Innalillahiwainnailahirojiun..
Setiap yang hidup pasti akan mati.
Sebak dan sedih bila mendengar berita tentang seorang kanak-kanak perempuan yang maut akibat tercekik buah mangga sewaktu menikmati buahan itu bersama bapanya di rumah mereka di Taman Limbong Jaya Idaman, Paka
Mama tidak dapat bayangkan perasaan bapanya kerana dalam kejadian tersebut pada hari sabtu lalu sekitar jam 3.50petang, mangsa Nur Amanda Ahmad Helmi yang berusia 3 tahun 10 bulan dikatakan mengalami sesak nafas semasa sedang makan buah mangga bersama bapanya dan bapanya cuba memberikan rawatan kecemasan namun gagal.
Mangsa kemudiannya dikejarkan ke klinik kesihatan Paka untuk rawatan
sebelum disahkan meninggal dunia ketika di beri rawatan di Klinik Kesihatan Paka, kira-kira jam 5.20petang.
Ya Allah, betapa sedihnya keluarga mangsa lebih-lebih lagi bapanya kan. Anak menemui ajal ketika menikmati buah mangga. Mama doakan keluarga arwah tabah dan redha dengan ujian ilahi ini.
Sememangnya buah-buahan merupakan kesukaan anak-anak dan tabiat memakan buah-buahan memang patut di galakkan di kalangan anak-anak.
Dalam banyak buah-buahan, yang menjadi pilihan dan kesukaan mama sekeluarga adalah tembikai cina, dan juga pisang yang merupakan buah kesukaan kakak fatma. Anak you alls suka buah-buahan tak?? Mestilah sukakan.
Marilah kita amalkan dan galakkan anak-anak memakan buah-buahan. Di sini mama sertakan 5 tips untuk elak anak-anak tercekik buah-buahan.
1- Pastikan jenis buah sesuai dengan umur
Sebelum memakan buah, ibu bapa perlu teliti buah yang sesuai dengan usia anak-anak. Ibu bapa di sarankan dengan memulakan dengan buah-buahan yang bertekstur lembut
2- Cara potongan buah.
Potongan mestilah sesuai dengan buah. Buah yang bulat perlu dibelah dua atau empat bahagian secara menegak iaitu dari atas ke bawah dan elakkan membelah secara melintang kerana anak-anak akan sukar mengigitnya.
3- Buang biji
Hampir semua buah mempunyai biji. Buah yang mempunyai biji yang keras hendaklah dibuang terlebih dahulu.
4- Potongan dengan saiz yang sesuai.
Ibu bapa hendaklah sentiasa memotong buah-buahan dalam saiz yang kecil supaya mudah untuk anak-anak makan.
5- Belajar teknik bantuan kecemasan.
Ibu bapa disarankan mempelajari teknik bantuan kecemasan. Ini dapat membantu menyelamatkan nyawa anak sekiranya anak-anak tercekik.
Semoga 5 tips ni dapat mencegah anak-anak dari tercekik buah.
Allahu sedihnya.. semoga keluarga arwah tabah. Penting CPR Ni tapi mama pun x berapa tahu
BalasPadamSamalah mama pun xberapa tahu buat CPR..
Padamtakziah buat keluarga arwah
BalasPadam