AEON MALL KOTA BHARU
Rasanya baru 2 kali mama jejak kaki di aeon mall ni. Pertama kali masa mama dengan kakak fatma dan kedua kali mama dengan kakak fatma dan juga baby boy. Ish, lama tu jarak mama ke datang jalan ke aeon mall..hehee
Kebetulan kakak mama cuti kerja hari ahad, jadi di ajaknya mama dan anak-anak jejalan ke aeon mall kota bharu. Mama jejalan je tak keluar duit pun hehehe. Kakak mama yang belanja hehehe
Hendak ke aeon mall ni senang je. Mana tak senangnya, mama datang masa orang lain kerja (hari ahad) dan gerak dari rumah lebih kurang pukul 11:30 pagi.Sesampai je, terus cari parking dan kebetulan ada 3 petak kosong. Jadi apa lagi, teruslah kakak mama parking kereta.
Masuk je aeon mall ni, kami ke kedai handbag, kasut, pakaian.. Wah, banyak juga offer tapi sayang, mama tidak tertarik dengan barangan tersebut. Barangkali kerana mama baru sahaja membeli beg sandang baru.
Kami terus ke tangga bergerak dan terus ke tingkat atas. Kami melewati beberapa buah kedai sebelum berhenti di kedai KAISON. Banyak barangan di kedai ni cantik, murah dan warna warni. Rambang mata weh mama dengan barangan di kedai ni. Kalau nak sambut birthday mama syorkan kedai ni. Pelbagai dan boleh bagi gift terus nanti.
Kakak fatma dan baby boy mencuba pakai alas kepala BEAR. Cantik dan cute sangat. Untuk cuba-cuba boleh la. Kalau beli, mereka tidak guna pun. 😊😊😊
Kakak mama beli kipas untuk anak buah. Mama just ambil cermin petak 2 sisi. 1 sisi gambar biasa , 1 lagi gambar besar (seperti kanta pembesar) Cute sangat. Sesuai dibawa kemana-mana dan bersaiz mini. Harga cermin ni murah je rm1.99 je satu.
Jalan sana jalan sini, jumpalah POKOK SAKURA yang cantik. Apa lagi, teruslah mama bergambar. Kakak siap posing lagi hehe. Baby boy asyik pusing kanan pusing kiri je. Mama nak bergambar dengan baby boy dan kakak fatma pun payah hehehee.. Mamanya hantu bergambar.
Wah, meriah dan berwarna warni kan. Hari deepavali bakal disambut beberapa hari lagi kan. Persiapan di aeon mall pun dah siap tu.
Masuk kedai keluar kedai, bergambar, jalan-jalan tidak terasa masa bergerak. Pukul 3 petang kami bergerak balik ke rumah. Sebelum balik, kami berhenti tapau KFC dulu. Nak suapkan baby boy dan nak bagi kakak fatma makan. Kasihan pula anak-anak lapar pula.
Alhamdulillah, pergi dan balik rumah semuanya lancar dan selamat. Best juga sekali sekala dapat keluar jejalan macam ni. Boleh hilangkan serabut kepala, hilangkan tekanan, gembirakan hati dan jiwa anak-anak dan yang penting anak-anak suka..Betul tak?? Mestilah betul kan..
Masa hendak balik, kakak mama pergilah ke tempat bayar tiket tapi rupanya sekarang ni tiket free je. Mula-mula tu cuak juga, bimbang kalau dah sampai je di lorong keluar, tiket kena bayar dan bimbang kalau-kalau ada kereta yang beratur di belakang. Nanti kan tidak pasal, diorang kena tunggu pula.. Tapi nasib baiklah free... 😊😊😊
Suka pergi Aeon sebab Aeon sekarang lebih meriah dan ada macam-macam barang untuk shopping.
BalasPadamBetul tu. Dalam Aeon ada pelbagai kedai, kemudahan di sediakan.
Padamayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
BalasPadamhanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
terimakasih ya waktunya ^.^