Isnin, 10 Februari 2020

RESEPI BISKUT DAHLIA YANG SENANG DAN SEDAP

Hai semua, hari ni mama nak share satu resepi biskut yang sedap dan ranggup. Biskut ni merupakan biskut kegemaran anak perempuan mama taw.  Nak buat bukanlah susah mana, senang je TAPI kalau ada daun palas aka malas memang tak jadi ler sampai bebila pun hehee.


Nama biskut ni BISKUT DAHLIA. Memang ranggup sanggat biskut ni. Kebiasaannya kalau mama bakar biskut ni, kakak fatma mesti tunggu biskut ni keluar dari oven. Rela taw anak mama tunggu walaupun ambil masa yang lama untuk makan biskut ni.


Kalau raya, memang mama buat biskut ni. Iyalah kan,  nak beli bukanlah murah kan. Harga sebekas pun dah rm20.00 dan sebekas tidak cukup untuk kami seisi keluarga. Kalau beli, kekadang tidak kena dengan citarasa yang di ingini.

RESEPI BISKUT DAHLIA 

Bahan-bahan

  • 1/2 cawan buttercup
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung kastard
  • Pewarna (ikut suka) 
  • Coklat chips @ ceri merah (hiasan ) 
  • sedikit esen vanilla

Cara

  • Kacau buttercup, susu pekat dan esen vanilla hingga sebati (guna senduk je) 
  • Masukkan sedikit pewarna pilihan
  • Masukkan 1 cawan tepung jagung ,diikuti tepung beras dan tepung kastard. Uli dengan tangan
  • Masukkan baki 1 cawan tepung jagung sikit demi sedikit hingga dapat doh ikut kesesuaian. 
  • Terap ikut acuan kegemaran dan letak coklat chips @ ceri sebagai hiasan. 
  • Panaskan oven suhu 170c selama 5 minit, kemudian turunkan suhu 160c, bakar selama 25minit.


Amacam, senangkan resepi ni.
Selamat mencuba semua ya. Bagi yang tidak ada acuan bunga dahlia, korang boleh je acuan lain taw. Janji ada rupa hehee..


Cuba lihat,  baru je keluar oven. Belum pun masuk dalam bekas lagi, kakak fatma dah siap bersila depan biskut feberet dia.

Kalau gaya dah macam ni, agak-agak kalau beli sebekas cukup ke untuk anak mama ni?? Emmm..  😊😊😊

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...