Jumaat, 19 Jun 2015

ONDE-ONDE PEMBUKA SELERA

Alhamdulillah...
selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna walaupun terasa keletihan dan kepenatan pada last2  minit sebelum berbuka.

Hari ini berbuka tidak lah ada yang special kecuali onde-onde gula melaka buatan sendiri.Hendak beli terasa mahal pulak hehee tambah pulak nak masuk pasar ramadhan mesti penuh sesak kan.. 

Onde-onde gula melaka bukanlah payah mana nak buat..jadi keputusannya buat sendiri di rumah dan boleh agih2kan utk sanak saudara sekali..

Inilah rupa onde-onde gula melaka ku.
ONDE-ONDE GULA MELAKA


di sini saya sertakan RESEPI ONDE-ONDE GULA MELAKA 
manalah taw tetiba terliur nak buat kan...hehehe


onDE-ONdE ( KuiH guLa mELaKa)
------------------------------------------------------------
BAHAN2:-
  • 3CAWAN TEPUNG BERAS PULUT
  •   1 CAWAN AIR
  • SECUBIT GARAM
  •   PEWARNA HIJAU
  • GULA MELAKA / NISSAN DI POTONG DADU
  • KELAPA PARUT YG DI GAUL SEDIKIT GARAM + GULA
.
.
CARA2:-
  •  TEPUNG + GARAM + AIR ( ULI SEBATI DAN SAMPAI TIDAK
MELEKAT PADA JARI )
  •   MASUKKAN PEWARNA
  •   DIDIHKAN AIR DALAM PERIUK
  •   GONTELKAN ADUNAN DAN LETAKKAN GULA MELAKA DI TENGAH2NYA & GONTEL SEMULA SEHINGGA ADUNAN MENUTUP SELURUH GULA MELAKA
  •   MASUKKAN ADUNAN YG TELAH DI BENTUKKAN KE DALAM AIR DIDIH DAN REBUS SEHINGGA ADUNAN TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR SELAMA 5 MINIT.
  •   ANGKAT ADUNAN YG TELAH MASAK DAN GELAKKAN ADUNAN KE DALAM KELAPA PARUT
  •   SIAP UNTUK DI HIDANGKAN
--------------------------------------------------------------- 

PESANAN !!!
.
i - JANGAN GONTEL ADUNAN TERLALU NIPIS, NANTI ADUNAN SENANG PECAH @ BOCOR GULA MELAKA DI DALAMNYA.
ii - SELEPAS MENGONTEL, TERUS DI LETAKKAN KE DALAM AIR DIDIH SUPAYA BENTUKKNYA CANTIK.


  ---------------------------------------------------------------

selamat mencuba semua...

1 ulasan:

Ayu Zan berkata...

masuk wishlist resepi ramadhan saya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...