Ahad, 15 Mei 2022

MUHAMMAD YAHYA ANAK SYURGA KU 💞

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul . Mungkin perumpamaan ini sangat sesuai bagiku yang baru kehilangan anak syurgaku pada malam raya 02 mei 2022 jam 1.45pagi yang lalu.

17 April 2022 yang lalu pada pukul 7.35pagi aku selamat melahirkan seorang anak lelaki yang di beri nama Muhammad Yahya yang bermaksud

Muhammad : yang terpuji , di rahmati

YAHYA : Nama nabi yang hidup  

Hanya bertahan 15 hari di NICU sebelum anakku kembali menemui penciptaNYA . 

Meskipun sedih dengan ujian ini , aku redha dengan ketentuan Allah ini . Aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku .

Mohon doakan aku kuat lawan rindu yang tiada penghujungnya buat anakku dan doakan aku tenang dan sihat2 selalu . 

Buat anakku di sana , gembiralah sayang mama di syurga Allah bersama teman-teman . Tiada lagi kesakitan yang perlu anak mama tanggung dan rasai . Mama sayang anak mama Muhammad Yahya seperti mama sayang anak-anak mama yang lain selamanya . 

BUAH TERE aka GAJUS

Alhamdulillah , berbuah lagi buah gajus aka tere orang kelantan panggil . Ini kali ke 2 pokok ni berbuah . Kali pertama pada 10 Mei 2021 (tahun lepas) . 

Meriah sungguh buah gajus ni berbuah meskipun hanya ada beberapa dahan sahaja. 

Lihatlah buahnya yang tengah masak tu . Kalau tak terus di petik , rugi nanti buahnya gugur ke bumi ☺️☺️


Wah , sekali petik satu plastik dapat buah . Ni nak bagi kat mak saudara sebelah rumah je . 


Kami kat rumah tak makan pun . Aku dalam pantang bersalin . Mak pulak tak berapa sihat , pantang sikit ler . Anak-anak memang tak makan pun . Anak lelaki aku siap cakap BUSUK . Hehe, budak bukan suka pun bau buah ni . 



Rabu, 16 Mac 2022

POSITIF COVID

Allah uji tanda sayang . Hanya itu yang aku boleh ungkapkan . 

Siapa yang tak terkejut kan bila taw2 POSITIF COVID 19 kan . Lebih2 lagi aku yang sekarang tengah sarat mengandung 32week .

Jujur aku cakap , pertama kali dapat mesej You are POSITIVE COV19 My Sejahtera memang blur je rasa . Tak percaya tapi itulah hakikatnya . Macam2 bermain dalam fikiran aku , fikirkan anak-anak , diri sendiri , baby dalam kandungan dan family yang tinggal serumah lagi . Mana tak fikirkan bila diri sendiri pun dah risiko tinggi dengan penyakit kencing manis semasa mengandung , ada sejarah asma , obesiti lagi . Adoiiii , stress jugak tapi taklah over .. biasa2 aje githu . Tapi alhamdulillah , aku atasi bila saling berbalas whatsapp dengan beberapa orang teman yang kebetulan pregnant jugak . Boleh berbalas wssp dan kongsi tips , cerita sepanjang kuarantin memang dapat mengurangkan tekanan dan hilangkan stress taw . Alhamdulillah sangat aku tidak merasa keseorangan . 

Sebenarnya ini kali ke 3 aku swab dan ini kali pertama aku di sahkan positif . 

Yang pertama aku pergi swab semasa awal2 trismeter pregnant . Penangan sakit gigi tidak boleh bawak bincang langsung sehinggakan aku demam di buatnya . Misi klinik kesihatan telepon untuk datang temujanji BSP tapi aku bgtaw ak demam jadi terpaksa lah buat swab mggu depannya . Takut kalau2 aku demam sebab +COV . Dalam rela terpaksa aku pun terketar-ketar jalani swab . Siapa tak takut wei , tetiba kebas demam kena buat swab . Alhamdulillah , results aku NEGATIF . 


Yang kedua kali aku swab di klinik berbayar Primer Cherang . Yang ni aku angkut semua anak-anak aku . Aku mulanya ke klinik kesihatan ada temujanji checkup kandungan tapi sebab kerana My Sejahtera aku dapat mesej Close Contact , aku xboleh masuk klinik . Masa ni aku pregnant dah trismeter ke3 . Risau kalau2 aku terpositif aku swab semua anak2 aku sekali . Risau lah jugak kan bila ada kes positif di kawasan kediaman rumah kan . Rumah mak saudara aku , depan dan sebelah rumah yang positif tu . Rumah kampung , rumah dekat-dekat semuanya . Aku ambil PCR dan ank2


aku buat RTK je . Alhamdulillah keputusan kami semuanya NEGATIF . anak laki aku nangis sebab jolok hidung . Sakit kot . Anak perempuan aku pulak stady je .






Dan kali ke tiga adalah aku swab di klinik kesihatan kerajaan je . Sebab aku bergejala dan pregnant , aku tawakal je . Kali ni memang rasa sakit swab jolok hidung . Perit je dia jolok . Tapi still boleh tahan la . Aku start demam ary jumaat , Demam sampai sampai ketar badan . Sakit urat tak payah cakap la . Memang terasa sampai ke sendi weiii . Lengguh sangat . Tapi demam kejap je , sabtu tu dah rasa ok . Isnin tu aku ke klinik untuk buat swab sebab aku ada temujanji pakar sebenarnya . Masa ni aku dah start ada batuk sikit-sikit . Tapi tak lah batuk yang melarat . Batuk kejap-kejap je . Dah swab , aku ke kaunter ubat . Ambil ubat demam dan selsema . Minta ubat batuk tapi kerana mengandung , ubat batuk xdapat ler . Settle semua , aku pun balik lah rumah . Dah sampai rumah , siap mandi dan nak makan nasi , tetiba dapat mesej yang menyatakan aku +COV . Adoiiii , terasa macam terhempap benda di kepala . Biar betul ? Takkan lah kot ? Macam2 dah bermain-main dalam fikiran ni .



Alhamdulillah , sekarang aku dah habis kuarantin di rumah . Alhamdulillah jugak sebab kesihatan aku , family ok . Allah masih jaga kami sekeluarga . Allah kan sifatnya penyayang . Dia xtakkan uji hambaNya melebihi kemampuan hambaNya kan . Melalui ujian ni jugak aku taw betapa berharganya kesihatan yang sihat . Bila kuarantin , tidak jumpa sesiapa , kita akan taw betapa bernilainya ikatan keluarga dan senyuman anak2 terutamanya . Senyuman dan gelak tawa mereka , karenah mereka memang tiada nilai ganti .

Kadang2 memang memenatkan , merimaskan melayan perangai mereka yang memeningkan kepala , tapi yang itulah kita rindukan bila anak2 dewasa kelak . Tiada lagi suara bising , riuh rendah , gurau senda mereka .. masa kecil mereka bergurau senda sesama mereka . Bila dewasa mereka pasti pastinya sudah malu dan tak mahu lagi begitu .

Alhamdulillah , aku masih berpeluang untuk rasai dan syukuri nikmat ni . Terima kasih sudi baca bebelan aku ni . 
Aku doakan yang sedang kuarantin , semoga kuat dan berjaya hadapi ujian ini . Allah uji tanda sayang . Insyaallah , korang mampu hadapinya 🥰🥰


Jumaat, 25 Februari 2022

JEPUT aka CEKODOK JAGUNG STAIL AKU

Semalam terhasillah cekodok jagung ataupun nama lainnya jeput jagung versi aku sendiri . Sebenarnya semalam kami sekeluarga tak tahu nak makan apa . Tanya anak-anak diorang nak makan apa ? Tak di jawabnya . Tanya nak nasi tak ? Jawab mereka TAK NAK . Adoi , itulah sebenarnya antara di lema ibu-ibu bila nak sediakan makanan buat keluarganya . Tidak tahu makanan apa nak di sediakan buat keluarga . Bukan tak pandai masak taw tapi diorang yag memilih makanan ( tak nak mengaku tak pandai masak sebenarnya hehehe ) .

Bila asyik melilau je kat dapur dan mulut nak mengunyah maka terhasillah cekodok jagung . Senang dan cepat je nak sediakan menu ni . Bahan pulak memang dah sedia ada kat rumah . Spare awal-awal bahannya takut kalau jadi macam ni ler . Tak payah kalut , masa ni nak masak , dan masa ni jugalah nak ke kedai cari bahan kan . Tambah pulak sekarang ni cov19 makin naik kan . Risau nak keluar lebih-lebih lagi apabila preggy dan ada anak kecil , warga emas dekat rumah kan . 

Ini bahan wajib ada taw . Tak ada yang ni , tak jadilah cekodok jagung hehehe . Aku guna jagung tin KARNEL JAGUNG MANIS ADABI je . Tekstur jagungnya yang berbiji-biji memang kesukaan aku sekeluarga . Lebih-lebih lagi anak lelaki aku yang suka kutip jagung tu . Kalau korang nak tahu , ADABI ada jugak yang jenis krim . Tin pun sama je bezanya tulisan dan gambar di tin . Aku memang tak minat sangat yang macam krim ni . Kalau buat puding ok ler JAGUNG MANIS ALA KRIM ni .


Tepung gandum pulak aku pakai cap CEMPAKA je . Kalau ada jenama lain pun aku guna je . Janji gandum kan . Tak ada gandum macam mana nak jadi cekodok kan .


Dua bahan ni aku satukan dalam mangkuk . Lepas tu gaul rata sambil masukkan air sedikit demi sedikit sehingga terhasillah adunan seperti di atas ni . Air ni kena pandai masukkan taw , terbanyak kan cair , tersikit kan keras kong dapat main campak2 pulak hehe.


Dah settle bahan , kita goreng pulak . Panaskan minyak sehingga betul-betul panas dan lepas tu mulah goreng . 

Aku guna sudu je untuk cebuk masuk ke dalam kuali . Senang dan cepatkan kerja aku . Goreng sehingga habis adunan taw .


Tengoklah betapa meriahnya dalam kuali tu . Nak saiz kecil , ambillah sudu kecil , kalau aku guna je sudu makan , 2 kali je goreng dah habis adunan aku tadi hehe .


Inilah hasilnya . Jeng jeng jeng .

Tengok gaya anak lelaki aku makan . Memang selera sangat tu .

Ini bahan tambahan aku , sos pencicah . Aku tak minat sangat sos tomato atau sos cili . Aku suka sos pencicah sebab rasa pedas dan manis sikit . Anak-anak pun cuba sekali tapi kena sediakan air masak la . Pedas katanya ..

Senang dan cepat kan menu aku ni kan . Kalau korang pun dah tak ada idea nak masak apa , boleh ler cuba masak cekodok jagung ni . Confirm seisi keluarga sukakannya . Silap haribulan , diorang akan minta buat lagi ☺️☺️


Khamis, 24 Februari 2022

DIDIKAN AZIZAN OSMAN BUAT DATUK K BUKA MULUT

Datuk Wira Dr Azizan Osman cukup terkenal dalam kalangan usahawan, beliau dikatakan selalu buat seminar pada zaman dulu. Sekarang pula, bukan setakat seminar, tapi kelas bimbingan, program, aktiviti usahawan, aktiviti kebajikan dan pelbagai lagi inisiatif untuk bantu usahawan.

Tahukah anda, RichWorks International Sdn Bhd yang merupakan syarikat diasaskan oleh Azizan Osman ini telah berjaya lahirkan ramai usahawan jutawan. Ini bukan cakap kosong, tetapi banyak buktinya. Kalau google pun banyak kita kenali siapa usahawan jutawan Richworks ni.

Malam semalam, heboh dalam Instagram Asyraf Khalid, satu video yang dikongsikan ke dalam Instagramnya telah mendapat tontonan seramai 15,000 penonton dalam masa beberapa jam sahaja.


VIDEO PENGHARGAAN DATUK K KEPADA AZIZAN OSMAN


Kenapa Datuk K berucap untuk Azizan Osman? Bukan saja berucap, sebenarnya Datuk K telah menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman ke rumahnya untuk makan malam sempena dengan Sambutan Hari Jadinya sendiri. Turut dihadiri adalah ahli keluarga Datuk K termasuk isterinya, penyanyi No 1 Negara Datuk Siti Nurhaliza.

Sebenarnya, jemputan Datuk Wira ini adalah untuk menghargai apa yang telah dilakukannya. Datuk Wira Dr Azizan Osman banyak membantu anak Datuk K, Asyraf Khalid dalam perniagaan, dari mula perniagaan itu sehinggalah berjaya mencapai jualan jutaan ringgit. 

Datuk K juga amat berterima kasih kepada Datuk Wira kerana bukan perniagaan sahaja, tetapi anaknya telah berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Jika dahulu, beliau tidak dikatakan seorang yang berjaya dan selalu mengecewakan ayahnya, tetapi kini tidak lagi.



Jom tonton Video di bawah:



PERUBAHAN ASYRAF KHALID ASBAB AZIZAN OSMAN ?

Asyraf kini sudah bekerjaya dalam perniagaannya yang diusahakan bersama isterinya Tya Ariffin. 

Datuk K yang menyedari perkara ini telah merakamkan penghargaan buat Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Beliau sangat gembira melihat perubahan anaknya dalam kehidupan dan perniagaan. Dalam masa 3 tahun, kehidupan Asyraf bertambah baik malah dapat beri manfaat kepada orang lain juga.

Dalam pada itu, Asyraf juga menyatakan bahawa Big Why selama ini adalah untuk membuatkan Datuk K berbangga dengannya. Alhamdulillah akhirnya Datuk K sendiri meluahkan yang beliau sangat berbangga dengan anaknya.

Jika dahulu, beliau sering susahkan bapanya, buat bapa rasa kecewa. Tapi beliau gembira dan bersyukur apabila di hadapan mentornya, bapanya telah merakamkan penghargaan.

Mentor Azizan Osman adalah Asbab kejayaan Asyraf. Ujar beliau,

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik.”

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini." 


ASHRAF AKUI AZIZAN OSMAN MENTOR TERBAIK 

Usahawan jutawan jenama Mutyara ini membuat pengakuan bahawa Azizan Osman adalah mentor terbaik buat dirinya. Azizan Osman berjaya membawa mereka mencapai jutaan ringgit dalam tempoh 3 tahun berniaga, malah dari segi kepimpinan diri dan manusia serta perhubungan manusia sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT juga diajar dengan lebih lagi.

Mentor bukan untuk kita berjaya dalam perniagaan sahaja, tetapi untuk seluruh kehidupan. Begitulah kehidupan bagi seorang Titan RichWorks yang merupakan anak didik Datuk Wira Dr Azizan Osman. 

Maka tidak hairanlah kenapa Datuk K buka mulut tentang didikan Azizan Osman terhadap anaknya dan semua titan. Bagi semua Titan Richworks juga, meskipun telah berjaya dalam tahap jualan berjuta-juta, mereka sesama lain tidak lokek berkongsi ilmu dan belajar akan perkara yang betul yang masing-masing lakukan. 

Sungguh RichWorks memberi nilai yang sangat hebat buat semua usawahan mereka, apatah lagi yang berada dalam Titan RichWorks.


PENGHARGAAN DAN HARAPAN DATUK K TERHADAP AZIZAN OSMAN


Perasan atau tidak, dalam ucapan Datuk K berterima kasih kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman, Datuk K turut mencemburui dan kagum akan kebolehan yang dimiliki oleh Datuk Wira kerana telah melahirkan ramai usahawan jutawan. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

Dalam masa yang sama, Datuk K kagum dengan apa yang dilakukan dan dibimbing oleh Datuk Wira. Anaknya yang berada di bawah bimbingan Datuk Wira sebagai Titan Richworks adalah salah satu contoh hasil didikan Azizan Osman yang buat Datuk K benar-benar kagum.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan.” 

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan.”


Datuk K juga memberi harapan buat kita semua dan usahawan di luar sana untuk terus belajar dan ikut mereka yang sudah berjaya. Dengan bimbingan yang telah berjaya, kita juga takkan buang masa lagi untuk cuba buat itu ini yang belum tentu kita berjaya dalam bisnes. 

Khas buat para usahawan semua, anda boleh ke www.richworks.com untuk melihat usahawan jutawan yang telah dilahirkan RichWorks dan juga program mentoring yang dianjurkan oleh RichWorks. 


#kejayaanAsyrafKhalid

#datukkhalid

#keluargactnurhaliza

#anakdidikazizanosman

#richworkslahirkanjutawan

#titanrichworks

#mentorusahawan

#BitersXRichworks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...