Ahad, 28 Julai 2019

RESEPI RENDANG AYAM

Alhamdulillah

Hari ni mama masak rendang ayam je.
Masak masakan yang simple dan cepat.
Maklumlah,baby boy sekarang tak boleh berenggang dengan mama. Asyik menangis je kalau mama jauh sikit.

Dek kerana perut pun dah lapar dan baby boy meragam, mama pun cepat-cepat capai bahan yang senang lenang gitu hehee.
Maka mama pun bertukanglah di dapur masak rendang.

Di bawah ni,mama sertakan sekali resepi nak masak rendang ayam. Bahan yang mudah di jumpai, cara masak yang simple  lagi senang dan hasilnya yang memang tip top..pasti menjilat jari lah..

Jom, kita kongsi bahan dan cara masak rendang ayam.Bahan utama mestilah ayam.kalau tiada ayam,maka tak jadilah rendang ayam kan hehehe.

RENDANG AYAM
( Bahan A )
Ayam 1 ekor.Nanti nak kerat berapa,terpulanglah ya.mama kerat kecil-kecil je.senang masak nanti.kalau kerat besar,lambat pula masak nanti.

( Bahan B )Lada kering 3 biji **kalau suka pedas,lebihkan lada kering,serai 7 batang,
Bawang merah 7 biji, bawang putih 3 ulas, halia 1 inci, lengkuas 1/2 inci, kunyit hidup 3 inci ** jangan masuk banyak sangat,nanti tak berasa sedap sebab rasa kelat,pahit..tetapi mama suka warna kuning kunyit hidup ni.cantik gitu hehee
Bahan B ni, kisar sampai halus ya.

( Bahan C )
Santan 1/2 kg, garam sedikit, nisse / gula melaka 2 kerek

( Bahan D )
Kerisik kelapa, daun kunyit yang di mayang halus.

Dah sediakan semua bahan, kita teruskan cara memasak rendang ayam ni.caranya tak lah rumit pun, senang je.

Caranya, masukkan ayam ke dalam periuk. Ikutlah nak besar mana pun periuk tu,tetapi janganlah over besar sangat.hehehe...
Dah masuk ayam, masukkan bahan B yang di kisar halus tadi. Dan biarkan mendidih.

Bila dah mendidih,masukkan bahan C  dan cubalah rasa rendang tu.sesuaikan rasa ikut selera masing-masing. Kalau nak masukkan sedikit gula pun boleh je. Terserah pada citarasa la. Ada yang suka manis,ada yang suka pedas kan. Biarkan gelegak dan kuah sedikit pekat.

Bila kuah dah agak pekat,masukkan bahan D dan biarkan seketika sebelum matikan api.

Rendang ni sedap bila makan bersama nasi impit, roti dan juga nasi panas..

Mama pasti  siapa yang makan rendang ni,  mertua lalu pun tak perasan ler..hehee

Ok lah,selamat mencuba kepada semua.
.

6 ulasan:

  1. Sedapnya rendang. ;)

    Cantik background sis. Bintang bintang :)

    BalasPadam
  2. Teerima kasih atas resipi ini. Ayam yang digunakan mesti segar yang dihantar dengan lori makanan ke pasar raya untuk rasa yang paling sedap. Saya akan cuba resipi ini besok! Terima kasih sis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...