Khamis, 24 Februari 2022

DIDIKAN AZIZAN OSMAN BUAT DATUK K BUKA MULUT

Datuk Wira Dr Azizan Osman cukup terkenal dalam kalangan usahawan, beliau dikatakan selalu buat seminar pada zaman dulu. Sekarang pula, bukan setakat seminar, tapi kelas bimbingan, program, aktiviti usahawan, aktiviti kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif untuk bantu usahawan.

Tahukah anda, RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan syarikat diasaskan oleh Azizan Osman ini telah berjaya lahirkan ramai usahawan jutawan. Ini bukan cakap kosong, tetapi banyak buktinya. Kalau google pun banyak kita kenali siapa usahawan jutawan Richworks ni.

Malam semalam, heboh dalam Instagram Asyraf Khalid, satu video yang dikongsikan ke dalam Instagramnya telah mendapat tontonan seramai 15,000 penonton dalam masa beberapa jam sahaja.


VIDEO PENGHARGAAN DATUK K KEPADA AZIZAN OSMAN


Kenapa Datuk K berucap untuk Azizan Osman? Bukan saja berucap, sebenarnya Datuk K telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman ke rumahnya untuk makan malam sempena dengan Sambutan Hari Jadinya sendiri. Turut dihadiri adalah ahli keluarga Datuk K termasuk isterinya, penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza.

Sebenarnya, jemputan Datuk Wira ini adalah untuk menghargai apa yang telah dilakukannya. Datuk Wira Dr Azizan Osman banyak membantu anak Datuk K, Asyraf Khalid dalam perniagaan, dari mula perniagaan itu sehinggalah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit. 

Datuk K juga amat berterima kasih kepada Datuk Wira kerana bukan perniagaan sahaja, tetapi anaknya telah berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dahulu, beliau tidak dikatakan seorang yang berjaya dan selalu mengecewakan ayahnya, tetapi kini tidak lagi.



Jom tonton Video di bawah:



PERUBAHAN ASYRAF KHALID ASBAB AZIZAN OSMAN ?

Asyraf kini sudah bekerjaya dalam perniagaannya yang diusahakan bersama isterinya Tya Ariffin. 

Datuk K yang menyedari perkara ini telah merakamkan penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Beliau sangat gembira melihat perubahan anaknya dalam kehidupan dan perniagaan. Dalam masa 3 tahun, kehidupan Asyraf bertambah baik malah dapat beri manfaat kepada orang lain juga.

Dalam pada itu, Asyraf juga menyatakan bahawa Big Why selama ini adalah untuk membuatkan Datuk K berbangga dengannya. Alhamdulillah akhirnya Datuk K sendiri meluahkan yang beliau sangat berbangga dengan anaknya.

Jika dahulu, beliau sering susahkan bapanya, buat bapa rasa kecewa. Tapi beliau gembira dan bersyukur apabila di hadapan mentornya, bapanya telah merakamkan penghargaan.

Mentor Azizan Osman adalah Asbab kejayaan Asyraf. Ujar beliau,

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini." 


ASHRAF AKUI AZIZAN OSMAN MENTOR TERBAIK 

Usahawan jutawan jenama Mutyara ini membuat pengakuan bahawa Azizan Osman adalah mentor terbaik buat dirinya. Azizan Osman berjaya membawa mereka mencapai jutaan ringgit dalam tempoh 3 tahun berniaga, malah dari segi kepimpinan diri dan manusia serta perhubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT juga diajar dengan lebih lagi.

Mentor bukan untuk kita berjaya dalam perniagaan sahaja, tetapi untuk seluruh kehidupan. Begitulah kehidupan bagi seorang Titan RichWorks yang merupakan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Maka tidak hairanlah kenapa Datuk K buka mulut tentang didikan Azizan Osman terhadap anaknya dan semua titan. Bagi semua Titan Richworks juga, meskipun telah berjaya dalam tahap jualan berjuta-juta, mereka sesama lain tidak lokek berkongsi ilmu dan belajar akan perkara yang betul yang masing-masing lakukan. 

Sungguh RichWorks memberi nilai yang sangat hebat buat semua usawahan mereka, apatah lagi yang berada dalam Titan RichWorks.


PENGHARGAAN DAN HARAPAN DATUK K TERHADAP AZIZAN OSMAN


Perasan atau tidak, dalam ucapan Datuk K berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman, Datuk K turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira kerana telah melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

Dalam masa yang sama, Datuk K kagum dengan apa yang dilakukan dan dibimbing oleh Datuk Wira. Anaknya yang berada di bawah bimbingan Datuk Wira sebagai Titan Richworks adalah salah satu contoh hasil didikan Azizan Osman yang buat Datuk K benar-benar kagum.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.” 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”


Datuk K juga memberi harapan buat kita semua dan usahawan di luar sana untuk terus belajar dan ikut mereka yang sudah berjaya. Dengan bimbingan yang telah berjaya, kita juga takkan buang masa lagi untuk cuba buat itu ini yang belum tentu kita berjaya dalam bisnes. 

Khas buat para usahawan semua, anda boleh ke www.richworks.com untuk melihat usahawan jutawan yang telah dilahirkan RichWorks dan juga program mentoring yang dianjurkan oleh RichWorks. 


#kejayaanAsyrafKhalid

#datukkhalid

#keluargactnurhaliza

#anakdidikazizanosman

#richworkslahirkanjutawan

#titanrichworks

#mentorusahawan

#BitersXRichworks

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...