Dek kekangan masa yang mencemburui mama ni, mama tak sempat nak singgah di laman sesawang ni.
Seminggu dua ni, mama sibuk sangat. Bukan sibuk apa pun, sibuk melaung sana sini dek ramai anak kecil di rumah ni. Bila ramai yang kecil ni, penat la sikit. Maklumlah anak-anak tengah hendak membesarkan. Kenakalan dan keragaman mereka memang memeningkan. Dalam sesaat ada sahaja benda yang dibuatnya.
KAKAK FATMA & BABY BOY |
ADAM & AYRA |
Anak mama 2 orang, anak kak long 2 orang iaitu sepasang kembar sudah menyebabkan kami tidak tenang dan tidak senang duduk. Tapi nasib baik anak mama yang bongsu belum pandai lagi nak itu ini. Kekadang je meragam kerana bola di rebut teman-teman.
NAUFAL & NAZRIL |
Ini belum lagi si naufal dan nazril balik. Kalau diaorang balik lagilah gamat suasana rumah nenek dengan pekikan dan laungan insan yang bernama mama ni, hehehee.
Usia mereka berenam yang hampir sebaya semuanya. Paling bongsu 9bulan, 2 tahun , 3tahun dan 4tahun memang usia yang tengah aktif dan mencuba sesuatu yang baru. Bila berkumpul satu rumah, gempa bumi pun boleh kalah rasanya. Hehehe.. Boleh kalah ke ek??
BOTOL AIR YANG JADI REBUTAN |
Ada saja benda yang di rebutnya. Kalau tidak berebut mainan, mesti berebut bekas air minuman. Kadang-kadang empunya barang pula seperti terasing. Nak ambil, tidak dikasi. Lebih teruk lagi, dibawa lari sana sini hehehe.
Tapi itulah ragam dan telatah mereka yang kelak di rindui.
BUAIAN |
Buaian ni hanya muat 3 orang tetapi kalau kakak fatma, ayra dan adam naik mesti bergaduh. Ini kerana diaorang
berebut nak duduk di tepi dan inginkan ruang yang besar. Mamalah yang jadi gergasi besar sebab terpaksa berada di tengah buaian bila diaorang meragam dan menangis kerana buaian ni.
Kalau rasa sunyi sepi dan senyap itu mesti sebab diorang tidur je. Kalau tidak, satu saat pun tak henti diorang bermain,berlari-lari dan memekik.
Mama yakin dan percaya saat diorang masih kecil,masa bermain bersama dan masa inilah yang akan dirindui kami para ibu kelak. Rindu gurauan anak-anak. Rindu gelak ketawa. Rindu karenah dan perangai mereka yang nakal dan tidak dengar kata hehehe.
MY FAMILY,BERSAMA 5 ORANG ANAK.. TIDAK TERMASUK BABY BOY.. MASA NI MAMA PREGNANT,BELUM BERSALIN LAGI. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan