Ahad, 30 Jun 2019

KETAM MASAK KARI

Assalamualaikum semua
Alhamdulillah,hari ni akhirnya berjaya juga mama masak ketam masak kari.
.
Kalau nak tahu,ini pertama kali mama masak kari ketam. Sebelum ni,kalau en.suami bawa balik ketam mesti mama hanya rebus halia sahaja. Kalau tidak pun,nenek akan masak aje..mama memang tak pandang ketam. ( eksyen kan.mama tak pandang ketam sebab mama tak pandai nak makan ketam yang penuh dengan sepit tu )
.
Entah kenapa hari ni mama terasa nak masak dan makan kari ketam. (macam orang mengidam pulak) hehehe
Hari ni mama berperanglah di dapur. Masakkan terus untuk nenek berbuka puasa ( puasa 6 di bulan syawal )  ni..menu nenek berbuka puasa simple sahaja iaitu ketam masak kari,telur dadar dan kerisi goreng kunyit.


KETAM MASAK KARI GAYA MAMA

Di sini,mama sertakan resepi ketam masak kari gaya mama.
Mama masak yang simple sahaja,senang,cepat dan lazat ok lah kan hehe..masak yang rumit kan,tak berasap la dapur mama. Mama masak ketam berkari pun berkejar masa dengan baby boy. Mama jauh je dari pandangan dia,mesti melilau mencari dan menangis.. Bila anak menangis, nak buat apa pun serba tak kena. Betul tak mama mommy kat luar sana???
.
🦀🦀🦀KETAM MASAK KARI GAYA MAMA🦀🦀🦀
Bahan-bahan
🔸Ketam 8-9ekor 
🔸Halia 1 inci - ditumbuk
🔸Bawang merah 5ulas - ditumbuk 
🔸Bawang putih 3ulas - ditumbuk 
🔸3 sekawan
🔸1 pelepah daun kari
🔸Rempah kari 
🔸Santan kotak
🔸air secukupnya
🔸1 asam keping
🔸garam secukupnya
🔸gula

Cara-caranya
🔸panaskan minyak dan tumis 3 sekawan,halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan dan bangkit bau.
🔸masukkan rempah kari.masak biar terbit minyak dan garing. ( rempah hendaklah sentiasa dikacau untuk menggelakkan hangit ).pastikan menggunakan api pelahan.
🔸masukkan daun kari dan  sedikit air.Teruskan dikacau untuk menggelakkan rempah hangit.
🔸masukkan ketam, asam keping dan tambah sedikit lagi air.biarkan mendidih
🔸masukkan santan, garam dan gula.
Biarkan mendidih hingga ketam masak sepenuhnya.
✔️kalau kuah terlalu pekat, bolehlah tambah air panas sedikit ( terpulanglah nak kuah pekat ataupun tidak )

Selamat mencuba ya semua 🙂🙂🙂

24 ulasan:

  1. Sedapnya ketam. Ketam ni saya suka kalau masak cili. Bertambah tambah nanti. Kalau masak kari saya pastikan letak sikit kicap kat nasi....sedap....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama jarang makan ketam.xberapa suka...tapi first buat kari ni memang jatuh hati plk...

      Padam
  2. Suka betul kari ketam. Tapi saya tak suka makan ketam sebab susah nak dapatkan isi. Takpe. Buat kuah pun ok. Air ketam tu boleh jadikan kari rasa manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya mama just rebus biasa je..xsuka sangat ketam sebab x pandai nk makan

      Padam
  3. Huh! Serious I tengah dok teringin nak makan Kari Ketam. Mana nak carik ni. Serious buat org terliur.😂

    BalasPadam
  4. sedapnya ketam. dah lama saya tak makan ketam semenjak ada orang dkt rumah alergik makanan laut. kalau nak makan pun dekat kedai luar sahaja. bila tengok entri ni rasa terliur la pulak. nak kena cari ketam jugaklah lepas ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada yg alahan dgn makanan laut,terpaksa lah order dari kedai dan ngup kat kedai...kalau bawa balik makanan tu,kasihan pula org kat rumah tu,takut terliur nanti..

      Padam
  5. Ya Allah lama kita tak makan ketam teringin sangat mengidam lak kita tengok ni sedap nya best nya hehehe nanti nak buat lah sekali sekala tengok resipi ni pun mudah jer tak susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang resepi ni.bhan pun mudah jumpa dan kegunaan harian..try lah,sememangnya resepi yg senang nak buat tetapi hasilnya memang sedap dan terangkat..🙂🙂🙂

      Padam
  6. Uii...ketam ni fav marsha ni. Masaklah gaya apa pun semua fav kalau bab ketam. Thanks sharing resepi nanti boleh rujuk kalau nak buat kari ketam...nyummm

    BalasPadam
  7. Sedapnya ketam !! Dah lama sangat x makan ketam. Haritu ada org jual murah2 sekor 2 ringgit. Nak beli tapi jauh. Ketam nie tumis biasa pon sedap kan.

    BalasPadam
  8. Samalah alasan kita. Makan ketam mmg best tapi nak meratah isi dan membuka kulit2nya. Bercinta kita.. Selalu juga ketam ni masak merah, masak lemak.. Uishhh sedapnya

    BalasPadam
  9. Nak tau tak? First tim kita masak ketam sendiri tanpa pemantauan mak, masa lepas kahwin, tak reti siang ketam, kita carik kat youtube. Hahaha. pengalaman betul!

    BalasPadam
  10. Sedapnya ketam. Dah lama tak makan. Nanti nak suh suami belikan la.
    Tapi sy tak reti nak masak ketam yang tak buang cengkerang dia tu. Sebab isi perut dia tu mcm macam. 😄😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehee...nanti masak mama buang cangkerang pula...😁😁😁

      Padam
  11. wah nmpk sedap..tak pernah pun mkn kari ketam..ciktom mmg tak berapa reti masak ketamm..lagipun suami tak suka seafood..lagi la kurang masak seafood..masak bila teringin je..

    BalasPadam
  12. Ooo...
    En suami mama sukakan seafood.nak x nak,mama join je walau x berapa suka...hehehe

    BalasPadam
  13. Sedapnya, Ika suka makan ketam kalau ada yang tolong kopek dan amikkan isinya😂

    BalasPadam
  14. Rasa ingin makan ketam yang segar yang dihantar dengan lori sejuk beku untuk kualiti yang terbaik! Nampaknya sangat sedap dan senangnya resipi ini!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...