Rabu, 14 Ogos 2019

CINCIN EMAS 916








Alhamdulillah.
Horey, akhirnya mama dapat juga belikan hadiah untuk diri sendiri sebentuk cincin emas 916.

Lama dah tak membeli sendiri barang kemas ni. Sejak mama berhenti kerja, dan menjadi surirumah dan surihati en suami ni **hehehee** terasa sukar sikit untuk belikan perhiasan untuk diri sendiri. Maklumlah, mama fikirkan perkara yang terutama dari yang utama, iaitu anak-anak dari diri sendiri.





Cincin ni mama import jauh taw. Dari penang nun sana. Mama jatuh cinta sejak melihatnya dan berusaha untuk dapatkan cincin tu. Dari situ mama kumpul duit sikit-sikit, cukupkan nilainya dan akhirnya   horey...mama dapat beli cincin ni dan jadikan ia milik mutlak mama.


Meskipun kulit mama sedikit lokek (sensitif) tetapi tidak menghalang mama untuk membeli cincin ni.

Membeli barang kemas dari emas 916 seperti cincin, rantai, gelang, subang ni ada banyak manfaat sebenarnya berbanding membeli barangan lain.

Manfaat utama adalah dapat menghasilkan wang ketika kecemasan.Percaya atau tidak, ketika kita sangat memerlukan bantuan kewangan, barang kemas sangat membantu. Dengan barang kemas tu kita boleh jualsemula ataupun pajak gadai. Bunyi macam lekehh tapi sesungguhnya ia sangat membantu.

Kekadang teman yang selama ni baik dengan kita pun akan melarikan diri tika kita memerlukan bantuan kewangan.

Selain itu barang kemas ni boleh di jadikan simpanan masa hadapan dan warisan.

Barang kemas juga boleh di jadikan hadiah untuk anak,cucu,menantu dan sebagainya. Siapa yang tak nak hadiah kan,lebih-lebih lagi barang kemas 🤩🤩🤩. Mama pun nak kalau ada yang nak bagi hehe

Insha allah, kalau ada rezeki lagi mama teringin nak beli rantai dan gelang pula. Doakan mama ya.

3 ulasan:

  1. bestnya self rewards! tambah2 kita housewife!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aa..takkan asyik nak harapkan suami. Suami kalau yang ok tidak apa, tetapi kalau yang "berkira" memang penat.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...