Jumaat, 25 Februari 2022

JEPUT aka CEKODOK JAGUNG STAIL AKU

Semalam terhasillah cekodok jagung ataupun nama lainnya jeput jagung versi aku sendiri . Sebenarnya semalam kami sekeluarga tak tahu nak makan apa . Tanya anak-anak diorang nak makan apa ? Tak di jawabnya . Tanya nak nasi tak ? Jawab mereka TAK NAK . Adoi , itulah sebenarnya antara di lema ibu-ibu bila nak sediakan makanan buat keluarganya . Tidak tahu makanan apa nak di sediakan buat keluarga . Bukan tak pandai masak taw tapi diorang yag memilih makanan ( tak nak mengaku tak pandai masak sebenarnya hehehe ) .

Bila asyik melilau je kat dapur dan mulut nak mengunyah maka terhasillah cekodok jagung . Senang dan cepat je nak sediakan menu ni . Bahan pulak memang dah sedia ada kat rumah . Spare awal-awal bahannya takut kalau jadi macam ni ler . Tak payah kalut , masa ni nak masak , dan masa ni jugalah nak ke kedai cari bahan kan . Tambah pulak sekarang ni cov19 makin naik kan . Risau nak keluar lebih-lebih lagi apabila preggy dan ada anak kecil , warga emas dekat rumah kan . 

Ini bahan wajib ada taw . Tak ada yang ni , tak jadilah cekodok jagung hehehe . Aku guna jagung tin KARNEL JAGUNG MANIS ADABI je . Tekstur jagungnya yang berbiji-biji memang kesukaan aku sekeluarga . Lebih-lebih lagi anak lelaki aku yang suka kutip jagung tu . Kalau korang nak tahu , ADABI ada jugak yang jenis krim . Tin pun sama je bezanya tulisan dan gambar di tin . Aku memang tak minat sangat yang macam krim ni . Kalau buat puding ok ler JAGUNG MANIS ALA KRIM ni .


Tepung gandum pulak aku pakai cap CEMPAKA je . Kalau ada jenama lain pun aku guna je . Janji gandum kan . Tak ada gandum macam mana nak jadi cekodok kan .


Dua bahan ni aku satukan dalam mangkuk . Lepas tu gaul rata sambil masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terhasillah adunan seperti di atas ni . Air ni kena pandai masukkan taw , terbanyak kan cair , tersikit kan keras kong dapat main campak2 pulak hehe.


Dah settle bahan , kita goreng pulak . Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan lepas tu mulah goreng . 

Aku guna sudu je untuk cebuk masuk ke dalam kuali . Senang dan cepatkan kerja aku . Goreng sehingga habis adunan taw .


Tengoklah betapa meriahnya dalam kuali tu . Nak saiz kecil , ambillah sudu kecil , kalau aku guna je sudu makan , 2 kali je goreng dah habis adunan aku tadi hehe .


Inilah hasilnya . Jeng jeng jeng .

Tengok gaya anak lelaki aku makan . Memang selera sangat tu .

Ini bahan tambahan aku , sos pencicah . Aku tak minat sangat sos tomato atau sos cili . Aku suka sos pencicah sebab rasa pedas dan manis sikit . Anak-anak pun cuba sekali tapi kena sediakan air masak la . Pedas katanya ..

Senang dan cepat kan menu aku ni kan . Kalau korang pun dah tak ada idea nak masak apa , boleh ler cuba masak cekodok jagung ni . Confirm seisi keluarga sukakannya . Silap haribulan , diorang akan minta buat lagi ☺️☺️


Khamis, 24 Februari 2022

DIDIKAN AZIZAN OSMAN BUAT DATUK K BUKA MULUT

Datuk Wira Dr Azizan Osman cukup terkenal dalam kalangan usahawan, beliau dikatakan selalu buat seminar pada zaman dulu. Sekarang pula, bukan setakat seminar, tapi kelas bimbingan, program, aktiviti usahawan, aktiviti kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif untuk bantu usahawan.

Tahukah anda, RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan syarikat diasaskan oleh Azizan Osman ini telah berjaya lahirkan ramai usahawan jutawan. Ini bukan cakap kosong, tetapi banyak buktinya. Kalau google pun banyak kita kenali siapa usahawan jutawan Richworks ni.

Malam semalam, heboh dalam Instagram Asyraf Khalid, satu video yang dikongsikan ke dalam Instagramnya telah mendapat tontonan seramai 15,000 penonton dalam masa beberapa jam sahaja.


VIDEO PENGHARGAAN DATUK K KEPADA AZIZAN OSMAN


Kenapa Datuk K berucap untuk Azizan Osman? Bukan saja berucap, sebenarnya Datuk K telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman ke rumahnya untuk makan malam sempena dengan Sambutan Hari Jadinya sendiri. Turut dihadiri adalah ahli keluarga Datuk K termasuk isterinya, penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza.

Sebenarnya, jemputan Datuk Wira ini adalah untuk menghargai apa yang telah dilakukannya. Datuk Wira Dr Azizan Osman banyak membantu anak Datuk K, Asyraf Khalid dalam perniagaan, dari mula perniagaan itu sehinggalah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit. 

Datuk K juga amat berterima kasih kepada Datuk Wira kerana bukan perniagaan sahaja, tetapi anaknya telah berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dahulu, beliau tidak dikatakan seorang yang berjaya dan selalu mengecewakan ayahnya, tetapi kini tidak lagi.



Jom tonton Video di bawah:



PERUBAHAN ASYRAF KHALID ASBAB AZIZAN OSMAN ?

Asyraf kini sudah bekerjaya dalam perniagaannya yang diusahakan bersama isterinya Tya Ariffin. 

Datuk K yang menyedari perkara ini telah merakamkan penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Beliau sangat gembira melihat perubahan anaknya dalam kehidupan dan perniagaan. Dalam masa 3 tahun, kehidupan Asyraf bertambah baik malah dapat beri manfaat kepada orang lain juga.

Dalam pada itu, Asyraf juga menyatakan bahawa Big Why selama ini adalah untuk membuatkan Datuk K berbangga dengannya. Alhamdulillah akhirnya Datuk K sendiri meluahkan yang beliau sangat berbangga dengan anaknya.

Jika dahulu, beliau sering susahkan bapanya, buat bapa rasa kecewa. Tapi beliau gembira dan bersyukur apabila di hadapan mentornya, bapanya telah merakamkan penghargaan.

Mentor Azizan Osman adalah Asbab kejayaan Asyraf. Ujar beliau,

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini." 


ASHRAF AKUI AZIZAN OSMAN MENTOR TERBAIK 

Usahawan jutawan jenama Mutyara ini membuat pengakuan bahawa Azizan Osman adalah mentor terbaik buat dirinya. Azizan Osman berjaya membawa mereka mencapai jutaan ringgit dalam tempoh 3 tahun berniaga, malah dari segi kepimpinan diri dan manusia serta perhubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT juga diajar dengan lebih lagi.

Mentor bukan untuk kita berjaya dalam perniagaan sahaja, tetapi untuk seluruh kehidupan. Begitulah kehidupan bagi seorang Titan RichWorks yang merupakan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Maka tidak hairanlah kenapa Datuk K buka mulut tentang didikan Azizan Osman terhadap anaknya dan semua titan. Bagi semua Titan Richworks juga, meskipun telah berjaya dalam tahap jualan berjuta-juta, mereka sesama lain tidak lokek berkongsi ilmu dan belajar akan perkara yang betul yang masing-masing lakukan. 

Sungguh RichWorks memberi nilai yang sangat hebat buat semua usawahan mereka, apatah lagi yang berada dalam Titan RichWorks.


PENGHARGAAN DAN HARAPAN DATUK K TERHADAP AZIZAN OSMAN


Perasan atau tidak, dalam ucapan Datuk K berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman, Datuk K turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira kerana telah melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

Dalam masa yang sama, Datuk K kagum dengan apa yang dilakukan dan dibimbing oleh Datuk Wira. Anaknya yang berada di bawah bimbingan Datuk Wira sebagai Titan Richworks adalah salah satu contoh hasil didikan Azizan Osman yang buat Datuk K benar-benar kagum.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.” 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”


Datuk K juga memberi harapan buat kita semua dan usahawan di luar sana untuk terus belajar dan ikut mereka yang sudah berjaya. Dengan bimbingan yang telah berjaya, kita juga takkan buang masa lagi untuk cuba buat itu ini yang belum tentu kita berjaya dalam bisnes. 

Khas buat para usahawan semua, anda boleh ke www.richworks.com untuk melihat usahawan jutawan yang telah dilahirkan RichWorks dan juga program mentoring yang dianjurkan oleh RichWorks. 


#kejayaanAsyrafKhalid

#datukkhalid

#keluargactnurhaliza

#anakdidikazizanosman

#richworkslahirkanjutawan

#titanrichworks

#mentorusahawan

#BitersXRichworks

Sabtu, 12 Februari 2022

Keadaan Bisnes 2022 Nazak, Para Peniaga Perlu Waspada

Sana sini ada kedai itu ada kedai ini. Kita sendiri nak beli apa-apa akan fikir nak beli dari situ dan beli dari sini. Kadangkala terfikir, macam seronok je berniaga ni. Tapi, bila dihitung betul-betul, macam tak berani nak ambil cabaran. Bukannya apa, sebab tak cukup ilmu. 


Baru-baru ni ada terbaca tentang perkongsian dari Datuk Wira Dr Azizan Osman, kata beliau keadaan dunia bisnes tahun ni agak nazak. Belia turut menasihatkan para peniaga untuk sentiasa berwaspada. 


Bukan berwaspada nak kena serang tu, tapi berwaspada dengan keadaan semasa pasaran dalam negara yang sekarang ini sudah sangat berbeza dengan keadaan dulu. 



Ini sebahagian daripada apa yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. 


“ Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. “


“ Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini. Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini. “


“ Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. “


Bisnes Apa Yang Bagus Sekarang? Terus Terang Tidak Tahu!


Krisisnya keadaan sekarang, hinggakan Datuk Wira sendiri tidak tahu untuk memberikan jawapan apabila ditanya apakah jenis perniagaan yang bagus ketika ini.


“ Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. “


“ Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'! Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. “


Jika Punya Bisnes Dan Tidak Agresif, Tunggu Saja Untuk Mati 


Runcingnya keadaan sekarang di tahap para peniaga perlu segera bergerak dengan lebih laju berbanding dulu. Para peniaga perlu lebih agresif dan bersungguh hingga berkali-kali ganda jika benar-benar mahu selamat dalam keadaan bisnes sekarang. 


“ Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum. “


“ Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.”





Nak Berjaya Perlu Bertindak Gila Dan Luar Biasa 


Keadaan sekarang tidak dirasakan susah hanya pada seorang dua tetapi hampir semua merasa yang serupa. Tak kira saiz bisnes itu besar atau kecil. Tak kira usia bisnes itu baru atau lama, semua merasa tempiasnya. 


Nasihat terbaik yang boleh diberikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman sebagaimana yang berikut. 


“ Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat? “


“ Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan.”


“ Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini. “


Datuk Wira Dr Azizan Osman Ajak Semua Bersama Tiap Ahad di Bulan Februari

Spesialnya tahun ini, pihak RichWorks menganjurkan pelbagai program dari masa ke semasa. Terbaru, ada Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan pada setiap hari Ahad jam 8 pagi, di sepanjang bulan Februari ini. 

Jom kita sama-sama sertai dengan klik pada saluran Telegram Azizan Osman Official ini. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...