Rabu, 30 Oktober 2019

CEMBURU SEORANG WANITA



Jom semua saksikan Drama Vaganza CEMBURU SEORANG WANITA yang mula ditayang pada 29 october 2019 di Astro Ria.


Drama ini dibintangi pelakon hebat iaitu Amyra Rosli,  Amar Baharin,  Emma Maembong ini ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Eyra Rahman ini di adaptasi dari novel bertajuk Cemburu Seorang Perempuan, nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid dan akan bersiaran selama 20 episod.


SINOPSIS CEMBURU SEORANG WANITA

Zikri (Amar)  dan Dhiya (Amyra) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia (Emma) . Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi terhadap mereka?

Jom sama-sama kita saksikan kesudahannya.

KATA YANG INDAH : SEDEKAH


SEDEKAH itu amalan yang sangat mulia,  TETAPI janganlah sesekali kita menyakiti penerima sedekah dengan kata-kata yang menghiris hati.



Selasa, 29 Oktober 2019

SOPHIA DAN JACKSON ANTARA NAMA PILIHAN UTAMA IBU BAPA

Proses kehamilan dan kelahiran merupakan antara satu kenangan indah dalam kehidupan ibu bapa.  Ketika hamil dan menunggu kelahiran buah hati,  ibu bapa akan sama-sama memilih dan mencari nama untuk permata hati.

Nama memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap insan. Melalui nama,  seseorang di kenali. Sestengah ibu bapa memilih nama yang senang di sebut dan pendek. Dan ada juga yang memilih nama yang panjang dan kekadang terlalu panjang sehingga tersalah sebut dan terlupa nama. Namunpun begitu,  setiap ibu bapa ada nama dan pilihan masing-masing.

Berikut adalah antara  10 nama baby popular di dunia dan menjadi pilihan ramai ibu bapa mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BabyCenter

10  NAMA  POPULAR BAYI LELAKI

  1. Jackson
  2. Liam
  3. Noah
  4. Aidem
  5. Caden
  6. Grayson
  7. Lucas
  8. Mason
  9. Oliver
  10. Elija

10 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN

  1. Sophia
  2. Olivia
  3. Emma
  4. Ava
  5. Isabella
  6. Aria
  7. Riley
  8. Amelia
  9. Mia
  10. Layla
Nama Sophia sangat dominan dan tidak menunjukkan penurunan. Ianya popular di seluruh dunia dan mudah disebut dalam apa-apa bahasa sekalipun.
“Jackson pula merupakan twist moden kepada nama klasik Jack,” kata timbalan presiden pengarang global BabyCenter

Olivia dan Liam pula masing-masing berada di tempat kedua.


Khamis, 24 Oktober 2019

JOHNY JOHNY YES PAPA.

Jom nyanyi bersama-sama


Johny , JohnyYes,PapaEating sugar? No, papa!Telling lies?No, papa!Open your mouthHa, ha, Ha!


Johny , JohnyYes,PapaEating sugar? No, papa!Telling lies?No, papa!Open your mouthHa, ha, Ha!


KHASIAT OREN SUNKIST

Assalamualaikum...hai semua...
Hari ni mama nak kongsi dengan kamu semua 6 khasiat oren sunkist yang ramai tidak tahu yang merupakan salah satu antara buah feberet mama dan kakak fatma. Kalau korang nak tahu, mama ni memang hantu buah taw kecuali buah nenas dan buah ciku ler. Buah ni memang mama tak suka.

Buahan yang mama paling sukai ialah tembikai merah tetapi kerana musim sekarang musim mama sekeluarga tidak sihat dan musim makan ubat,  jadi buah tembikai merah ni mama lupakan sekejap..bukan lupa terus taw..buah feberet mama ni takkan mama lupakan hehee.


Tidak boleh makan tembikai merah,  mama beralih kepada Oren Sunkist yang merupakan buahan kesukaan dan kegemaran mama dan kakak fatma. Kulit Oren Sunkist ini berwarna cerah dan isinya mempunyai rasa masam manis. Oren Sunkist ni banyak dijual di pasar dan buahan ini sentiasa dijual sepanjang tahun..


Kakak fatma memang pantang melihat mama makan buah ni, mulalah meminta dengan gaya mukanya yang cute. Hehehe


Khasiat Buah Oren Sunquick Yang Semua Orang Tidak Tahu 

  1. Ianya kaya Dengan Vitamin C ! Vitamin yang boleh meransangkan sel-sel imun dalam badan kita sekaligus dapat melawan penyakit dan menguatkan ketahanan badan. 
  2. Dapat merendahkan tekanan darah serta mengawal kadar kolestrol dalam badan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukan mengambilan 500ml jus ini secara berkala setiap hari mampu merendahkan tekanan darah dan menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) dalam badan. 
  3. Membantu mengurangkan berat badan, sembelit, pedih ulu hati atau rasa nak muntah.  
  4. Penghalau nyamuk ! Caranya mudah aje. Sebelum keluar rumah gosokkan sedikit kulit buahnya tu kepada kulit kita.  In shaa Allah,  kita terhindar dari sang nyamuk. Yang ini sebenarnya mama baru tahu hehe. Jangan ingat kulit buah ini tiada nilai ye. Sebenarnya kulit ianya inilah yang sebenarnya mempunyai lebih banyak khasiatnya. 
  5. Sebagai aroma terapi yang menyenangkan. Ini juga menggunakan kulitnya juga. Ia boleh menghilangkan tekanan tau nak-nak kalau stress, sakit kepala a.k.a pening kepala macamtu. Caranya rebus segengam kulit buahnya yang kering bersama kulit kayu manis dan kapul buah dalam air. 
  6. Menghilangkan kelumumur. Caranya, kisar kulit buahnya bersama air dan biarkan semalaman sebelum disapukan pada rambut. 

Oklah inilah 6 khasiat buah oren Sunquick yang mungkin bagi mama ramai yang tidak tahu. Tapi mungkin juga ada yang dah tahu. Tak kisahlah..

Cuma satu je mama nak ingatkan jangan simpan kulit buah ini dalam peti ais tetapi simpanlah ia di tempat bersuhu bilik.  Tidak terlalu panas ataupun kering.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...