Rabu, 26 September 2018

3 JENAMA KEGEMARAN SAYA DI LAZADA

Jom semua bersama saya sertai LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST !! Ehh, apa tu? 

Kalau nak tahu LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST merupakan contest yang dianjurkan oleh lazada buat siri ke-2. Siri pertama dahpun tamat sebelum ni.  Jika anda tidak berpeluang untuk sertai siri pertama hari tu, kali ini anda berpeluang untuk sertainya buat siri ke-2. Manalah tahu kan, rezeki anda nak menang ke kan dan bagi setiap blogger yang sertai contest ni, kita layak mendapat voucher rm30.00 dari lazada. Untung kan.. Siapa nak bagi rm30.00 macam tu je. Betul tak??Jadi, apa tunggu lagi jomlah sertai sekarang. 

LAZADA.
Semua sudah biasa dengan nama tu. Tanyalah sesiapa saja, pasti mereka kenal. Jangan tanya budak-budak pula, kang ternangga depa nk menjawab pula hahaha.. Saya suka berbelanja di lazada ni. Nak tahu kenapa.??Banyak sebabnya antaranya saya sudah tidak perlu ke kedai ataupun mall untuk beli sesuatu barang sebabnya saya boleh membeli secara online dalam lazada ni. Semua keperluan saya seisi keluarga ada. Dari barangan kecantikan, barangan anak, barangan dapur semuanya cukup lengkap dalam lazada. Selain itu servis penghantaran memang cepat, puas hati, terbaik dan selamat. Ehhh selamat ke?? Mestilah selamat sebabnya mereka  yang menerima barang itu adalah seperti yang tertera di atas kertas. Bukan main bagi sesiapa sahaja..

3 JENAMA KEGEMARAN SAYA DI LAZADA. 
Kalau di fikirkan balik, banyak jenama yang saya suka dalam lazada ni. Setiap jenama ada kelebihan buat kami, banyak pilihan dan memang rambang matalah hendak memilih antara semua tu.  Tetapi dalam banyak-banyak, 3jenama ni memang saya sukai sebabnya memang saya seisi keluarga menggunakannya setiap hari, setiap saat. 

(I)VIVO

jenama telepon pintarku, Vivo Y31!.. Sekarang ni Y31 sudah tidak di keluarkan dah.  Dan keluaran terbaru jenama ini sudah pun keluar.  Telepon pintar ni memang terbaik sangat. Ia sangat memudahkan urusan harianku kerana tidak pernah buat masalah kepadaku meskipun sudah banyak kali masuk acara terjun hehe #terjatuhda . Memorinya pun besar tau.  Kalau nak tahu dalam telefon ini ada banyak koleksi upin ipin, didi and friends, lagu mp3, kartun lain anakku tetapi setakat ni belum pernah telefon ni buat hal lagilah. 

(II) DRYPERS

Jenama ni memang saya guna tiap hari. Jenama pakai buang anakku. Dahulu saya pernah guna jenama ***** tetapi kerana habis stok, saya bertukar ke drypers. Wah, memang terbaik dn memang tak menyesal tukar pampers jenama ni. Jenama ni memang sangat selesa, jimat dan harga pun murah. Anakku pun tidak meragam bila dipakaikan pampers jenama ni..Kepada yang mana ingin membeli lampin pakai buang, saya syorkan jenama drypers. Memang puas hati. 

(III) NESTLE

Ini juga Jenama pilihan saya untuk seisi keluarga. Ini kerana jenama ini mempunyai banyak pilihan dan produk antaranya milo, nescafe, susu omega plus, susu every day, nestum, maggi kari, maggi tomyam, maggi ayam dan banyak lagi. Selain pelbagai pilihan, harganya amat berpatutan dan produk ni merupakan kesukaan kami sekeluarga. Anak saya amat menyukai milo, nenek menyukai susu nestle omega plus, saya dan en suami menyukai nescafe, maggi kari.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Ayuh semua kita serbu lazada pada 27 september 2018 ni sempena Shopathon Sale (https://www.lazada.com.my/super-shopathon-sale/) Satu hari lazada akan buat sale harga murah gila-gila..hehehe.. Jangan jadi gila betul-betul pulak hahahaa


Detik terus bergerak tu. Jadi jangan lepaskan peluang ini taw... 

Enjoy your shopping. 


3 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...