Pagi yang sepi ini, kampungku di beritakan pemergiaan bapa saudaraku ke rahmatullah..
Mohd sidik bt sapiah, setelah hampir beberapa bulan xdapat bergerak, sakit dan menjalani pembedahan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainah II Kota Bharu lebih kurang pukul 12.15pagi sebentar tadi.
Meskipun sedih dan terasa kehilangan,kami semua pasrah dan redha.mungkin ada hikmat semua yang terjadi..saya percaya DIA lebih menyayangi dan mengasihi makhlukNYA.
Ramadan yang kini tidak sampai sebulan,terasa sayu pulak..tambahan pula,saya bakal menyambut cahaya mata pertama bulan 9 ini merasa seperti ada kekosongan kerana majlis kesyukuran nanti bakal di adakan selepas raya puasa sepi tanpa iman yang selalu mengetuai sesuatu acara.
YA ALLAH..KAU ampunilah dosa2 pak cik ku..KAU tempatkanlah arwah di kalangan orang2 beriman dan semoga arwah dapat berehat dengan tenang di alam sana...aamin.
aamiin
BalasPadam