Rabu, 18 Julai 2018

UPT OH UPT

UPT?
Ooo,  upt...
Kejap-kejap,
Eh apa benda tu upt?
Siapa boleh guna?
Macam mana guna?
Beli kat mana?
Berapa harganya?
Bla...bla... Bla...

😇😇😇😇
Hai hai hai semua.
Pening tetiba kalau soalan bertubi-tubi datang..
Meh dekat sikit, nak cerita kat you all semua apa tu upt....





Kalau you all nak tahu, inilah antara contoh upt. 
Gambar yang bawah sekali adalah testimoni custemor yang double line(mengandung).

Upt adalah salah satu alat untuk menguji seseorang itu hamil ataupun tidak.. BUKAN UNTUK UJI SUBUR TAHU.. yang untuk uji subur itu memang ada tapi bukan yang ini tahu.. Kan tidak pasal-pasal blog aku ni diserang sebab salah faham.. 

Dengan upt ni, seseorang akan dapat tahu dia mengandung atau tidak dengan cepat. (result@keputusan akan dapat dilihat dalam beberapa minit sahaja) .Jadi hati-hati ya bila nak menipu bab mengandung ataupun dipanggil juga berbadan dua ni.

Upt ni senang sangat di gunakan. Hanya mencelup sedikit strip ke urine dan lihatlah keputusannya.

Upt boleh didapati di seluruh farmasi, watsons, 7E dan ada sesetengah pasaraya menjual upt dan upt dijual mengikut harga tertentu mengikut jenis upt.Ada yang murah dan ada yang mahal.. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...