Jumaat, 13 September 2019

TERIMA KASIH YA ALLAH

Alhamdulillah , mama masih di beri kesempatan untuk bersama dengan insan-insan yang mama sayangi dan kasihi.

Beberapa hari yang lalu,  mama dan keluarga mama iaitu nenek, ayah su **adik lelaki bongsu mama, dan anak-anak mama ( baby boy dan kakak fatma)  berkunjung ke rumah  achik iaitu adik perempuan bongsu mama di kampung kota yang terletak berdekatan dengan wakaf che yeh.

Nenek rindu telatah dan ragam cucu  yang sudah beberapa minggu tidak jumpa. 2 orang anak buah mama ni memang aktif dan nakal hehe.. Biasalah kan,  budak mana yang tidak aktif kan. Lebih-lebih lagi kalau lelakikan. Hehehe





Sampai je rumah achik, anak-anak terus serbu.main buaian, main motor, main patung..walaupun mainan tidak banyak seperti rumah nenek tetapi mainan rumah achik ni besar-besar saiznya. Jadi kalau main,  mesti anak-anak suka.

Buah masak

Tarik dahan,  petik dan makan jer
Yummy


Rumah achik ada banyak pokok buah, antaranya buah dokong. Kebetulan masa kami pergi, buah tengah masak. Walaupun tak masak sepenuhnya, tapi mama suka sebab boleh makan dari pokok.. Buah masih rasa masam-masam manis lagi...macam tajuk citer p.ramlee pulak dah hehehee

Kami bergerak kerumah achik pagi dan lebih kurang pukul 3petang kami balik. Masa nak balik,  anak achik yang bongsu iaitu nazril teriak pulak.  Teriak bukan apapun, teriak sebab nak ikut nenek balik. Tapi tak boleh ikut pun, sebab mama dia tak ikut sekali.


Tambah kapsyen


Kekadang bila mama nak ke rumah achik, mama berbelah bagi. Ini kerana kasihan nanti anak buah menangis teriak nak ikut sekali bila nak balik.. Bukannya mama tak nak bawa tapi payah sikit. Mama kadang-kadang rempit dengan motor je. Kekadang singgah sekejap sebelum balik ke bachok.

Apapun mama harap anak buah mama sihat dan membesar dengan ceria dan bahagia sentiasa. Anak mama pun mama sentiasa doakan begitu. Sentiasa sihat, gembira dan di rahmati serta di lindungi oleh Allah taala setiap saat.

Mama sayang kalian semua.
Mama sayang family mama
Mama sayang keluarga kecil mama
Mama sayang anak-anak mama
Mama sayang anak-anak buah mama

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...