Jumaat, 19 Julai 2019

RESEPI SANDWICH TELUR

Alhamdulillah
.
Petang ni mama buat sandwich telur aje.
Nak buat sandwich sardin,adik pula tak makan.. mama pun kurang sikit dengan sardin. Lebih2 lagi bila teringatkan waktu musim banjir besar dulu..Loya dan kembang pipi mama.. hehehe.
.
Sandwich telur ni senang je nak buat.
Bahan pun senang dan mudah jumpa dan yang paling utama,masa nak buat tu kejap je. tung tang tung tang siap dah..
.
Ini cara mama buat sandwich telur. Lain orang lain gaya kan. Mama buat yang simple, cepat aje. Lada / cili padi mama tak masukkan,takut anak² pedas pula. Sayur pula mama hanya guna salad je. Tomato mama tak guna nanti berair pula sandwich mama...😁😁
.
.
RESEPI SANDWICH TELUR MAMA
...................................................
🔸roti gardenia
🔸telur rebus 5 biji
🔸serbuk lada sulah / ajishio
🔸mayonis 3-4 sudu
🔸sayur (salad) **hiris
🔸majerin sedikit

Caranya
✔️ hancurkan telur menggunakan garfu,tetapi jangan terlalu hancur
✔️ Masukkan mayonis, ajishio dan kacau sebati.
✔️ Sapu roti dengan sedikit majerin dan letakkan inti telur dan salad.
✔️ Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian ikut suka taw dan sedia untuk dihidang.
🔸🔸mama potong guna gunting...cantik dan nampak sempurna je 😊😊😊

SELAMAT MENCUBA SEMUA..





1 ulasan:

  1. Sudah lama saya tidak makan sandwich telur. Besok nak pergi beli bahan-bahan yang dihantar dengan lori makanan di pasar raya untuk buat sandwich ni. :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...