Pertama kali, anak pertamaku kakak fatma minum air susu tanpa muntahkan semula dan tiada apa-apa masalah.
Dari bayi hingga masuk umur 4 tahun, kakak fatma memang tidak minum susu formula ataupun air kotak yang berperisa susu. Pernah mama bancuhkan susu formula yang doktor bagi untuk tumbesaran kakak tetapi kakak tidak minum kerana bau susu sudah di hidu hidung kakak fatma.
Beberapa kali mama cuba bagi susu kepada kakak fatma tetapi tidak berjaya. Kakak fatma tidak sentuh langsung.
Tetapi kini anak mama, kakak fatma minum susu. Barangkali kerana gambar Puteri Anna dan Elsa cerita FROZEN di kotak air susu Dutch Lady.
Hari ni, 04.09.19 sudah 2kali kakak fatma minum air kotak perisa susu ni.
Gembiranya hati mama. Semoga lepas ni, kakak fatma minum susu jenama lain pula. Mama kena cari yang ada gambar kartun kegemaran ni.
Girangnya dapat minum air kotak milky bersama teman-teman. Lihatlah gelagat kakak fatma bersama yang lain minum susu.
Oleh kerana air kotak ini saiz kecil, kakak fatma tidak berasa puas dan tidak cukup 1 kotak. Paling sedikit pun 2 kotak kakak minum.
Baby boy pun tidak lepas peluang taw. Acah je tu, mama tak kasi pun. Maklumlah baby boy masih kecil lagi dan masih menyusu susu badan mama
Wahhh dah pandai minum susu colour putih dah kakak. Tahniah 👏👏
BalasPadamAa, mama pun happy ni.dah x risau kakak muntah ke apa.. Terima kasih sis.
Padam