Khamis, 24 Oktober 2019

KHEMAH MAINAN ANAKKU



Wah,  gembira bukan kepalang kakak fatma dapat mainan ni. Mama belikan kakak fatma khemah ni agar dapat main bersama baby boy. Baby boy sekarang ni sudah nampak tanda-tanda nak duduk. Lepas duduk tanpa ada masalah, insha allah, baby boy boleh berjalan nanti... Aduhai tak sabarnya mama nak berlari-lari anak dengan baby boy dan kakak fatma nanti.



Khemah ni mama beli dalam SHOPEE je. Kebetulan masa mama nak beli, ada special harga iaitu harga RM 25.90 dari harga sebenr RM60.00. Khemah ni ada dua pilihan warna iaitu pink dan biru.  Dek kerana kakak fatma sukakan warna pink, maka mama pun pilih warna pink. Semasa mama beli khemah ni, mama tidak beritahu kakak fatma kerana mama ingin buat kejutan untuk kakak fatma dan memang kakak fatma sukakannya.





Lihatlah ragam dua beradik ni bermain. Siap main sorok-sorok lagi. Si adik siap ketawa merekek lagi.. Hehehe
Gambar ni mama ambil semasa mama letakkan khemah atas katil. Best sikit diaorang main atas tilam. Main atas papan nanti sakit pula badan anak-anak.


Video ni mama rakam kerana mama suka tengok aksi dan ragam anak-anak. Kakak fatma ingatkan mama ambil picture dan kerana itu kakak fatma posing gaya anggun gitu hehehe
Aduhai,  macam-macam karenah lah anak-anak mama ni..😁😁😁😁


Kalau tidak silap mama,  di MR. DIY khemah ini pun ada di jual tetapi mama tidak pasti berapa harganya kerana tiada tanda harga. Mama ada bertanya harga khemah tersebut namun cashier memberitahu harga perlu di scan di tempat PRICE SCAN. Mama tidak scan pun harga, mama tergesa-gesa keluar dari kedai kerana kakak fatma nak terkencing.


Khemah ini bersaiz 31.5 inci x 41inci x 53 inci .  Pada pandangan mama, khemah ini memang sesuai untuk anak-anak mama. Saiznya yang tidak besar   dan tidak kecil memang comel. Kakak fatma, baby boy dan mama masuk pun masih ada ruang untuk bergerak. Kain khemah ini sangat selesa,  tidak panas,  dan berkualiti. Pembuatan khemah dari meterial nylon ini memang sesuai kerana meterial ini tidak mudah koyak,  tahan lama,  lasak,  dan kalis air.
Rekaannya yang berimaginasi seperti seorang puteri dan sangat menarik amat sesuai untuk perkembangan dan minat kakak fatma yang sukakan cerita frozen.


Kalau hendak bawa ke taman,  atau ke tempat lapang pun best. Sekali sekala anak-anak bermain dalam khemah sendiri bersama teman yang lain.Mama memang syorkan khemah ini untuk mana-mana ibubapa yang inginkan anak mereka merasai keseronokan berkhemah dan juga camping. Mama yakin,  ibu bapa yang lain tidak akan merasa rugi sebaliknya berasa gembira kerana anak happy.. 


2 ulasan:

  1. seronok tgok budak2 main.. sy follow blog ini ya ^^

    BalasPadam
  2. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...