Selasa, 26 November 2019

RESEPI APAM PAKADOT




Apam pakadot ni memang gebu dan sedap..xterlalu manis sebab dah kurangkan timbangan gula..

Ni resepi apam pakadot gebu..siapa yang terasa nak buat,boleh lah cuba..
Resepi sangat ringkas dan sangat2 senang.

RESEPI APAM PAKADOT

Bahan2:-
• 3 biji telur
• 2 1/2 cawan tepung gandum
• 1 sudu serbuk penaik
• 150ml susu segar
• 2 cawan gula halus
• 1 sudu kecil ovelate
• 1 sudu esen vanilla
• jem (nenas @ apa2 ikut citarasa)
• pewarna 
• mangkuk kertas

Cara2nya:-
• pukul telur + gula hingga kembang
• masukkan ovelate , pukul lagi 
• masukkan tepung + serbuk penaik + esen vanilla dan susu segar...pukul hgga kembang selama 6-8minit
• bahagi adunan kpd beberapa bahagian dan titiskan pewarna
• masukkan setiap warna dalam piping bag & picitkan adunan dlm mangkuk kertas (separuh shj)
• letakkan sedikit jem.picitkan lagi adunan sehingga 3/4 penuh
• kemudian dot2 kan dengan warna pilihan
• kukus selama 10-15 minit dgn api sederhana.

PESANAN:-
i - letakkan papercup dalam acuan supaya tidak lembik
ii - guna api sederhana utk mengelakkan apam ini jadi merekah @ mekar
iii - balut tudung kukusan supaya air wap tidak menitis jatuh ke atas apam

Apam pakadot ni memang gebu dan sedap..tidak terlalu manis sebab dah kurangkan timbangan gula..

Itulah sahaja mengenai apam pakadot
Siapa2 yang teringin nk buat,silalah ya.yang pasti ini adalah resepi yang sangat mudah dan senang untuk buat..
Hasilnya memang tip top...puas hati dan horey...sangat2 teruja bila tengok hasilnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...