Selasa, 22 Oktober 2019

HARUM MALAM TAMBAH BERSERI



hai semua..Hari ni mama nak share salah satu minuman tambahan yang mama sukai.
Jom semua, nikmati dan rasai sendiri kehebatan dan keistimewaan produk HARUM MALAM  you olls... Produk ni sangat sesuai untuk kaum hawa taw.

Kalau korang nak tahu, HARUM MALAM ni merupakan suppliment tambahan khusus buat waniya untuk kekal sihat bertenaga  dan merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal-gatal,  mengetatkan bahagian sulit,  menghilangkan hanyir darah haid dan membasmi bau badan yang tidak enak. 

HARUM MALAM ini sesuai diamalkan  ketika period dan dalam pantang. Bahkan mama dan mommg yang menyusu baby pun boleh minum taw.  Dan kepada yang belum kahwin pun boleh amalkan supliment ni.

HARUM MALAM ini  di adun dengan ekstrak ros dan kaya dengan ekstrak herba seperti sorih, buah tin,  kismis, madu,  goji,  limau purut,  kayu serapat,  buah delima,  manjakani,  pueraria lobata,  pueraria mirifica yang dapat menambah mengatasi bau yang kurang enak dari tubuh. 
Hasilnya,  tubuh akan wangi semulajadi jika di amalkan berterusan. 

KEBAIKAN HARUM MALAM

  • dapat meningkatkan keinginan serta mempercepatkan ransangan seksual.Ini sesuai bagi yang sudah berumahtangga taw. Yang belum kahwin tu jangan gatal meroyan nak ememem pula
  •  harum malam menjadikan badan bertenaga dan mengatasi masalah keputihan
  • Membantu membunuh bacteria dalam saluran kencing serta mengatasi masalah kerap kencing
  • Meningkatkan sistem tahan tubuh serta menstabilkan hormon
  • Mengurangkan tekanan dan tension
  • Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan dan mengurangkan kedutan

ANTARA KHASIAT LAIN HARUM MALAM..

  • Membantu menyegar & menyihatkan badan.
  •  Mencantikkan & menaikkan seri wajah.
  •  Membantu menghilangkan bau badan & mulut.
  •  Melegakan panas badan.
  •  Mengencang otot kewanitaan.
  • Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal.
  • Menambah keharmonian suami isteri.
  •  Menyihatkan rahim.




Golongan yang sesuai ambil HARUM MALAM :-

  • ✔ WANITA BERKAHWIN
  • ✔ ANAK DAR
  • ✔ WANITA BERPANTANG
  • ✔ SESUAI UNTUK YANG MENYUSUKAN ANAK
  • ✔ SESUAI UNTUK USIA 50 KE ATAS

Cara pengambilan:

  • Pagi: 1 sudu besar sebelum sarapan.
  • Malam: 1 sudu besar sebelum tidur


KANDUNGAN HARUM MALAM

Extrak ros , Extrak sireh , Buah tin , Kismis , Madu , Goji , Limau purut , Strawberry , Pueraria mifrica , Kayu serapat , Buah delima , Manjakani , Pueraria lobata , Senna

Rabu, 16 Oktober 2019

PELANGI HIDUPKU

Hai semua. Buat apa tu.

Hari ni mama just nak kongsi dengan korang beberapa keping gambar mama bersama dua buah hati dan nyawa mama. Tak lain dan tak salah lagi, mereka berdua yang bertuah itu adalah anak perempuan mama dan baby boy mama.


Syukur sangat kerana hidup mama kini berasa lebih bersinar dengan kehadiran dua bintang hati mama ni.

Dulu kala, ( ewah...mama berdulu kalalah pulak hehehe ) mama pernah di sindir dan di pandang sepi dek belum punya anak. Seolah-olah mama ni tidak mahu anak.  Sedangkan mereka tahu dan sedar, itu adalah dari ilahi dan Allah mengatur semuanya. Tapi siapalah kita kan nak sekat dan halang orang nak "membawang" hal kita kan.. LANGAU yang harus dijauhi. Biarkanlah mereka tu..

Berbalik kepada dua permata hati mama ni,
 Yang sulung mama kakak fatma dah berusia 4tahun sekarang tapi manja teramat sangat. Yang kedua baby boy mama, baby razali. Bukan SAZALI taw. Hehee.  Baby boy mama 9.10.19 yang lalu, genap 9bulan. Manja juga tapi biasa-biasa aje..cuma kalau mama jauh, mesti teriak.

Alhamdulillah, masa mengandung mereka berdua mama tidak banyak alahan,  cuma tidak boleh berbau tumisan bawang dan mama tak aktif sangat di dapur pada awal kehamilan.

Inilah beberapa keping antara gambar mama bersama dua insan cinta hati mama.








Mama sayang anak-anak mama dunia akhirat

Anak-anak pujaan hati mama meskipun mama kekadang mama terlebih berubah menjadi "harimau" 😁😁😁

Mama harap dan doakan kakak fatma dan baby boy menjadi anak yang soleh dan solehah, menjadi insan berjaya di dunia dan juga akhirat, menjadi insan yang berguna kelak.  Mama juga harap kedua-dua anak mama ni sentiasa dalam lindungan dan redha ilahi.. Aamin.

Mama sayang kalian ketat-ketat.
💗💗💗💗💗


Isnin, 14 Oktober 2019

JANGAN DISALAHKAN TAKDIR

Wah, mama betul-betul menjadi penunggu setia pulak cerita tv3 malam ni hehehe.Sebelum ni tak pernah tengok cerita #sampai_habis tapi cerita ni best pulak mama tengok.


#JanganDisalahkanTakdir lakonan #AmarBaharin dan #AmarAsyraf memang terbaiklah.  Nampak macam biasa-biasa je tapi rupanya memang bagus sangat cerita macam ni.Siapa tonton cerita ni??  Bestkan...

Sedar ataupun tidak,  mama percaya cerita Jangan DiSalahkan Takdir ni memang biasa dengan kehidupan #harian kita semua.
#Perwatakan dan #perangai Romi yang teruk lakonan Amar Baharin dan sikap #penyayang seorang kawan iaitu #muhammad lakonan #AmarAsyraf memang biasa dalam kehidupan harian kita semua kan.

Watak romi ni memang betul-betul berkesan sekali hinggakan mama berasa meluat dan menyampah tengok romi ni. Perangainya memang teruk dan #irihati dengan teman sendiri sehingga sanggup menganggu #temanwanita kawan sendiri. Romi juga  #berlagak kaya sedangkan #menumpang di rumah kawan sahaja.

Bukan itu sahaja,  romi juga seorang #anakderhaka kerana sanggup melukakan dan bercakap kasar dengan kedua ibu bapanya. Bahkan romi sanggup menghina bapanya dengan mengatakan di masa muda bapanya seorang yang pemalas bekerja hanya kerana dia lahir dalam keluarga tidak kaya. Pada pandangan mama,  kehidupan romi sudah senang dan cukup mewah. Tetapi adatlah manusia tidak pernah merasa cukup apabila hidup berajakan nafsu.

Lain sekali perangai muhammad. Seorang yang #kuat_iman.Sering mengejutkan romi untuk menunaikan solat subuh. muhammad juga seorang yang kenang jasa. Dia sanggup bersabar dan melayan perangai romi yang keterlaluan kerana mengenangkan jasa orang tua romi yang banyak bantu dia selepas kedua orang tuanya meninggal dunia.

Muhammad juga seorang yang #rajin bekerja.  Bermula dari menjual di gerai,muhammad akhirnya berjaya membuka sebuah kedai. Meskipun kedai kecil tetapi muhammad berusaha dan yakin dengan rezeki pemberian ALLAH taala.


Mama tonton cerita ni dengan penuh perasaan. Watak romi ni banyak membuka mata mama bahawa setiap yang berlaku adalah balasan dari perbuatan kita sendiri.  Janganlah sesekali menyalahkan takdir jika sesuatu yang buruk atau sesuatu yang kita tidak sukai berlaku.  Kekadang kita tanpa sedar menyalahkan takdir atas perkara buruk yang terjadi dalam hidup kita.  Ungkapan dan kata-kata menyesal melakukan sesuatu benda ataupun perbuatan yang menyusahkn diri juga antara contoh kita menyalahi takdir.  Contohnya,
  ... KALAU AKU TAHU BEGINI,  AKU TAKKAN TOLONGLAH DIA...   ,
.... KALAU AKU TAHU BEGINI NASIB AKU, MENYESAL AKU BAIK DENGAN DIA... 
sedarkah kita, setiap yang berlaku adalah ketentuan.
Janganlah sesekali kita menyalahi takdir hidup meskipun hidup kita kelam.

Isnin, 7 Oktober 2019

ADUHAI SERABUTNYA MAMA

Runsing... Serabut... Risau... Gelisah...
Itulah antara kecelaruan perasaan yang mama alami seminggu dua yang lalu. Serba serbi tak kena mama rasai. Tapi kejap... Jangan fikir pelik-pelik pula, itu semua mama rasai apabila mama dan  kedua-dua anak kesayangan mama iaitu kakak fatma dan baby boy mama meragam kerana tidak sihat.



Dua minggu yang lalu family kecil mama diuji dengan kesihatan yang sedikit merosot. Mama,  kakak fatma dan baby boy mama deman, selsema dan batuk. Mama tidak kisah mana kalau mama yang tidak sihat tapi apabila anak-anak turut tidak sihat, jiwa mama jadi rungsing dan sangat risau.

Faktor cuaca yang sekejap panas sekejap hujan dan ditambah dengan persekitaran jerebu menjadi antara satu penyebab kesihatan mudah terjejas dan mudah di serang penyakit.


Mama pasti akan ke KLINIK PERDANA yang berdekatan dengan rumah mama kalau mama sekeluarga tidak sihat. Mama memang puas hati sangat dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.



Daftar dulu lah

2 minggu yang lepas mama ke #klinikperdana . Nasib mama baik taw, kebetulan masa mama sampai tiada pesakit lain dan mama terus bagi #mykids anak-anak untuk urusan #pendaftaran.
Tidak lama kemudian, kami di panggil untuk berjumpa doktor. Mula-mula baby boy di periksa dan kemudian barulah kakak fatma.

Ubat dua beradik
Setelah diperiksa baby boy diberi ubat syrup pink #deman dan ubat #titis untuk hilangkan selsema manakala kakak dibekalkan ubat #deman , #ubatbatuk dan #ubatselsema.





Kebiasaanya kakak fatma akan #meragam jika jumpa doktor. Setiap kali doktor periksa mesti akan menangis. Apatah lagi kalau kena timbang berat, meragam dan tak nak gerak. Tapi kali ni #ok jer. Mama #puji sangat sikap kakak ni. Barangkali juga kerana baby boy pun diperiksa sekali.

Mama harap kedua-dua anak mama #sihat dan #sembuh dengan cepat. Apabila anak-anak tidak sihat, mama berasa tidak senang hidup (serba serbi kerja tidak kena)

Selasa, 1 Oktober 2019

the Asianparent App : APPLIKASI KEIBUBAPAAN TERBAIK MASA KINI


Assalamualaikum dan selamat malam semua. Terima kasih sudi singgah blog mama. Malam ni mama nak kongsi dengan korang mengenai theAsianparentMalaysia. Eh,  apa tu theAsianparent??? Tak pernah dengar pun??  Ada ke di Malaysia ni??  Bla... Bla... Bla...

Untuk pengetahuan korang,  the Asianparent ni sebenarnya sudah ada sejak september 2009 lagi dan merupakan laman web keibubapaan terbesar dengan kehadiran 12 negara dan boleh berbahasa dalam 11  bahasa yang berbeza antaranya english, bahasa melayu, bahasa indonesia, thailand, filifina, vietnam, hindi, tamil, cina, dan jepun.


Portal keibubapaan yang mempunyai 25juta pengguna secara rasminya telah melancarkan aplikasinya pada 25 september 2019 yang lalu.

The Asianparent bercakap pada setiap peringkat dan keutamaan perjalanan seorang ibu Asia dari pra-konsepsi kehamilan, menyusu dan juga bagaimana untuk meningkatkan rasa bahagia, sihat dan yakin dalam diri anak-anak.

Menurut kata Serina Sue , Wakil Pengurus Negara the Asianparents " the Asianparent memberi tumpuandan memperkasakan ibubapa Asian selain menyediakan ibu bapa dengan alat keibubapaan bagi menyokong  perjalanan mereka. Melalui applikasi the Asianparent Malaysia, kami berusaha mewujudkan rasa masyarakat dan ruang yang selamat untuk ibubapa yang semakin memeluk gagah hidup digital"

The Asianparent membantu mencari sebarang maklumat tentang tips dan maklumat mengenai anak-anak dari dalam perut sehinggalah mereka dilahirkan.

KEISTIMEWAAN THE ASIAN PARENT



KANDUNGAN APPLIKASI

📍tracker kehamilan
📍tracker bayi
📍makanan dan nutrisi
📍senarai semak
📍ubat-ubatan

Di peringkat awal kehamilan, ibubapa sudah boleh menggunakan applikasi ini.
Applikasi ini sangat bermanfaat kerana memberi banyak pengetahuan dan juga memberi ilmu tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dimakan semasa hamil.

Manakala ubat-ubatan pula amat penting dan ibubapa harus lebih peka tentang bab ini. Ini kerana sesetengah ubat tidak sesuai untuk kehamilan dan penyusuan bayi.

Senarai semak juga penting bagi ibubapa mengetahui tentang pertumbuhan anak-anak selari dengan usia dan tumbesar mereka.


KOMUNITI

📍tanya ibu bapa lain
📍photobooth
📍poll
📍bookmarks

Bahagian ini mama suka dan amat gemari.
Bahagian ini mama boleh berkongsi soalan dan jawapan, idea,  maklumat dengan ibu bapa yang lain.
Antara applikasi kesukaan mama 

Berkongsi foto, menjawab "poll" dan mengumpul point amat mama sukai.. 😊😊😊


Jom kumpul poin

GANJARAN

📍pertandingan
📍points
📍ganjaran
📍piala
📍vip members


Untuk pengetahuan korang, dalam applikasi ini kalian boleh kumpul point dan tebus hadiah taw. Setiap kali anda log masuk, anda akan dapat point ***ada cara dan peraturannya.



Bila korang perlukan bantuan muzik untuk menenangkan bayi anda, jangan risau ya. Applikasi ini turut di sertakan dengan MEDIA yang di penuhi dengan kepelbagaian muzik. Korang hanya perlu pilih muzik manakah pilihan anda, dan tentukan hendak video ataupun audio.


Jadi, apa tunggu lagi. Jom download applikasi the Asianparent ini segera dengan percuma. Korang boleh pilih hendak download menggunakan GOOGLE PLAY ataupun APP STORE

TUTORIAL MUAT TURUN APLIKASI theasianparent



Untuk maklumat lanjut,  korang boleh ke web site
https://my.theasianparent.com/

Atau follow je the Asianparent
https://www.facebook.com/theAsianparentMY

https://www.instagram.com/theAsianparent_my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...