Selasa, 17 November 2015

PETPET

PETPET

ramai ke tak guna pampers ni..
saya guna pampers ni untuk anak saya.
dulu pakai yang biasa jer tapi last beli tempoh hari,ada yang tak puas hati dengan kualitinya.
Anak kalau biasa kerap buang air kecil ok,tapi yang last..bila anak buang air kecil,habis basah lencun..bukan tu jer,kulit anak pun dah merah-merah.
Kalau baung air kecil,mesti kena trus tukar..dan setiap kali buang air mesti menangis..

Last-last ak pakai jer PETPET.
memang berkualiti dan puas hati.

KATA YANG INDAH : SENYUM


 SENYUM ITU SEDEKAH
SENYUM ITU MENAWAN
SENYUM ITU INDAH
SENYUM ITU PENGUBAT JIWA LARA
SENYUM ITU PENAWAR DUKA
SENYUMLAH SELALU

#senyumtakperlukataapa-apa


JOM KONGSI

Assalamualaikum semua dan selamat malam.
Malam ini,mata tak mengantuk lagi..kebiasaanya di masa begini aku sudah lena bersama-sama anakanda tercintaku.
Tetapi malam ini,mataku masih cerah dan belum mahu lena lagi.

Seharian hari ini,anakandaku tercinta asyik merenggek.Aku buntu akal di buatnya.
Menangis dan menangis.
Padaku barangkali sakit perut (kembung perut),lalu emak aku sapukan di perutnya MINYAK MUSTIKA(BABY).
Tetapi menjelang maghrib dan malam tadi,anakandaku masih merenggek.Aku dodoikan dan tidurkan ia.
Alhamdulillah,anakandaku lena tidur.

Aku yang beranak anak sulung masih banyak yang perlu aku ketahui dan fahami.
Aku cuma berharap anakandaku itu sihat dan bebas dari penyakit..Aamin

Kepada warga BLOGGER yang tahu petua hilangkan kembung perut anak,elakkan anak menangis,dan lain-lain bolehlah kongsikan dengan saya.
Mungkin dengan petua tersebut,boleh saya guna pakai nanti.
IN SHA ALLAH.


TERIMA KASIH SEMUA
SELAMAT MALAM.
 

Ahad, 15 November 2015

KATA YANG INDAH : CINTA

 cintakan bunga,bunga akan layu
cintakan manusia,manusia akan mati
cintakan ALLAH,kekal abadi
 
biasakan kita dengar bait-bait ayat itu.
Itulah yang di katakan cinta pada YANG AGUNG (ALLAH SWT) adalah cinta yang hakiki.
Cinta yang tiada tolok bandingnya.
 
#love
#together
#ever





KATA YANG INDAH : EGO DAN TAKABBUR


 Janganlah sesekali ada sifat ego dan takabbur dalam diri.

PANTILINER HERBA




  STOK BARU SAMPAI...
TAK UBAH MACAM GORENG PISANG PANAS...
PERMINTAAN TINGGI...PRODUK YG BERKUALITI...HARGA BERPATUTAN...
AYUH,DAPATKAN SEGERA...

Pantiliner herba....
√ 100% cotton
√ berkualiti tinggi & dijamin selamat
√ mengandungi 17 herba terpilih
√ bebas dari bahan kimia
√ produk dilindungi insurans (3juta)
√ sangat selesa berbanding jenama lain

Harga
Rm10.00 - 1bungkus
Rm185.00 - (1bundle) 20bungkus
WhatsAap : 017-2965049





BERKAT




Tidak di nafikan zaman sekarang,duit adalah segala-galanya.
Hendak itu hendak ini,semuanya kena pakai duit.
Gaji beribu-ribu tapi tidak pernah cukup.
PERNAH ke tidak kita berfikir,kenapa tak cukup???
Mungkin sebab kita selalu berkira untuk beri RM10,RM20 kepada orang tua kita.
Sedangkan untuk kawan-kawan kita sanggup berhabis puluhan ringgit,kita sanggup belanja itu,belanja ini.

Renungkan dan fikirkan
Bila kali terakhir kita hulurkan $$$ kepada orang tua kita
Bila kali terakhir kita belanja mereka
Bila kali terakhir kita tanya mereka sudah makan ke belum...
Bila...Bila...Bila...

Masa kita susah,mereka yang kita cari
Masa kita jatuh,mereka yang hulurkan tangan untuk kta bangkit kembali
TAPI 
Bila kita senang,mereka kita pinggirkan
Bila kita berduit,mereka kita jelingkan
Zalimnya kita sebagai anak

Untuk berkat,hulurkan gaji kita kepada mereka terlebih dahulu walaupun hanya sekadar RM10

IN SHA ALLAH kita akan merasa cukup dan tidak terasa kurang..

JAUNDIS

Sebut jer jaundis,mesti ibu-ibu di luar sana faham apa itu masalah jaundis kan.

Jaundis atau lebih juga di kenali penyakit kuning yang di hadapi oleh anak yang baru di lahirkan.Kebiasaanya,jaundis di kesan antara 2-10 hari selepas anak itu di lahirkan.
Paras bacaan jaundis dalam badan anak mestilah tidak melebihi 170.
Kalau lebih,contohnya 171 pun anak sudah di kira mengalami tanda-tanda jaundis.

Seperti anak-anak yang lain,anakku juga turut serta mengalami masalah jaundis.
Pada awalnya bacaan jaundis anakku agak tinggi iaitu 236..Selang dua hari kemudian,aku ke klinik lagi untuk check jaundis anakku.Result jaundis anakku meningkat ke 260.
Risau andai jaundis terus naik,aku mengambil jalan iktiar dengan memberi anakku susu kambing segar ( aku campurkan sesudu susu kambing ke dalam susu anakku).Alhamdulillah,paras jaundis turun ke 180.
Oleh kerana anakku masih mengalami jaundis,aku terpaksa datang semula ke klinik 2 hari lagi.Aku teruskan memberi anakku susu kambing segar.Bacaan jaundis turun ke 179.

Kasihan melihat dan mendengar tangisan anak setiap kali darah di ambil (di tapak kaki), aku iktiar dengan memberi anakku buah anggur hitam tanpa biji.Caranya : Ambil 1/2 biji anggur,tekan dengan sudu(bagi air anggur keluar) lepas tu menitik setitik dua sahaja air anggur hitam ke mulut anak.
Alhamdulillah,bacaan jaundis anakku turun sehingga ke 168.

Kepada ibu yang ada masalah anak jaundis,bolehlah cuba ya..IN SHA ALLAH,anak akan hilang jaundis nanti.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...