Rabu, 12 Jun 2019

DI SEBALIK KEJAYAAN REMPAH RATUS MAK SITI

Hari ini, rata-rata mengenali Rempah Mak Siti.Perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).

 Apakah kita mengetahui apakah sebenarnya Rempah Mak Siti?
Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk keluaran utamanya adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup.Bahkan produk rempah ratus Mak Siti banyak dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket seperti TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin.

Selain dalam paket biasa, syarikat turut menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit dan mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.

Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.

Puan Siti tertekan kerana terpikul harapan dan bebanan untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.

Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran,sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan.  Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi. Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan berniaga air dan jajan di kawasan perumahan,pernah berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Bahkan beliau pernah memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit.

Pada tahun 2000, keluarga ini berpindah ke Muar, Johor.  seluas 3200 ekar tanah pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.
Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Selain itu Mak siti turut mengusahakan sebuah restoran . Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti.menurut mak Siri,selain orang Melayu, Cina ,pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .
Restoran ini tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.









#rempahmaksiti
#rempah
#anakrempahmaksiti
#maksiti
#segardariladang






8 ulasan:

  1. Haritu baru baca kisah penubuhan rempah ratus Mak Siti ni. Memang inspiring, boleh jadi inspirasi buat kita untuk berjaya ;)

    BalasPadam
  2. Resepi turun temurun yang asli tanpa MSG dapat masak dengan sihat. Ahli keluarga masak masakan tu pun dengan senang hati.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah..k mid dah sampai ke ladang haji nasuha dan dah makan nadi brayani herba diorng..memang terbaik..produk2 mak siti pun terbaik..k mid sentiasa gunakan produk diorg.

    BalasPadam
  4. pernah juga guna produk mak siti dalam masakan. yang bagus sebab tiada kandungan MSG, tapi rasanya tetap sedap dan menyelerakan

    BalasPadam
  5. Baru tau tentang mak siti ni. Iza mmg tak pernah cuba produk mak siti ni tapi selau nampak kat pasaraya. Maybe lepas ni boleh cuba pulak produk ni. Macam2 rempah ada tu.

    BalasPadam
  6. saya memang guna rempah mak siti , memang rasa dia sangat2 tradisi ...bila guna rempah mak siti ni teringat masa zaman kekecik dulu ...nak2 rempah sup mak siti...bau dia aduhaiii wangi , sebut2 ni pun laparrr

    BalasPadam
  7. Kilang dekat je dengan rumah ena. Tapi tak sangka plak masuk book of records. Baru tahu. Memang nampak besar ladangnya. Ena suka sgt rempah sup soto. 3kali raya memang ena akan masak soto ntk tetamu. Kuah sedap n pekat.

    BalasPadam
  8. Her story shows that no matter what happens never ever give up and you will be able to be successful. :) Thank you very much. Will try to get the products one day.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...