Sabtu, 6 Jun 2020

KENALI TELUR SIHAT DEMI KESEJAHTERAAN KITA



Telur adalah antara satu bahan masakan yang wajib ada dalam rumah. Selain dari murah dan banyak pilihan gred, telur juga mudah didapati di setiap kedai dan pasaraya. Tetapi kes keracunan puding buih kerana penggunaan telur yang tamat tempoh di Terengganu yang mengorbankan satu nyawa baru-baru ini amat mengejutkan semua.


Innalillahi Wa Inna Ilahi Rojiun.
Salam takziah diucapkan kepada keluarga arwah.

Wanita yang berusia 25tahun di fahamkan membeli puding buih secara atas talian pada 22 Mei yang lalu dan menikmati makanan bersama ahli keluarga. Mangsa di masukkan ke hospital bersama beberapa ahli keluarga setelah mengalami keracunan kemudiannya disahkan meninggal setelah bertarung nyawa 10 hari di Unit Jagaan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) apabila menghadapi masalah multiorgan akibat kejutan sepsis.


Nampak simple, biasa dan tiada apa-apa tetapi tinggi risikonya jika tersalah makan telur yang telah tamat tempoh ni. Meskipun telur mudah di dapati di setiap kedai runcit dan pasaraya, kita sebagai pengguna dan penggemar telur mestilah lebih cakna, peka dan teliti.

Jom bersama mama mengenalpasti beberapa cara yang mudah membezakan telur yang baik dan juga yang sudah rosak.


1- RENDAM DALAM AIR
Caranya dengan mengambil gelas berisi air dan masukkan telur.  Jika telur terendam ke dasar gelas, ia bermakna telur sangat segar. Sekiranya masih terendam dan berdiri si atas satu hujung di bahagian bawah mangkuk ia bermakna masih boleh dimakan. Tetapi sekiranya telur itu terapung ke permukaan,ia bermaksud telur itu sudah rosak, berbau dan tidak selamat di makan lagi.

2- LIHAT KEADAAN KUNING DAN PUTIH TELUR
Cara terbaik adalah dengan memecahkan telur dan perhatikan kuning dan putih telur tersebut. Telur yang sudah rosak mempunyai  bahagian telur putih yang cair dan tidak kental.

3- HIDU AROMA TELUR
Cara termudah adalah dengan memecahkan telur dalam mangkuk dan menghidunya. Telur yang masih baik tidak akan mengeluarkan bau yang menyengat manakala telur yang rosak akan mengeluarkan bau hamis dan busuk.

4- LIHAT TARIKH LUPUT  TELUR
sebelum membeli telur, pastikan kita melihat tarikh luputnya terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan kita terambil dan membeli telur yang tamat tempoh. Terbeli telur yang rosak bukan hanya membazir duit tetapi juga membantutkan selera untuk memasak.






2 ulasan:

  1. Bila ada kes keracunan puding buih ni
    Baru kita ambil berat tentang tahap kesegaran telur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..rasanya kalau xterjadi keracunan makanan hingga mengorbanan nyawa, telur pun di pandang sepi

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...