Jumaat, 14 Jun 2019

SAYUR LEMAK PILIHAN MAMA

Selamat tengahari semua.
Hari ni mama masak simple je. Tak dapat nak lama-lama kat dapur. Baby boy #meragam dan kakak fatma #taksihat.
Rungsing dan risau bila anak tak sihat. Nak buat apa pun serba tak kena. Ubat liat sekali nak makan.
Inilah hasilnya masakan mama #sayurlemak #ikanselarkuninggoreng
#dagingbogel aje (tak ada bawang, lada)

Sekali sekala makan simple begini sedap jugak.
Boleh bertambah-tambah nasi.

RESEPI SAYUR LEMAK MAMA
.............................................
- bawang merah **
- lada hitam **
- garam
- gula
- santan kotak
- sayur pilihan(lobak merah, sawi, kubis, bunga kubis dll)
- air putih :
( **tumbuk biar hampir lumat )

CARA
- masukkan kesemua bahan termasuk bahan tumbuk ke dalam periuk bersama-sama sayur pilihan anda.Mama guna sayur yang ada di dapur aje.
- guna api pelahan biarkan mendidih sebentar.
- tambah perasa jika perlu.

(SIAP)








3 ulasan:

  1. Sayur lemak macamni senang nak buat, tapi sayangnya Nad tak makan sayur. Tapi lauk telur masak lemak memnag favourite Nad hehe. Nak buat pun senang juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang senang sis..cepat dan lazat sangat.mama pun jarang masak lemak,sebab my mom xboleh mkan bersantan sangat.dctr sarankan jg kesihatan..

      Padam
  2. Rasanya nak beli sayur dan ikan segar yang dihantar dengan lori makanan besok dan masak sayur lemak selepas baca post ini. Sis pls continue to blog saya suka gaya tulis sis :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...