Ahad, 28 Julai 2019

RESEPI RENDANG AYAM

Alhamdulillah

Hari ni mama masak rendang ayam je.
Masak masakan yang simple dan cepat.
Maklumlah,baby boy sekarang tak boleh berenggang dengan mama. Asyik menangis je kalau mama jauh sikit.

Dek kerana perut pun dah lapar dan baby boy meragam, mama pun cepat-cepat capai bahan yang senang lenang gitu hehee.
Maka mama pun bertukanglah di dapur masak rendang.

Di bawah ni,mama sertakan sekali resepi nak masak rendang ayam. Bahan yang mudah di jumpai, cara masak yang simple  lagi senang dan hasilnya yang memang tip top..pasti menjilat jari lah..

Jom, kita kongsi bahan dan cara masak rendang ayam.Bahan utama mestilah ayam.kalau tiada ayam,maka tak jadilah rendang ayam kan hehehe.

RENDANG AYAM
( Bahan A )
Ayam 1 ekor.Nanti nak kerat berapa,terpulanglah ya.mama kerat kecil-kecil je.senang masak nanti.kalau kerat besar,lambat pula masak nanti.

( Bahan B )Lada kering 3 biji **kalau suka pedas,lebihkan lada kering,serai 7 batang,
Bawang merah 7 biji, bawang putih 3 ulas, halia 1 inci, lengkuas 1/2 inci, kunyit hidup 3 inci ** jangan masuk banyak sangat,nanti tak berasa sedap sebab rasa kelat,pahit..tetapi mama suka warna kuning kunyit hidup ni.cantik gitu hehee
Bahan B ni, kisar sampai halus ya.

( Bahan C )
Santan 1/2 kg, garam sedikit, nisse / gula melaka 2 kerek

( Bahan D )
Kerisik kelapa, daun kunyit yang di mayang halus.

Dah sediakan semua bahan, kita teruskan cara memasak rendang ayam ni.caranya tak lah rumit pun, senang je.

Caranya, masukkan ayam ke dalam periuk. Ikutlah nak besar mana pun periuk tu,tetapi janganlah over besar sangat.hehehe...
Dah masuk ayam, masukkan bahan B yang di kisar halus tadi. Dan biarkan mendidih.

Bila dah mendidih,masukkan bahan C  dan cubalah rasa rendang tu.sesuaikan rasa ikut selera masing-masing. Kalau nak masukkan sedikit gula pun boleh je. Terserah pada citarasa la. Ada yang suka manis,ada yang suka pedas kan. Biarkan gelegak dan kuah sedikit pekat.

Bila kuah dah agak pekat,masukkan bahan D dan biarkan seketika sebelum matikan api.

Rendang ni sedap bila makan bersama nasi impit, roti dan juga nasi panas..

Mama pasti  siapa yang makan rendang ni,  mertua lalu pun tak perasan ler..hehee

Ok lah,selamat mencuba kepada semua.
.

Jumaat, 19 Julai 2019

RESEPI SANDWICH TELUR

Alhamdulillah
.
Petang ni mama buat sandwich telur aje.
Nak buat sandwich sardin,adik pula tak makan.. mama pun kurang sikit dengan sardin. Lebih2 lagi bila teringatkan waktu musim banjir besar dulu..Loya dan kembang pipi mama.. hehehe.
.
Sandwich telur ni senang je nak buat.
Bahan pun senang dan mudah jumpa dan yang paling utama,masa nak buat tu kejap je. tung tang tung tang siap dah..
.
Ini cara mama buat sandwich telur. Lain orang lain gaya kan. Mama buat yang simple, cepat aje. Lada / cili padi mama tak masukkan,takut anak² pedas pula. Sayur pula mama hanya guna salad je. Tomato mama tak guna nanti berair pula sandwich mama...😁😁
.
.
RESEPI SANDWICH TELUR MAMA
...................................................
🔸roti gardenia
🔸telur rebus 5 biji
🔸serbuk lada sulah / ajishio
🔸mayonis 3-4 sudu
🔸sayur (salad) **hiris
🔸majerin sedikit

Caranya
✔️ hancurkan telur menggunakan garfu,tetapi jangan terlalu hancur
✔️ Masukkan mayonis, ajishio dan kacau sebati.
✔️ Sapu roti dengan sedikit majerin dan letakkan inti telur dan salad.
✔️ Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian ikut suka taw dan sedia untuk dihidang.
🔸🔸mama potong guna gunting...cantik dan nampak sempurna je 😊😊😊

SELAMAT MENCUBA SEMUA..





Jumaat, 12 Julai 2019

MAIN PANTAI

Alhamdulillah

Hari ni kami main pantai pula.
Mama 3 beranak**baby boy dan kakak** ,adik ipar dan isteri,anak buah ke pantai yang terletak tidak jauh dari rumah(kakak dan anak2 buah sampai je kat pantai terus berlari2 ,mama,baby boy dan adik ipar dan isterinya just memerhati...iyalah takkan kami nak join berlari juga kan hehehe)

Selalunya kalau balik rumah mertua di pantai baru,bachok ni mama hanya benarkan kakak bermain di kawasan rumah ataupun bermain di atas rumah dan tak pernah sampai ke pantai.tapi hari ni lain pula citernya, kami bermain di pantai pula hehee.

Sebenarnya anak2 buah dan kakak fatma nak main wau di pantai.Dah sampai pantai,wau entah ke mana..berlari² pula dia.Nampak gembira dan senyum lebar je.Happy lah tu boleh berlari2 sana sini.

Bermain di pantai memang seronok dan sedap ler.Angin yang bertiup sempoi dan ombak yang menderu memang nyaman dan aman.

Walaupun hanya sekejap sahaja (lebih kurang 30minit) tetapi mama rasa puas hati dan happy sebab anak mama gembira.

Jangan kakak mintak nak ke pantai pula minggu depan sudah ler...







Khamis, 4 Julai 2019

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH




Assalamualaikum semua

Hari ni mama nak kongsi satu resepi yang sangat senang,mudah,cepat dan yang paling penting lazat.

Jom semua bersama mama masak  ayam goreng berempah yang rata-rata di sajikan di kedai makan ataupun masa kenduri kendara.

Cara menyediakannya pun amat mudah selain mama menggunakan bahan yang senang di dapati di rumah..

Bahan-bahan untuk resepi ayam goreng berempah ni terbahagi kepada dua,iaitu
Bahan A
1 ekor ayam - potong halus dan bersihkan
7 sudu tepung beras
7 sudu tepung jagung
3-4 tangkai daun kari

Bahan B (di blander)
7 ulas bawang putih
2 inci halia
2 biji telur
Garam sedikit
Sesikit serbuk lada sulah / ajishio
Sedikit secukup rasa / ajinomoto
2 biji lada kering

Setelah siap menyediakan bahan yang diperlukan,mama teruskan dengan cara masak ayam ni.

Caranya senang sahaja iaitu
Satukan semua bahan A dan bahan B dan perap selama 1 jam. Ayam ni lagi lama diperap lagi sedap. Tapi mama just perap 1 jam je,sebab nak cepat. Lama-lama perap kan baby boy meragam nanti, tak tergoreng pula ayam mama hehe. Lepas tu panaskan minyak dalam kuali. Guna minyak yang banyak supaya ayam tenggelam ketika di goreng dan pastikan minyak betul-betul sudah panas sebelum masukkan ayam.
Goreng ayam sehingga masak dan toskan minyak ya.

Alhamdulillah, ayam goreng berempah siap di goreng dan sedia di nikmati.
Yummy, sedapnya.

**SEDAP, LAZAT, NIKMAT..



RESEPI MEE KARI

Hai semua.
Hari ni mama nak share kat semua, cara mama masak mee kari.
.
Sebenarnya ini pertama kali mama masak mee kari dan alhamdulillah,sedap dan lazat.**puji diri sendiri pulak hehee
.
Jom share masak mee kari cara mama. senang,cepat,sedap dan lazat.
.
😋Mee kari😋
...............

~Bahan-bahan~
Ayam 1 ekor - potong halus
Udang 1/4kilo
Kerang 1/2 kilo @ lebih
Minyak utk menumis
4 sekawan
4 pelepah daun kari
8biji bwg merah - blander
3ulas bwg putih - blander
1 inci halia - blander
3 paket rempah kari ayam
3 paket rempah kari ikan
1 paket Fishball  dihiris nipis - goreng sekejap
1 paket Fishcake belah 2- goreng sekejap
3biji Ubi kentang - rebus dan lenyekkan
Garam
Gula
5 cawan stok udang
Santan kotak - 1 liter
2 keping asam keping
Air secukupnya
.
~Stok udang~
* asingkan isi udang,kepala dan kulit.rebus kulit  dan kepala udang seketika dan kisar dengan sedikit air dan tapis airnya.
Kemudian kisar isi udang dengan air rebusan kulit udang tadi.

Mee kuning
Tauge - celur
Sawi - celur
Telur rebus
Lada Merah - hiris
Tauhu goreng - belah 4
Limau kasturi - belah 2
Bawang Goreng
.
.

Cara- caranya
.....................
Tumis 4 sekawan bersama daun kari
 .
Masukkan bahan blander dan tumis sehingga naik bau
.
Masukkan rempah kari ayam dan kari ikan..masak hingga naik bau dan pecah minyak.
.
Masukkan ayam, sedikit air dan biarkan mendidih
.
Masukkan fishball,fishcake,udang, stok udang,asam keping .
.
Masukkan ubi kentang yang telah di lenyek (untuk pekatkan kuah)
.
Masukkan santan,garam,gula
.
Masukkan kerang dan tutup api (kerang masak seketika sahaja elak liat)


Jom kita siapkan mee untuk di makan.
_________________________
√ Masukkan mee kuning kedalam mangkuk.
√ Masukkan sayur sawi,tauge,tauhu goreng,kuah kari
√ Masukkan telur rebus,bawang goreng,lada merah dan perah limau kasturi.
√ Sedia untuk di makan.

Yum...yum...yum...


Mee kari mama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...