Ogos 2019

FOUNDER SERI LADY


Setiap insan mempunyai idola ataupun sumber inspirasi sendiri untuk berjaya dalam setiap bidang yang di ceburi.

Tidak terkecuali founder SERI LADY ni yang menjadikan ibunya sumber inspirasi dalam kehidupanya.






Puan Ju yang berusia 39tahun tekad membahagiakan ibunya, Puan Sharifah Raudah 68 tahun setelah menyaksikan kesengsaraan, kepayahan, ketabahan dan kesabaran umminya berniaga di kantin kilang dalam mencari rezeki membesarkan dirinya  dan adik-beradik.


Menjadikan ibunya sebagai idola dan inspirasi. Puan ju meletakkan segalanya adalah ibunya di hadapan.

Pesan puan ju,
"TIDAK KIRA KITA BERKERJA, LEBIH LAGI PADA YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN SENDIRI, KALAU MASIH ADA IBU, JADIKAN LAH IBU KITA SUMBER INSPIRASI KITA, KERANA MEREKA ADALAH PELAJARAN YANG SANGAT MAHAL UTK KITA JADIKAN SUMBER INSPIRASI. ‘ ANAK DERHAKA JANGAN ADA HATI NAK JADI KAYA ‘
HARGAI IBU YANG MASIH ADA, ❤️





Pada tahun 2017 beliau nekad menghasilkan SERI LADY. Susuk badan yang agak berisi menjadi pembakar semangat untuk teruskan perniagaan walaupun banyak dugaan harus di tempuhi.



Berkat kesabaran dan tidak melupakan ibunya sebagai sumber inspirasi, SERI LADY kini mempunyai 70 agen jualan berkualiti di serata malaysia,singapura, indonesia dan brunei

Sebahagian agen jualan yang sentiasa menjadi tulang belakang SERI LADY.



Agen jualan turut menjadikan puan ju sebagai sumber inspirasi kerana rendah diri dan ketabahannya.




Menghadiahkan pakej umrah ramadhan 2019 buat ibunya.



Salah seorang anak didik azizan osman (titanium) bersama 2 rakan kongsi cik nazira shariff dan ain hamid.


Bersama suami en.zamri dan anak-anak yang sentiasa memberi semangat dan dorongan.


Keluarga besar, Puan Ju anak ke 2 dari 4 beradik.

Gambar terkini Puan Juzailah Shariff, founder SERI LADY.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...