Ahad, 30 Jun 2019

KETAM MASAK KARI

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah,hari ni akhirnya berjaya juga mama masak ketam masak kari.
.
Kalau nak tahu,ini pertama kali mama masak kari ketam. Sebelum ni,kalau en.suami bawa balik ketam mesti mama hanya rebus halia sahaja. Kalau tidak pun,nenek akan masak aje..mama memang tak pandang ketam. ( eksyen kan.mama tak pandang ketam sebab mama tak pandai nak makan ketam yang penuh dengan sepit tu )
.
Entah kenapa hari ni mama terasa nak masak dan makan kari ketam. (macam orang mengidam pulak) hehehe
Hari ni mama berperanglah di dapur. Masakkan terus untuk nenek berbuka puasa ( puasa 6 di bulan syawal )  ni..menu nenek berbuka puasa simple sahaja iaitu ketam masak kari,telur dadar dan kerisi goreng kunyit.


KETAM MASAK KARI GAYA MAMA

Di sini,mama sertakan resepi ketam masak kari gaya mama.
Mama masak yang simple sahaja,senang,cepat dan lazat ok lah kan hehe..masak yang rumit kan,tak berasap la dapur mama. Mama masak ketam berkari pun berkejar masa dengan baby boy. Mama jauh je dari pandangan dia,mesti melilau mencari dan menangis.. Bila anak menangis, nak buat apa pun serba tak kena. Betul tak mama mommy kat luar sana???
.
🦀🦀🦀KETAM MASAK KARI GAYA MAMA🦀🦀🦀
Bahan-bahan
🔸Ketam 8-9ekor 
🔸Halia 1 inci - ditumbuk
🔸Bawang merah 5ulas - ditumbuk 
🔸Bawang putih 3ulas - ditumbuk 
🔸3 sekawan
🔸1 pelepah daun kari
🔸Rempah kari 
🔸Santan kotak
🔸air secukupnya
🔸1 asam keping
🔸garam secukupnya
🔸gula

Cara-caranya
🔸panaskan minyak dan tumis 3 sekawan,halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan bangkit bau.
🔸masukkan rempah kari.masak biar terbit minyak dan garing. ( rempah hendaklah sentiasa dikacau untuk menggelakkan hangit ).pastikan menggunakan api pelahan.
🔸masukkan daun kari dan  sedikit air.Teruskan dikacau untuk menggelakkan rempah hangit.
🔸masukkan ketam, asam keping dan tambah sedikit lagi air.biarkan mendidih
🔸masukkan santan, garam dan gula.
Biarkan mendidih hingga ketam masak sepenuhnya.
✔️kalau kuah terlalu pekat, bolehlah tambah air panas sedikit ( terpulanglah nak kuah pekat ataupun tidak )

Selamat mencuba ya semua 🙂🙂🙂

Sabtu, 29 Jun 2019

AIR JIMI ASMARA / FANTA HIJAU

Air jimi asmara.wah nama pun bukan main voot kan.hehehe.cantikkan warna hijau muda.Jarang jumpa air warna hijau macam ni kan.Air ni memang sedap,lazat lah.
First buat dekat rumah ma,memang puas hati sangat.adik beradik,ma pun suka.Bahkan ipar pun suka sangat air ni (kebetulan buat makan sikit di rumah mertua)rasanya yang manis dan lazat membuahkan senyuman di bibir.
Air jimi asmara ni sedap sangat.Tak ubah seperti air botol fanta tetapi bukan air fanta tau.Pekena dengan ais batu lagi memukau rasanya.Sejuk anak tekak gitu hehehe
.
Disini mama share resepi air jimi asmara yang mama ambil dari noraslinda bugal  dalam laman sesawang facebook MASAK APA HARI NI (kalau tak salah ler..mama dah lupa2 ingat)
Semoga dengan perkongsian resepi ni kelak memberi pahala kepada tuan empunya resepi..aamin

💠RESEPI AIR JIMI ASMARA💠
.
Bahan-bahannya
🔹3 kilogram gula pasir
🔹2 liter air
🔹1 botol kecil Sunquick Oren 330ml
🔹1/2 botol pewarna hijau
🔹1/2 botol perisa pisang
.
Cara
🔹Masak air dan gula sehingga mendidih dan gula larut
🔹Masukkan Sunquick Oren dan pewarna hijau.Biarkan mendidih..
🔹Tutup api dan masukkan perisa pisang
🔹Kacau sebati dan sejukkan.
🔹Simpan dalam botol
🔹Bancuh dengan air dan tambah ais batu bila mahu di hidangkan.

PETUA
🔹masukkan sudu besi ke dalam periuk supaya air tidak melimpah bila mendidih.


Khamis, 27 Jun 2019

JANGAN GANGGU RUMAHTANGGA ORANG LAIN

Alhamdulillah.
Hari ni 27.06.2019 A WOMAN OF SCORNED telenovela filipina akhirnya ending juga.hehehe,lama dah rasanya telenovela ni.
A WOMAN OF SCORNED mengisahkan tentang skandal dan kecurangan suami  Emma De Jesus seorang juruterbang yang kacak bernama Jerome dengan Georgia Ferre.Lantaran kecurangan suaminya,emma menjadi mangsa kekejaman perempuan simpanan suaminya itu.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut,nak tengok sendiri,nak rasai sendiri (emosi) bolehlah layari youtube dan search tajuk telenovela tu.
Mama tengok pun geram dengan georgia ni.Jahat dia memang sampai ke mati.Dia sanggup lakukan apa saja demi impiannya memiliki rome.
Mama akui perangai georgia ni memang wujud di alam nyata.Mama pernah jumpa insan yang sanggup rosakkan rumahtangga perempuan lain demi memenuhi impian mereka.
Mama paling tak suka lelaki yang dayus **sanggup makan luar dan melukakan hati isteri demi nafsu mereka..


Jumaat, 14 Jun 2019

SAYUR LEMAK PILIHAN MAMA

Selamat tengahari semua.
Hari ni mama masak simple je. Tak dapat nak lama-lama kat dapur. Baby boy #meragam dan kakak fatma #taksihat.
Rungsing dan risau bila anak tak sihat. Nak buat apa pun serba tak kena. Ubat liat sekali nak makan.
Inilah hasilnya masakan mama #sayurlemak #ikanselarkuninggoreng
#dagingbogel aje (tak ada bawang, lada)

Sekali sekala makan simple begini sedap jugak.
Boleh bertambah-tambah nasi.

RESEPI SAYUR LEMAK MAMA
.............................................
- bawang merah **
- lada hitam **
- garam
- gula
- santan kotak
- sayur pilihan(lobak merah, sawi, kubis, bunga kubis dll)
- air putih :
( **tumbuk biar hampir lumat )

CARA
- masukkan kesemua bahan termasuk bahan tumbuk ke dalam periuk bersama-sama sayur pilihan anda.Mama guna sayur yang ada di dapur aje.
- guna api pelahan biarkan mendidih sebentar.
- tambah perasa jika perlu.

(SIAP)








Rabu, 12 Jun 2019

ANAKKU NYAWAKU

Assalamualaikum
Hai, adik dan kakak aje yang tinggal. Sepupu semuanya dah balik ke rumah masing-masing. Sunyi sepi dah rumah. Kalau bising pun hanyalah bunyi suara mama yang memekak, hehehe..

Kasihan kakak tak dapat bermanja dengan mama seperti dahulu. Baby boy asyik dengan mama.Waktu nenek pegang ok, tapi bila nampak mama terus merenggek. Mama nak bermain dengan kakak pun terhad. ..Hehee salahkan anak pulak, mama yg xpandai spend masa. ..Kikiki

Kakak fatma dan baby boy kedua-duanya mama sayang. Harta dunia akhirat yang mama tak mampu beli walaupun dengan harga berjuta. Kedua-duanya buah hati mama,nyawa mama. Meskipun kekadang mama alpa dan marahkan kakak kerana makin lasak dan aktif, mama selamanya sayangkan anak-anak mama.






#hartamama
#nyawamama
#sayangkamuselamanyani
#takpernahtaksayang
#mogabahagiamilikkamuberdua
#muahmuah

DI SEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI

Hari ini, rata-rata mengenali Rempah Mak Siti.Perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

 Apakah kita mengetahui apakah sebenarnya Rempah Mak Siti?
Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk keluaran utamanya adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup.Bahkan produk rempah ratus Mak Siti banyak dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin.

Selain dalam paket biasa, syarikat turut menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit dan mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

Puan Siti tertekan kerana terpikul harapan dan bebanan untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran,sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan.  Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan berniaga air dan jajan di kawasan perumahan,pernah berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Bahkan beliau pernah memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit.

Pada tahun 2000, keluarga ini berpindah ke Muar, Johor.  seluas 3200 ekar tanah pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.
Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Selain itu Mak siti turut mengusahakan sebuah restoran . Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti.menurut mak Siri,selain orang Melayu, Cina ,pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .
Restoran ini tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.









#rempahmaksiti
#rempah
#anakrempahmaksiti
#maksiti
#segardariladang






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...