Assalamualaikum semua dan selamat malam.
Malam ini,mata tak mengantuk lagi..kebiasaanya di masa begini aku sudah lena bersama-sama anakanda tercintaku.
Tetapi malam ini,mataku masih cerah dan belum mahu lena lagi.
Seharian hari ini,anakandaku tercinta asyik merenggek.Aku buntu akal di buatnya.
Menangis dan menangis.
Padaku barangkali sakit perut (kembung perut),lalu emak aku sapukan di perutnya MINYAK MUSTIKA(BABY).
Tetapi menjelang maghrib dan malam tadi,anakandaku masih merenggek.Aku dodoikan dan tidurkan ia.
Alhamdulillah,anakandaku lena tidur.
Aku yang beranak anak sulung masih banyak yang perlu aku ketahui dan fahami.
Aku cuma berharap anakandaku itu sihat dan bebas dari penyakit..Aamin
Kepada warga BLOGGER yang tahu petua hilangkan kembung perut anak,elakkan anak menangis,dan lain-lain bolehlah kongsikan dengan saya.
Mungkin dengan petua tersebut,boleh saya guna pakai nanti.
IN SHA ALLAH.
TERIMA KASIH SEMUA
SELAMAT MALAM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan