Rabu, 30 Oktober 2019

CEMBURU SEORANG WANITA



Jom semua saksikan Drama Vaganza CEMBURU SEORANG WANITA yang mula ditayang pada 29 october 2019 di Astro Ria.


Drama ini dibintangi pelakon hebat iaitu Amyra Rosli,  Amar Baharin,  Emma Maembong ini ditayangkan pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan pengarah Eyra Rahman ini di adaptasi dari novel bertajuk Cemburu Seorang Perempuan, nukilan Siti Hazneza Abdul Hamid dan akan bersiaran selama 20 episod.


SINOPSIS CEMBURU SEORANG WANITA

Zikri (Amar)  dan Dhiya (Amyra) berkawan rapat sejak mereka sekolah lagi. Keakrapan mereka membuatkan keluarga Zikri tidak senang kerana Dhiya dari keluarga yang tidak berada. Keluarga Zikri berpindah ke Kuala Lumpur dengan tujuan untuk memisahkan mereka.

Zikri kemudian berkahwin dengan orang yang dicintainya iaitu Emilia (Emma) . Hidup mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emilia tidak boleh mengandung lagi. Disebabkan itu, Emilia mahu Zikri mengahwini rakan rapatnya, Dhiya untuk melahirkan anak mereka.

Dhiya rela kerana dia memang kasihkan Zikri. Walaupun Zikri adalah suaminya yang sah namun hubungan mereka tetap sebagai kawan baik sahaja. Namun Emilia tidak dapat mengawal perasaan cemburunya sehingga bertindak di luar batasan kewarasan fikiran.

Apakah kesudahan yang bakal terjadi terhadap mereka?

Jom sama-sama kita saksikan kesudahannya.

5 ulasan:

  1. Belum sempat lagi nak layan drama ni. lately macam banyak drama baru kan. tak tahu nak tgk yg mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aa.. Banyak drama baru tapi yg ni memang best..lain dr drama yg pernah tgk sebelum ni.. Real seperti khidupan betul2

      Padam
  2. kena tengok la drama ni nanti..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...