Sabtu, 17 Ogos 2019

SALAM AIDILADHA


Assalamualaikum semua
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam di malaysia dan seluruh dunia.
Semoga hari raya haji ini menambahkan lagi kekuatan iman dan pengorbanan kita semua demi agama islam kita.

Alhamdulillah.
Raya tempoh hari,mama turut serta ambil satu bahagian untuk akikah baby boy yang kini berusia 6 bulan lebih.

Mama adakan kenduri makan di rumah mertua,bachok kelantan.Daging lembu akikah tu, mama dan ipar duai masak sedikit dan agihkan sedikit. Ini kerana kenkangan masa.Daging sudah lewat iaitu hampir jam 2 petang baru sampai.

Apabila daging sampai,kami bergotong royong menyiang daging dan memasak. Kaum lelaki pula mengerat dan mencincang tulang lembu menjadi bahagian kecil dan senang di masak. Manakala sedikit lagi yang mentah  di agihkan kepada insan yang terdekat dengan rumh mertua yang benar-benar layak.

Bila dah siap masak, kami jamukan tetamu yang datang mengunjungi.Hari raya tempoh hari kami ipar duai,sanak saudara masak daging doreng campur sayur, singgang daging, sambal lada, agar-agar hijau, puding dan air sirap.

Mama dah sediakan baju raya sedondon warna peach raya pertama tetapi tak sempat mama pakai kerana sibuk dengan daging mentah.Iyalah kan, takkan nak pakai baju raya warna lembut nak siang daging...kan habis bertukar warna pulak hehee

Tetapi raya kedua di rumah nenek pengkalan chepa,mama sekeluarga bertemakan hitam+pink.


Inilah baju raya mama dan anak-anak.
Cantikkan hehee.baju ni mama jahit sendiri je. Jimat kos sikit hehe. Asalkan muat dan nampak macam baju ok ler hehee..

Selamat hari raya aidiladha semua
Semoga ibadah kita di terima allah taala.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...