Sabtu, 7 September 2019

CERELAC BIJIRIN BAYIKU







Alhamdulillah. Baby boy dapat dua sample makanan bayi iaitu bijirin bayi dari nestle iaitu  "beras merah & susu" dan satu lagi "beras".







Ini pertama kali  baby boy dapat sample. Suka dan gembira sangat.  Mana tidaknya,  baby boy mama memang makan bijirin jenama cerelac ni. Tetapi baby mama biasa makan yang "beras" sahaja. Risau juga nak bagi yang "beras merah & susu".



Beberapa bulan lepas mama pernah bagi baby boy makan bijirin cerelac "beras dan soya" tetapi baby boy seperti tidak mahu makan dan tidak mahu membuka mulut. Suap beberapa suapan, baby seperti main-main. Apabila mama sendiri cuba dan makan sedikit,  mama rasa "beras dan soya" ini agak berasa manis. Mungkin sebab itu baby boy tak nak makan.

Asalnya,  mama terpaksa beli bijirin "beras & soya" kerana kehabisan stok perisa "beras"  untuk umur dari 6 bulan kerana mama terlupa membawa makanan baby boy sewaktu balik ke rumah tok mi, bachok kelantan.

Nanti mama hendak cuba bagi baby boy beras merah & susu pula.  Mana tahu kan,  baby boy sesuai nanti dengan beras merah + susu.





Hai ibu-ibu semua di luar sana. Mama nak kongsi dengan youall mengenai bijirin CERELAC ni. Bijirin cerelac yang diperbuat daripada kebaikan bijirin gred bayi yang penuh dengan nutrien penting seperti zat besi, kalsium,  vitamin C,  DHA,  protein dan probiotik.




Terdapat empat (4) kebaikan bijirin cerelac ini.  Pertama adalah lebih zat besi.Zat besi adalah faktor dalam pembentukan sel darah merah.
Kedua,  probiotik BIFIDUS BL.  Probiotik ini penting dalam membantu meningkatkan fungsi usus bayi.
Kebaikan ketiga bijirin cerelac adalah pula cebisan dan tekstur untuk di terokai bayi. Teksturnya yang merangsangkan dan sangat sesuai dengan tahap pengunyahan bayi.
Kebaikan yang keempat pula ialah CHE. CHE ialah teknologi terkini menjadikan bijirin bayi nestle cerelac mudah dihadam.



Kepada ibu semua, jom jadikan masa makan baby lebih bertambah seronok dengan lebihkan masa bersama bayi berbanding gajet dan aktiviti lain. Kebelakangan ni, mama perhatikan masa makan pun segelintir ibu-ibu lebih bersama gajet berbanding anak-anak.

Selain itu, makan bersama bayi dan keluarga juga boleh mendatangkan keseronokan. Sesekali jika kelapangan beriuh rendah sesama keluarga memang menyeronokan.

Pelbagaikan hidangan dan jadikan makanan ke bahagian lebih kecil memang menyeronokan bayi. Kekadang makanan yang besar menyukarkan si kecil untuk makan dan menyebabkan si kecil tidak selesa dan tidak menyukainya.

Yang terakhir untuk menjadikan makan si manja lebih seronok ialah dengan mencipta suasana ceria. Kerapkan memuji dan memberi senyuman si manja akan menggalakan si manja untuk lebih berselera makan.




Jom ibu semua,  cubalah bijirin cerelac untuk bayi. Mama yakin, bayi ibu mesti menyukainya.

Tetapi AWAS bijirin ini untu bayi 6bulan ke atas ya. JANGAN bagi kepada bayi yang kurang dari 6 bulan. Nanti kan jadi masalah kepada bayi pula. Perut dan usus bayi masih baru dan belum boleh terima sebarang makanan taw..





3 ulasan:


  1. blogwalking sini ya dari https://theathra.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. bestnya dapat sample....


    psst... thanks sudi join segmen Mia.
    blog anda tersenarai di https://www.mialiana.com/2019/09/senarai-url-blog-36.html

    BalasPadam
  3. Kalau beras cerelac smpir dengr bubur boleh ka?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...