Rabu, 1 Mei 2019

OKU YANG BERJAYA



OKU ataupun Orang Kurang Upaya seringkali dipandang sebelah mata dalam masyarakat kita. OKU juga bukanlah insan yang mudah putus asa dan gagal dan tidak mampu berjaya dan suksess dalam hidup. Khairul Nizam antara seorang OKU yang cacat sejak lahir dan hanya mampu menggerakkan 3jari sahaja.Meskipun begitu, beliau telah membuktikan bahawa beliau mampu berjaya dan mempunyai perniagaannya sendiri.


Dikala usianya menjangkau 30tahun, beliau sudah berjaya membina syarikat sendiri.Bahkan beliau sudah berjaya membina platform jamumall.com. Khairul nizam menyatakan untuk berjaya bukanlah mudah tetapi atas keinginan yang kuat, kasih sayang yang hebat, suka belajar dan menuntut ilmu, keberanian yang tinggi itulah yang membawanya untuk berada di tahap sekarang.


Agak-agaklah kan kita yang sempurna ni, pada usia 30 tahun, apa yang sudah kita berjaya capai dan mampu banggakan.Emmm,fikir-fikirkan.

Walaupun khairul nizam yang tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya, beliau happy dengan kehidupan beliau kini kerana mampu mampu beli apa sahaja yang dia inginkan, mampu makan mewah, pergi travel,sediakan rumah mewah kepada keluarga, tanggung family dan mampu untuk sedekah setiap hari.



Menurut kata khairul nizam,  beliau menyedari ramai yang ingin berjaya seperti beliau, banyak duit,boleh bahagiakan keluarga mereka tetapi tidak pasti jika mereka semua sekuat dirinya.

Bayangkan jika kita berada ditempat beliau.Semua benda kena harapkan orang. Makan  bersuap, mandi diuruskan, duduk perlu diangkat dan tidur perlu dijaga.Bukan untuk sehari dua, seminggu tetapi untuk bertahun-tahun lamanya.Rasanya mesti kita dah give up tahap maksimun untuk teruskan hidupkan. "orang nampak kita hebat, tetapi orang tidak nampak kesusahan kita di sebaliknya" ujar khairul nizam.




Kita yang sempurna akal fikiran, sempurna fizikal ni seringkali mengeluh dan mengadu kekurangan itu ini kan. Kalau di bandingkan, kita yang sempurna ni sepatutnya 2x double boleh berjaya taw.

Menurut khairul nizam, seandainya dia sempurna boleh berjalan, berlari dan melompat dia pasti akan menggunakannya untuk beri manfaat kepada orang lain. Tetapi tidak dinafikan ada benarnya kata khairul nizam,dia melihat orang malas untuk ubah hidup sendiri, banyak bagi alasan, mudah give up dan paling hampa apabila ramai yang cuba memilih kerja senang untuk tak nak hidup susah dan lebih pilih kehidupan susah tanpa ada kerja yang kuat. Bahkan ada yang sanggup berhenti kerja, menganggur dan sanggup melihat keluarga dan orang sekeliling mereka susah kerana ego.

Khairul Nizam bangkit dan buktikan kehidupan paling terbaik adalah atas dasar bersyukur dengan nikmat Allah bagi dan jangan sia-siakan.


Dia mahu beri manfaat kepada orang lain dan mahu 1 dunia nampak dirinya (dengan hanya 3jari) mampu beri kebahagiaan kepada keluarga dan senyuman pada orang luar.

"KALAU DIA (OKU)  BOLEH BERJAYA, KENAPA KITA YANG SEMPURNA SIFATNYA TIDAK BOLEH BERJAYA "

Dengarkan luahan khairul nizam di FB

Jom follow Khairul Nizam

FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE https://www.facebook.com/Jamumallcom/

IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/

Website https://jamumall.com/



22 ulasan:

  1. Dikurniakan kemampuan hanya 3 jaro Dan akaa.. digunakan sebaiknya sehingga berjaya.. APA lagi alasan Kita utk berusaha?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... Hanya MALAS shja alasan yg kita ada bg mrk yg xnk berusaha...

      Padam
  2. Sangat terharu membaca kisah ini. Kuatnya beliau mengharungi kehidupan dengan hanya 3jari yang berfungsi dan 1 akal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat beliau amat luarbiasa mskipun beliau hya insan biasa2 shj kan... Smgo beliau terus sksess

      Padam
  3. Beliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jadikan beliau idola kita agar kita blh bjya spt beliau juga...

      Padam
  4. Semangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Semangat itulah yg plu kita contohi..

      Padam
  5. Being physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Beliau membuktikan kecacatan fizikal beliau xpernah menghalang beliau untuk bersinar dan berjaya.

      Padam
  6. Terharu dengan semangat beliau untuk berjaya.. Done follow sini juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semangat yang patut ada dlm diri kita semua kn...

      Padam
  7. Sangat terinspirasi dengan semangat beliau yang tak mengalah

    BalasPadam
  8. Cerita dia buat kita terinspirasi..

    BalasPadam
  9. dulu viral pasal adik dia siti yg dpt taja RM500 untuk wedding..nah skrg pasal abang dia yang OKU pulak..mmg hebat dan kagum dengan semangat abang dia..sumber insprasi ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semngat inilah yg perlu kita cungkil kan. Semoga beliau terus berjaya.

      Padam
  10. bangga betul dengan kejayaan dia ni. walaupun serba kekurangan tapi boleh berjaya sampai tahap macam tu sekali. tetiba BBL rasa inspire nak jadi macam ni. hari tu pun BBL pernah jumpa dia time wedding adiknya, siti jamumall. humble je orangnya tak lekang dek senyuman manis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajar dicontohi setiap insan. Beliau yg kurang upaya juga mampu berjaya kenapa kita yg sempurna sifat mencipta alasan demi alasan.

      Padam
  11. Betul tu, OKU pun boleh berjaya, kenapa orang biasa mempunyai banyak alasan dan jugak membawang sana sini yang tidak mendatangkan manfaat kepada diri sendiri dan komuniti. Memang kena bertaubat, pikir betul2 dan bertindak dengan segera. Tiada alasan lagi.

    BalasPadam
  12. Terkesan denagn luahan kata-kata beliau dalam video beliau.. sangat memberi inpirasi buat kita yang sempurna ni.. agar menghargai kelebihan dan kesempurnaan yang kita ada

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...