Sabtu, 9 Mei 2015

TAHNIAH FAHRIN AHMAD DAN PASANGAN

Akhirnya siapakah wanita bertuah yang berjaya mencuri hati pelakon popular,fahrin ahmad terjawab apabila mereka selamat dinikahkan dengan sekali lafaz..

Elina Hani Elias 37 tahun yang berkerja sebagai Ketua Pramugari Emirate Airlines sah bergelar isteri kepada Fahrin Ahmad 36,dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tanpa hantaran dalam satu majlis perkahwinan yang berlangsung secara sederhana di Pusat Konvensyen Sime Darby yang di hadiri 200 tetamu termasuk keluarga,teman rapat dan wakil media..

SELAMAT PENGANTIN BARU, semga kekal ke akhir hayat 

Kuala Lumpur: Persoalan siapakah wanita pilihan Fahrin Ahmad akhirnya terjawab apabila aktor popular itu memilih Elena Hani Eleas sebagai isteri.
Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Shahriman Ali Pitchay dengan mas kahwin RM80 dan tanpa hantaran.
Fahrin, 36, memilih Elena, 37, bujang yang juga Ketua Pramugari Emirates Airline.
Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana di Pusat Konvensyen Sime Darby Mont Kiara, di sini, pagi ini dan dihadiri 200 tetamu berupa ahli keluarga, teman rapat dan wakil media.
Pasangan mempelai hanya menyediakan sebentuk cincin untuk pasangan masing-masing.
Sebelum ini desas desus mengenai siapakah wanita bakal dinikahi Fahrin hangat diperkatakan sebaik aktor itu mengadakan majlis pengumuman mengenai majlis pernikahan bakal diadakan awal minggu ini.
Ramai mengaitkan wanita pilihan Fahrin adalah dramatis Izreen Azminda, namun kedua-dua pihak menafikannya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49738#sthash.9X3wV74i.dpuf

1 ulasan:

Ct Noraishah berkata...

selamat pengantin baru fahrin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...