Khamis, 30 Januari 2020

KFC VS KAKAK





Hai,  dua tiga hari ni kakak asyik minta nak makan ayam KFC je. Tak dilayan permintaannya,kelak mama juga yang serabut kepala. Mana tidaknya,  nanti kakak merajuk dan menangis-nangis pula.


Tengoklah wajah kakak yang berseri-seri dengan senyuman terukir di di wajah bila mama bawa kakak ke KFC tu.
Siap peace lagi hehehe


Tak sabar tu nak masuk dan order. Mama kat belakang pun kakak buat tak tahu je. 



Selain ayam goreng,  inilah makanan yang kakak suka.  Loaded go bowl yang berharga rm3.90 satu.  Murah dan mengenyangkan. Kandungan loaded go bowl adalah ubi kentang + ayam dan diletakkan sos cheese



Dinner set rm19.30 mengandungi 3ketul ayam, roti 1, kentang putar dan sayur. 
Mama beli 1 set. Kakak habiskan 2 ketul ayam... Ni baru betul nak makan ayam. 2 ketul sekali makan.  Biasanya seketul ayam pun jarang nak habiskan. 

Dan yang paling penting adalah AIR MILO. Mama tak minum air bergas jadi minuman pilihan mama adalah air milo... 

Selasa, 28 Januari 2020

KATA YANG INDAH : 4 AMALAN BAIK


KATA YANG INDAH : PILIHAN


Hidup ini pilihan,  
apapun yang membuat kau sedih, tinggalkan. 
Dan,  
Apapun yang membuat kau tersenyum dan bahagia, 
pertahankan. 

......................................................
INGATLAH, 
Pilihan adalah di tangan kita sendiri. Kita yang mengetahui apa yang terbaik buat diri kita.  Insan sekeliling hanyalah insan yang membantu kita menanangi masalah dan memberi pendapat mereka dan BUKAN MEREKA yang menanggung risiko pilihan tersebut. 

JOM KE KLINIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ni mama ke klinik kesihatan pengkalan chepa, baby boy mama @ abang ali tidak sihat. Badan abang ali terasa panas iaitu 38.3c.


Mama pergi klinik agak lewat dah. Lebih kurang pukul 3.00petang dan daftar lebih kurang 3.37 petang. Maklumlah, pergi dengan en.suami ni, kena tengok masa dialah..  Sebelum pergi, kena bereskan anak semula.. Anak nak itu, anak nak ini. Anak nak buang air besar, buang air kecil ler.. Ragam macam-macam katakan.

Kakak merajuk, mama riba abang ali. 

Nasib baik masa sampai klinik, tidak ramai pesakit.  Kerusi pun banyak yang kosong. Biasanya kalau mama pergi klinik,  penuh dengan pesakit dan kerusi memang tak cukup ler..

Abang ali mengantuk. 

Masa menunggu untuk nombor di panggil pun sekejap je. Mama terus jumpa doktor dan bagitahu masalah abang ali. Oleh kerana badan abang ali panas sangat, doktor masukkan ubat ikut punggung. Dan doktor bagitahu kalau 3 hari tidak kebas lagi, mama kena bawa abang ali ke klinik semula untuk di ambil darah. Harapnya deman abang ali kebas ler ya..

Suka mama bersamanya..alahai kakak... 

Sebelum beredar pulang,  mama singgah farmasi untuk ambil ubat abang ali. Doktor bekalkan ubat paracetamol syrup, ubat insert,  dan juga ubat titis untuk hidung tersumbat. Ubat paracetamol syrup dan insert itu adalah pilihan. Jika abang ali tidak boleh makan atau muntah bila makan ubat paracetamol syrup, mama boleh gantikkan dengan ubat insert dan jarak masa adalah 6jam sekali insert.

.
Setelah siap, mama pun berangkat pulang.

Doakan semua, semoga abang ali cepat sembuh ya. 



KATA YANG INDAH : SABAR


Belajar jadi orang sabar
Walaupun terkadang kesabaran itu tidak dihargai
Tapi biar ALLAH yang menilai semuanya.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL.

SELAMAT HARI LAHIR



Selamat hari lahir buat anak lelaki mama MUHAMMAD RAZALI IMAN yang mama sayangi. Pada 9 januari 2020 yang lalu, genaplah setahun umur anak mama ni.

Baby boy mama
Mama doakan agar baby boy sentiasa dalam lindungan dan rahmat ilahi. Semoga baby boy menjadi anak yang soleh dan berguna kepada mama, ayah dan keluarga.
Semoga baby boy menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat..aamiin

Mama plan nak sambut birthday pada raya cina nanti. Bukan apa pun, masa tu nanti sepupu-sepupu baby boy balik.  Sepupu baby boy yang tinggal di penang,  di wakaf che yeh dan ayah su yang tinggal di terengganu pun balik rumah nenek nanti.

Anugerah ilahi yang mama syukuri 

Nanti bila dah semua berkumpul, meriahlah nanti sambutan birthday boy.
Riuh rendah dengan suara,  gelak ketawa pasti mengamatkan lagi suasana.

Happy birthday my son.

I love you so much..  ❤❤❤


SELAMAT TAHUN BARU CINA

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga malaysia yang menyambutnya.

Tahun 2020 ini merupakan tahun "tikus" bagi kaum cina dan di sambut pada bulan januari.


Mama ingatkan tahun baru cina bulan dua (2) kerana kebiasaannya raya cina jatuh bulan dua(2) tetapi tahun ni bulan satu(1).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...