Rabu, 30 Oktober 2019

CEMBURU SEORANG WANITA



Jom semua saksikan Drama Vaganza CEMBURU SEORANG WANITA yang mula ditayang pada 29 october 2019 di Astro Ria.


Drama ini dibintangi pelakon hebat iaitu Amyra Rosli,  Amar Baharin,  Emma Maembong ini ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Eyra Rahman ini di adaptasi dari novel bertajuk Cemburu Seorang Perempuan, nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid dan akan bersiaran selama 20 episod.


SINOPSIS CEMBURU SEORANG WANITA

Zikri (Amar)  dan Dhiya (Amyra) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia (Emma) . Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi terhadap mereka?

Jom sama-sama kita saksikan kesudahannya.

KATA YANG INDAH : SEDEKAH


SEDEKAH itu amalan yang sangat mulia,  TETAPI janganlah sesekali kita menyakiti penerima sedekah dengan kata-kata yang menghiris hati.



Selasa, 29 Oktober 2019

SOPHIA DAN JACKSON PILIHAN UTAMA

Proses kehamilan dan kelahiran merupakan antara satu kenangan indah dalam kehidupan ibu bapa.  Ketika hamil dan menunggu kelahiran buah hati,  ibu bapa akan sama-sama memilih dan mencari nama untuk permata hati.

Nama memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap insan. Melalui nama,  seseorang di kenali. Sestengah ibu bapa memilih nama yang senang di sebut dan pendek. Dan ada juga yang memilih nama yang panjang dan kekadang terlalu panjang sehingga tersalah sebut dan terlupa nama. Namunpun begitu,  setiap ibu bapa ada nama dan pilihan masing-masing.

Berikut adalah antara  10 nama baby popular di dunia dan menjadi pilihan ramai ibu bapa mengikut laporan yang dikeluarkan oleh BabyCenter

10  NAMA  POPULAR BAYI LELAKI

  1. Jackson
  2. Liam
  3. Noah
  4. Aidem
  5. Caden
  6. Grayson
  7. Lucas
  8. Mason
  9. Oliver
  10. Elija

10 NAMA POPULAR BAYI PEREMPUAN

  1. Sophia
  2. Olivia
  3. Emma
  4. Ava
  5. Isabella
  6. Aria
  7. Riley
  8. Amelia
  9. Mia
  10. Layla
Nama Sophia sangat dominan dan tidak menunjukkan penurunan. Ianya popular di seluruh dunia dan mudah disebut dalam apa-apa bahasa sekalipun.
“Jackson pula merupakan twist moden kepada nama klasik Jack,” kata timbalan presiden pengarang global BabyCenter

Olivia dan Liam pula masing-masing berada di tempat kedua.


Khamis, 24 Oktober 2019

JOHNY JOHNY YES PAPA.

Jom nyanyi bersama-sama


Johny , JohnyYes,PapaEating sugar? No, papa!Telling lies?No, papa!Open your mouthHa, ha, Ha!


Johny , JohnyYes,PapaEating sugar? No, papa!Telling lies?No, papa!Open your mouthHa, ha, Ha!


KHASIAT OREN SUNKIST

Assalamualaikum...hai semua...
Hari ni mama nak kongsi dengan kamu semua 6 khasiat oren sunkist yang ramai tidak tahu yang merupakan salah satu antara buah feberet mama dan kakak fatma. Kalau korang nak tahu, mama ni memang hantu buah taw kecuali buah nenas dan buah ciku ler Dua buah ni memang mama tak suka . 

Buahan yang mama paling sukai ialah tembikai merah tetapi kerana musim sekarang musim mama sekeluarga tidak sihat dan musim makan ubat,  jadi buah tembikai merah ni mama lupakan sekejap..bukan lupa terus taw..buah feberet mama ni takkan mama lupakan hehee.


Tidak boleh makan tembikai merah,  mama beralih kepada Oren Sunkist yang merupakan buahan kesukaan dan kegemaran mama dan kakak fatma. Kulit Oren Sunkist ini berwarna cerah dan isinya mempunyai rasa masam manis. Oren Sunkist ni banyak dijual di pasar dan buahan ini sentiasa dijual sepanjang tahun..


Kakak fatma memang pantang melihat mama makan buah ni, mulalah meminta dengan gaya mukanya yang cute. Hehehe


Khasiat Buah Oren Sunquick Yang Semua Orang Tidak Tahu 

  1. Ianya kaya Dengan Vitamin C ! Vitamin yang boleh meransangkan sel-sel imun dalam badan kita sekaligus dapat melawan penyakit dan menguatkan ketahanan badan. 
  2. Dapat merendahkan tekanan darah serta mengawal kadar kolestrol dalam badan. Ini berdasarkan kajian yang telah dibuat menunjukan mengambilan 500ml jus ini secara berkala setiap hari mampu merendahkan tekanan darah dan menyingkirkan kolestrol jahat (LDL) dalam badan. 
  3. Membantu mengurangkan berat badan, sembelit, pedih ulu hati atau rasa nak muntah.  
  4. Penghalau nyamuk ! Caranya mudah aje. Sebelum keluar rumah gosokkan sedikit kulit buahnya tu kepada kulit kita.  In shaa Allah,  kita terhindar dari sang nyamuk. Yang ini sebenarnya mama baru tahu hehe. Jangan ingat kulit buah ini tiada nilai ye. Sebenarnya kulit ianya inilah yang sebenarnya mempunyai lebih banyak khasiatnya. 
  5. Sebagai aroma terapi yang menyenangkan. Ini juga menggunakan kulitnya juga. Ia boleh menghilangkan tekanan tau nak-nak kalau stress, sakit kepala a.k.a pening kepala macamtu. Caranya rebus segengam kulit buahnya yang kering bersama kulit kayu manis dan kapul buah dalam air. 
  6. Menghilangkan kelumumur. Caranya, kisar kulit buahnya bersama air dan biarkan semalaman sebelum disapukan pada rambut. 

Oklah inilah 6 khasiat buah oren Sunquick yang mungkin bagi mama ramai yang tidak tahu. Tapi mungkin juga ada yang dah tahu. Tak kisahlah..

Cuma satu je mama nak ingatkan jangan simpan kulit buah ini dalam peti ais tetapi simpanlah ia di tempat bersuhu bilik.  Tidak terlalu panas ataupun kering.




KHEMAH MAINAN ANAKKU



Wah,  gembira bukan kepalang kakak fatma dapat mainan ni. Mama belikan kakak fatma khemah ni agar dapat main bersama baby boy. Baby boy sekarang ni sudah nampak tanda-tanda nak duduk. Lepas duduk tanpa ada masalah, insha allah, baby boy boleh berjalan nanti... Aduhai tak sabarnya mama nak berlari-lari anak dengan baby boy dan kakak fatma nanti.



Khemah ni mama beli dalam SHOPEE je. Kebetulan masa mama nak beli, ada special harga iaitu harga RM 25.90 dari harga sebenr RM60.00. Khemah ni ada dua pilihan warna iaitu pink dan biru.  Dek kerana kakak fatma sukakan warna pink, maka mama pun pilih warna pink. Semasa mama beli khemah ni, mama tidak beritahu kakak fatma kerana mama ingin buat kejutan untuk kakak fatma dan memang kakak fatma sukakannya.





Lihatlah ragam dua beradik ni bermain. Siap main sorok-sorok lagi. Si adik siap ketawa merekek lagi.. Hehehe
Gambar ni mama ambil semasa mama letakkan khemah atas katil. Best sikit diaorang main atas tilam. Main atas papan nanti sakit pula badan anak-anak.


Video ni mama rakam kerana mama suka tengok aksi dan ragam anak-anak. Kakak fatma ingatkan mama ambil picture dan kerana itu kakak fatma posing gaya anggun gitu hehehe
Aduhai,  macam-macam karenah lah anak-anak mama ni..😁😁😁😁


Kalau tidak silap mama,  di MR. DIY khemah ini pun ada di jual tetapi mama tidak pasti berapa harganya kerana tiada tanda harga. Mama ada bertanya harga khemah tersebut namun cashier memberitahu harga perlu di scan di tempat PRICE SCAN. Mama tidak scan pun harga, mama tergesa-gesa keluar dari kedai kerana kakak fatma nak terkencing.


Khemah ini bersaiz 31.5 inci x 41inci x 53 inci .  Pada pandangan mama, khemah ini memang sesuai untuk anak-anak mama. Saiznya yang tidak besar   dan tidak kecil memang comel. Kakak fatma, baby boy dan mama masuk pun masih ada ruang untuk bergerak. Kain khemah ini sangat selesa,  tidak panas,  dan berkualiti. Pembuatan khemah dari meterial nylon ini memang sesuai kerana meterial ini tidak mudah koyak,  tahan lama,  lasak,  dan kalis air.
Rekaannya yang berimaginasi seperti seorang puteri dan sangat menarik amat sesuai untuk perkembangan dan minat kakak fatma yang sukakan cerita frozen.


Kalau hendak bawa ke taman,  atau ke tempat lapang pun best. Sekali sekala anak-anak bermain dalam khemah sendiri bersama teman yang lain.Mama memang syorkan khemah ini untuk mana-mana ibubapa yang inginkan anak mereka merasai keseronokan berkhemah dan juga camping. Mama yakin,  ibu bapa yang lain tidak akan merasa rugi sebaliknya berasa gembira kerana anak happy.. 


Rabu, 23 Oktober 2019

JEJALAN BERSAMA ANAK-ANAK





AEON MALL KOTA BHARU
Rasanya baru 2 kali mama jejak kaki di aeon mall ni. Pertama kali masa mama dengan kakak fatma dan kedua kali mama dengan kakak fatma dan juga baby boy. Ish,  lama tu jarak mama ke datang jalan ke aeon mall..hehee

Kebetulan kakak mama cuti kerja hari ahad,  jadi di ajaknya mama dan anak-anak jejalan ke aeon mall kota bharu. Mama jejalan je tak keluar duit pun hehehe. Kakak mama yang belanja hehehe

Hendak ke aeon mall ni senang je. Mana tak senangnya, mama datang masa orang lain kerja (hari ahad)  dan gerak dari rumah lebih kurang pukul 11:30 pagi.Sesampai je, terus cari parking dan kebetulan ada 3 petak kosong. Jadi apa lagi, teruslah kakak mama parking kereta.




Masuk je aeon mall ni, kami ke kedai handbag,  kasut,  pakaian.. Wah, banyak juga offer tapi sayang, mama tidak tertarik dengan barangan tersebut. Barangkali kerana mama baru sahaja membeli beg sandang baru.

Kami terus ke tangga bergerak dan terus ke tingkat atas. Kami melewati beberapa buah kedai sebelum berhenti di kedai KAISON. Banyak barangan di kedai ni cantik, murah dan warna warni. Rambang mata weh mama dengan barangan di kedai ni. Kalau nak sambut birthday mama syorkan kedai ni. Pelbagai dan boleh bagi gift terus nanti.



Kakak fatma dan baby boy mencuba pakai alas kepala BEAR. Cantik dan cute sangat. Untuk cuba-cuba boleh la. Kalau beli, mereka tidak guna pun. 😊😊😊






Kakak mama beli kipas untuk anak buah. Mama just ambil cermin petak 2 sisi. 1 sisi gambar biasa , 1 lagi gambar besar (seperti kanta pembesar)  Cute sangat. Sesuai dibawa kemana-mana dan bersaiz mini. Harga cermin ni murah je rm1.99 je  satu.




Jalan sana jalan sini, jumpalah POKOK SAKURA yang cantik. Apa lagi, teruslah mama bergambar. Kakak siap posing lagi hehe. Baby boy asyik pusing kanan pusing kiri je. Mama nak bergambar dengan baby boy dan kakak fatma pun payah hehehee.. Mamanya hantu bergambar.




Wah, meriah dan berwarna warni kan. Hari deepavali bakal disambut beberapa hari lagi kan. Persiapan di aeon mall pun dah siap tu.

Masuk kedai keluar kedai, bergambar, jalan-jalan tidak terasa masa bergerak. Pukul 3 petang kami bergerak balik ke rumah. Sebelum balik, kami berhenti tapau KFC dulu. Nak suapkan baby boy dan nak bagi kakak fatma makan. Kasihan pula  anak-anak lapar pula.

Alhamdulillah, pergi dan balik rumah semuanya lancar dan selamat. Best juga sekali sekala dapat keluar jejalan macam ni. Boleh hilangkan serabut kepala, hilangkan tekanan,  gembirakan hati dan jiwa anak-anak dan yang penting anak-anak suka..Betul tak?? Mestilah betul kan..

Masa hendak balik, kakak mama pergilah ke tempat bayar tiket tapi rupanya sekarang ni tiket free je. Mula-mula tu cuak juga, bimbang kalau dah sampai je di lorong keluar, tiket kena bayar dan bimbang kalau-kalau ada kereta  yang beratur di belakang. Nanti kan tidak pasal,  diorang kena tunggu pula.. Tapi nasib baiklah free... 😊😊😊

Selasa, 22 Oktober 2019

HARUM MALAM TAMBAH BERSERI



hai semua..Hari ni mama nak share salah satu minuman tambahan yang mama sukai.
Jom semua, nikmati dan rasai sendiri kehebatan dan keistimewaan produk HARUM MALAM  you olls... Produk ni sangat sesuai untuk kaum hawa taw.

Kalau korang nak tahu, HARUM MALAM ni merupakan suppliment tambahan khusus buat waniya untuk kekal sihat bertenaga  dan merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal-gatal,  mengetatkan bahagian sulit,  menghilangkan hanyir darah haid dan membasmi bau badan yang tidak enak. 

HARUM MALAM ini sesuai diamalkan  ketika period dan dalam pantang. Bahkan mama dan mommg yang menyusu baby pun boleh minum taw.  Dan kepada yang belum kahwin pun boleh amalkan supliment ni.

HARUM MALAM ini  di adun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sorih, buah tin,  kismis, madu,  goji,  limau purut,  kayu serapat,  buah delima,  manjakani,  pueraria lobata,  pueraria mirifica yang dapat menambah mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh. 
Hasilnya,  tubuh akan wangi semulajadi jika di amalkan berterusan. 

KEBAIKAN HARUM MALAM

  • dapat meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual.Ini sesuai bagi yang sudah berumahtangga taw. Yang belum kahwin tu jangan gatal meroyan nak ememem pula
  •  harum malam menjadikan badan bertenaga dan mengatasi masalah keputihan
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

ANTARA KHASIAT LAIN HARUM MALAM..

  • Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  •  Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  •  Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  •  Melegakan panas badan.
  •  Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  •  Menyihatkan rahim.




Golongan yang sesuai ambil HARUM MALAM :-

  • ✔ WANITA BERKAHWIN
  • ✔ ANAK DAR
  • ✔ WANITA BERPANTANG
  • ✔ SESUAI UNTUK YANG MENYUSUKAN ANAK
  • ✔ SESUAI UNTUK USIA 50 KE ATAS

Cara pengambilan:

  • Pagi: 1 sudu besar sebelum sarapan.
  • Malam: 1 sudu besar sebelum tidur


KANDUNGAN HARUM MALAM

Extrak ros , Extrak sireh , Buah tin , Kismis , Madu , Goji , Limau purut , Strawberry , Pueraria mifrica , Kayu serapat , Buah delima , Manjakani , Pueraria lobata , Senna

Rabu, 16 Oktober 2019

PELANGI HIDUPKU

Hai semua. Buat apa tu.

Hari ni mama just nak kongsi dengan korang beberapa keping gambar mama bersama dua buah hati dan nyawa mama. Tak lain dan tak salah lagi, mereka berdua yang bertuah itu adalah anak perempuan mama dan baby boy mama.


Syukur sangat kerana hidup mama kini berasa lebih bersinar dengan kehadiran dua bintang hati mama ni.

Dulu kala, ( ewah...mama berdulu kalalah pulak hehehe ) mama pernah di sindir dan di pandang sepi dek belum punya anak. Seolah-olah mama ni tidak mahu anak.  Sedangkan mereka tahu dan sedar, itu adalah dari ilahi dan Allah mengatur semuanya. Tapi siapalah kita kan nak sekat dan halang orang nak "membawang" hal kita kan.. LANGAU yang harus dijauhi. Biarkanlah mereka tu..

Berbalik kepada dua permata hati mama ni,
 Yang sulung mama kakak fatma dah berusia 4tahun sekarang tapi manja teramat sangat. Yang kedua baby boy mama, baby razali. Bukan SAZALI taw. Hehee.  Baby boy mama 9.10.19 yang lalu, genap 9bulan. Manja juga tapi biasa-biasa aje..cuma kalau mama jauh, mesti teriak.

Alhamdulillah, masa mengandung mereka berdua mama tidak banyak alahan,  cuma tidak boleh berbau tumisan bawang dan mama tak aktif sangat di dapur pada awal kehamilan.

Inilah beberapa keping antara gambar mama bersama dua insan cinta hati mama.








Mama sayang anak-anak mama dunia akhirat

Anak-anak pujaan hati mama meskipun mama kekadang mama terlebih berubah menjadi "harimau" 😁😁😁

Mama harap dan doakan kakak fatma dan baby boy menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan berjaya di dunia dan juga akhirat, menjadi insan yang berguna kelak.  Mama juga harap kedua-dua anak mama ni sentiasa dalam lindungan dan redha ilahi.. Aamin.

Mama sayang kalian ketat-ketat.
💗💗💗💗💗


Isnin, 14 Oktober 2019

JANGAN DISALAHKAN TAKDIR

Wah, mama betul-betul menjadi penunggu setia pulak cerita tv3 malam ni hehehe.Sebelum ni tak pernah tengok cerita #sampai_habis tapi cerita ni best pulak mama tengok.


#JanganDisalahkanTakdir lakonan #AmarBaharin dan #AmarAsyraf memang terbaiklah.  Nampak macam biasa-biasa je tapi rupanya memang bagus sangat cerita macam ni.Siapa tonton cerita ni??  Bestkan...

Sedar ataupun tidak,  mama percaya cerita Jangan DiSalahkan Takdir ni memang biasa dengan kehidupan #harian kita semua.
#Perwatakan dan #perangai Romi yang teruk lakonan Amar Baharin dan sikap #penyayang seorang kawan iaitu #muhammad lakonan #AmarAsyraf memang biasa dalam kehidupan harian kita semua kan.

Watak romi ni memang betul-betul berkesan sekali hinggakan mama berasa meluat dan menyampah tengok romi ni. Perangainya memang teruk dan #irihati dengan teman sendiri sehingga sanggup menganggu #temanwanita kawan sendiri. Romi juga  #berlagak kaya sedangkan #menumpang di rumah kawan sahaja.

Bukan itu sahaja,  romi juga seorang #anakderhaka kerana sanggup melukakan dan bercakap kasar dengan kedua ibu bapanya. Bahkan romi sanggup menghina bapanya dengan mengatakan di masa muda bapanya seorang yang pemalas bekerja hanya kerana dia lahir dalam keluarga tidak kaya. Pada pandangan mama,  kehidupan romi sudah senang dan cukup mewah. Tetapi adatlah manusia tidak pernah merasa cukup apabila hidup berajakan nafsu.

Lain sekali perangai muhammad. Seorang yang #kuat_iman.Sering mengejutkan romi untuk menunaikan solat subuh. muhammad juga seorang yang kenang jasa. Dia sanggup bersabar dan melayan perangai romi yang keterlaluan kerana mengenangkan jasa orang tua romi yang banyak bantu dia selepas kedua orang tuanya meninggal dunia.

Muhammad juga seorang yang #rajin bekerja.  Bermula dari menjual di gerai,muhammad akhirnya berjaya membuka sebuah kedai. Meskipun kedai kecil tetapi muhammad berusaha dan yakin dengan rezeki pemberian ALLAH taala.


Mama tonton cerita ni dengan penuh perasaan. Watak romi ni banyak membuka mata mama bahawa setiap yang berlaku adalah balasan dari perbuatan kita sendiri.  Janganlah sesekali menyalahkan takdir jika sesuatu yang buruk atau sesuatu yang kita tidak sukai berlaku.  Kekadang kita tanpa sedar menyalahkan takdir atas perkara buruk yang terjadi dalam hidup kita.  Ungkapan dan kata-kata menyesal melakukan sesuatu benda ataupun perbuatan yang menyusahkn diri juga antara contoh kita menyalahi takdir.  Contohnya,
  ... KALAU AKU TAHU BEGINI,  AKU TAKKAN TOLONGLAH DIA...   ,
.... KALAU AKU TAHU BEGINI NASIB AKU, MENYESAL AKU BAIK DENGAN DIA... 
sedarkah kita, setiap yang berlaku adalah ketentuan.
Janganlah sesekali kita menyalahi takdir hidup meskipun hidup kita kelam.

Isnin, 7 Oktober 2019

ADUHAI SERABUTNYA MAMA

Runsing... Serabut... Risau... Gelisah...
Itulah antara kecelaruan perasaan yang mama alami seminggu dua yang lalu. Serba serbi tak kena mama rasai. Tapi kejap... Jangan fikir pelik-pelik pula, itu semua mama rasai apabila mama dan  kedua-dua anak kesayangan mama iaitu kakak fatma dan baby boy mama meragam kerana tidak sihat.



Dua minggu yang lalu family kecil mama diuji dengan kesihatan yang sedikit merosot. Mama,  kakak fatma dan baby boy mama deman, selsema dan batuk. Mama tidak kisah mana kalau mama yang tidak sihat tapi apabila anak-anak turut tidak sihat, jiwa mama jadi rungsing dan sangat risau.

Faktor cuaca yang sekejap panas sekejap hujan dan ditambah dengan persekitaran jerebu menjadi antara satu penyebab kesihatan mudah terjejas dan mudah di serang penyakit.


Mama pasti akan ke KLINIK PERDANA yang berdekatan dengan rumah mama kalau mama sekeluarga tidak sihat. Mama memang puas hati sangat dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.



Daftar dulu lah

2 minggu yang lepas mama ke #klinikperdana . Nasib mama baik taw, kebetulan masa mama sampai tiada pesakit lain dan mama terus bagi #mykids anak-anak untuk urusan #pendaftaran.
Tidak lama kemudian, kami di panggil untuk berjumpa doktor. Mula-mula baby boy di periksa dan kemudian barulah kakak fatma.

Ubat dua beradik
Setelah diperiksa baby boy diberi ubat syrup pink #deman dan ubat #titis untuk hilangkan selsema manakala kakak dibekalkan ubat #deman , #ubatbatuk dan #ubatselsema.





Kebiasaanya kakak fatma akan #meragam jika jumpa doktor. Setiap kali doktor periksa mesti akan menangis. Apatah lagi kalau kena timbang berat, meragam dan tak nak gerak. Tapi kali ni #ok jer. Mama #puji sangat sikap kakak ni. Barangkali juga kerana baby boy pun diperiksa sekali.

Mama harap kedua-dua anak mama #sihat dan #sembuh dengan cepat. Apabila anak-anak tidak sihat, mama berasa tidak senang hidup (serba serbi kerja tidak kena)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...