Bismillahirahmanirahim...
Puasa hari ni memang menguji kesabaranku..mana tidaknya,dengan rasa penat,lengguh kaki,pening kepala,dan dahaga air (nama lagi puasa kan hehehe) ada belaka...
Subhanallah..Alhamdulillah..
Dalam kepenatan dan pening kepala,saya sempat buat KUIH LAPIS dan jadikan sebagai satu menu berbuka..first time buat kuih lapis..tak tahu rasa macam mana..jadi ke tidak tak taw ler...hehehee
...KUIH LAPIS HASIL AIR TANGANKU..
Setelah bunyi azan maghrib di masjid, saya pun merasa lah kuih lapis ni...
Setelah bunyi azan maghrib di masjid, saya pun merasa lah kuih lapis ni...
Meskipun tidak lah secantik mana,tetapi rasanya memang sedap, lembut dan memang puas hati.
Next time boleh buat lor..memang tidak membazir dan saya betul-betul gembira :-) kerana saya berjaya buat kuih lapis...
Di sini saya sertakan sekali resepi kuih lapis..manalah taw kalau² ada yang ingin membuatnya.
RESEPI KUIH LAPIS
Bahan-bahannya :-
• 2 cawan tepung gandum
• 4 cawan santan
• 1 cawan gula
• sedikit garam
• pewarna merah
• 1 sudu besar minyak masak
Cara-caranya :-
• kisar semua bahan tersebut kecuali pewarna.
• bahagi 2 bahagian & warnakan
i - warna merah
ii - warna asli.
• tuang 3 senduk warna asli dalam loyang dan kukus
• masukkan pula 3 senduk warna merah & kukus lagi
• ulang sampai siap dan habis
• tunggu sehingga sejuk baru di potong.
PESANAN !!!
** Setiap lapisan kukus selama 5 minit
** Lapisan terakhir kukus selama 20 minit
Akhirnya, siap...hehehe
Senangkan nak buat KUIH LAPIS ni.
Selamat mencuba semuanya.
sedapnya..nak2 kalau ia sejuk..
BalasPadam