Rabu, 26 September 2018

3 JENAMA KEGEMARAN SAYA DI LAZADA

Jom semua bersama saya sertai LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST !! Ehh, apa tu? 

Kalau nak tahu LAZADA SHOPATHON BLOGGER CONTEST merupakan contest yang dianjurkan oleh lazada buat siri ke-2. Siri pertama dahpun tamat sebelum ni.  Jika anda tidak berpeluang untuk sertai siri pertama hari tu, kali ini anda berpeluang untuk sertainya buat siri ke-2. Manalah tahu kan, rezeki anda nak menang ke kan dan bagi setiap blogger yang sertai contest ni, kita layak mendapat voucher rm30.00 dari lazada. Untung kan.. Siapa nak bagi rm30.00 macam tu je. Betul tak??Jadi, apa tunggu lagi jomlah sertai sekarang. 

LAZADA.
Semua sudah biasa dengan nama tu. Tanyalah sesiapa saja, pasti mereka kenal. Jangan tanya budak-budak pula, kang ternangga depa nk menjawab pula hahaha.. Saya suka berbelanja di lazada ni. Nak tahu kenapa.??Banyak sebabnya antaranya saya sudah tidak perlu ke kedai ataupun mall untuk beli sesuatu barang sebabnya saya boleh membeli secara online dalam lazada ni. Semua keperluan saya seisi keluarga ada. Dari barangan kecantikan, barangan anak, barangan dapur semuanya cukup lengkap dalam lazada. Selain itu servis penghantaran memang cepat, puas hati, terbaik dan selamat. Ehhh selamat ke?? Mestilah selamat sebabnya mereka  yang menerima barang itu adalah seperti yang tertera di atas kertas. Bukan main bagi sesiapa sahaja..

3 JENAMA KEGEMARAN SAYA DI LAZADA. 
Kalau di fikirkan balik, banyak jenama yang saya suka dalam lazada ni. Setiap jenama ada kelebihan buat kami, banyak pilihan dan memang rambang matalah hendak memilih antara semua tu.  Tetapi dalam banyak-banyak, 3jenama ni memang saya sukai sebabnya memang saya seisi keluarga menggunakannya setiap hari, setiap saat. 

(I)VIVO

jenama telepon pintarku, Vivo Y31!.. Sekarang ni Y31 sudah tidak di keluarkan dah.  Dan keluaran terbaru jenama ini sudah pun keluar.  Telepon pintar ni memang terbaik sangat. Ia sangat memudahkan urusan harianku kerana tidak pernah buat masalah kepadaku meskipun sudah banyak kali masuk acara terjun hehe #terjatuhda . Memorinya pun besar tau.  Kalau nak tahu dalam telefon ini ada banyak koleksi upin ipin, didi and friends, lagu mp3, kartun lain anakku tetapi setakat ni belum pernah telefon ni buat hal lagilah. 

(II) DRYPERS

Jenama ni memang saya guna tiap hari. Jenama pakai buang anakku. Dahulu saya pernah guna jenama ***** tetapi kerana habis stok, saya bertukar ke drypers. Wah, memang terbaik dn memang tak menyesal tukar pampers jenama ni. Jenama ni memang sangat selesa, jimat dan harga pun murah. Anakku pun tidak meragam bila dipakaikan pampers jenama ni..Kepada yang mana ingin membeli lampin pakai buang, saya syorkan jenama drypers. Memang puas hati. 

(III) NESTLE

Ini juga Jenama pilihan saya untuk seisi keluarga. Ini kerana jenama ini mempunyai banyak pilihan dan produk antaranya milo, nescafe, susu omega plus, susu every day, nestum, maggi kari, maggi tomyam, maggi ayam dan banyak lagi. Selain pelbagai pilihan, harganya amat berpatutan dan produk ni merupakan kesukaan kami sekeluarga. Anak saya amat menyukai milo, nenek menyukai susu nestle omega plus, saya dan en suami menyukai nescafe, maggi kari.

Oh ya, sebelum saya terlupa. Ayuh semua kita serbu lazada pada 27 september 2018 ni sempena Shopathon Sale (https://www.lazada.com.my/super-shopathon-sale/) Satu hari lazada akan buat sale harga murah gila-gila..hehehe.. Jangan jadi gila betul-betul pulak hahahaa


Detik terus bergerak tu. Jadi jangan lepaskan peluang ini taw... 

Enjoy your shopping. 


Khamis, 20 September 2018

Penyangkut baju

PENYANGKUT BAJU WARNA HITAM
alhamdulillah.. Sampai dengan selamat dan cantik pula tengok warna hitam yang menyerlah tu.
Order dalam SHOPEE dan hantar terus ke penang. Terbaiklah, shopee dan poslaju. Buat kerja memang tiptop.. Cepat dan barang samai tepat kepada penerimanya.
Tengok tu, sampai je terus pasang dan sangkut  barang hehehe.. Masa kita order tempoh hari untuk diri sendiri, hanya tinggal warna pink dan biru.tetapi rezeki my sis dapat warna hitam. Mungkin stok banyak sampai kan.. So, siapa nak beli tu jom ler...klik SHOPEE dan pilih apa jua barang yang nak ok... Semua barang ada di situ,harapnya jangan rambang mata sudah ler.

#shopeelagi
#penyangkutbaju
#warnahitampunya
#cantik
#murah
#kualititiptop


Meja kedaiku

Alhamdulillah
Siap pasang dah meja ni. Ish, rumit juga nak pasang meja ni. 2,3kali buka sebab salah pasang. Tapi akhirnya siap juga pasang.. Itupun dengan bantuan insan-insan sekeliling.hehe,terima kasih ya.

Meja ni beli dalam LAZADA jer. Nak beli dalam Shopee tapi tak jumpa yang berkenan di hati.

Meja untuk di letak dalam mini market je. Masih tak ada meja di kedai kecilku. Untuk aku nak letak alat penimbang dan alat-alat keperluan kedaiku. Harapnya dengan adanya meja ni, kedai kecilku akan makin berkembang. In sha allah.. Aamiin.

#meja
#mejakedaiku
#online
#lazada
#murah
#cantik


Rabu, 19 September 2018

KOLAM MANDI

Horey....
Tersenyum lebar kakak hari ni. Mana tak nya kan, bila KOLAM MANDI kakak dah sampai.
Tadi punya citer, poslaju datang je kakak dah menyibuk nak tengok.. Tak sabar nak barang dia lah katakan..

Mula-mula poslaju datang, barang mama yang sampai. Kali ke dua pos datang baru sampai barang kakak.Suka sangat dapat kolam tu. Sampai dua kali masuk dan berangan mandi dalam kolam mandi tu.Esok kakak mandi dalam kolm mandi tu ya. Hari ni mama sibuk sangat. Tak sempat nak masuk angin dalm kolam tadi.. Lepas maghrib tadi baru mama masukkan angin dalam kolam mandi kakak.

Kolam mandi ni muat 2orang(sesuai la untuk kakak dan naufal) Nak tunggu naufal dan baby nazril balik lambat lagi, jadi esok kakak rasmi dulu ya hehehe. Nanti naufal balik, boleh ler mandi sekali dalam kolam ni dengan kakak.

#kolammandi
#birujepinksoldout
#kakakpunya
#beliuntukkakak
#semogaceriaselalu
#shopeeonline
#jombeli




Ahad, 16 September 2018

PENYANGKUT PINK

Wow... Wow... Wow...
Sampai dah penyangkut ku.
Cantik tak?? Pink gitu hehe..mula-mula nak warna hitam tapi dah habis. Yang tinggal hanya warna pink dan biru. So, ambil pink je la,cantik dan manis katakan.

Saya beli dalam SHOPEE je. Sambil layan marenah kakak, mata melilau cari barang dalam laman sesawang ni.. Nak beli ni bukan mudah. Dapat harga murah tapi lambat payment, last-last dah SOLD OUT.. Nak beli yang harga rm18.++ tapi semak semula penyangkut ni, tengok-tengok yang ni nasib baik dapat murah lagi, iaitu hanya rm17 je satu set.Rezeki katakan hehe..

So, mana-mana yang nak beli penyangkut tu, belilah sekarang.. Offer lagi buat masa ni dan rasanya ada stok lagi.. Siapa cepat dia dapat kan. So, kalau nak tu, cepat-cepat la. Jangan dah habis baru nak beli... Emmmm

#penyangkutpink
#senangdanmudah
#cantik
#murah


Sabtu, 15 September 2018

MINI KITCHEN

MINI KITCHEN COLOUR PINK
💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕
Alhamdulillah.. Sampai sudah pun set dapur anakku. Kakak request nak warna pink. Kecil-kecil dah minta nak warna pink, tak nak warna lain.

Suka sangat kakak bila dapat set masak ni. Pagi tadi poslaju hantarkan, terus pasang dan main.. Boring main seorang diri, di ajaknya achik, mama dan nenek main sekali. Tapi betul juga, bila main seorang cepat berasa boring. Ada teman bermain, best juga.. Nanti kena tunggu sepupu balik ler.. Naufal dan baby nazril balik nanti boleh ler main puas-puas. Geng sama-sama kecil hehehe.. Dah habis bermain, mesti berselerak set mainan ni nanti..3anak kecil, 3penjuru la mainan ni berselerakan... Hehehe.

Set mini ni beli dalam SHOOPEE..ada diskaun harga. Nak beli direct kat luar (supermarket) memang tak ler.. Bukannya apa, nantikan nak beli satu set, kang terbeli-beli benda lain pula. Kakak kalau dah dia nak, bukan boleh makan pujuk yang lain. Lebih-lebih masa sekarang ni. Banyak nak pakai duit dan duit pula bukannya "ada sangat"..

#kakakpunya
#mamasayangkakak
#kakakhartaduniaakhiratmama
#xpernahxsayang



Sabtu, 1 September 2018

STRAW COKLAT KUACI

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Maaf ler, dah lama xbersiaran. Semenjak jadi mak buyung ni(pregnant), cepat pula terasa penatnya...

Siapa suka makan coklat kuaci viral.nak beli sekilo macam banyak kan. Ok, sekarang dah ada yang packing kecil-kecil taw. Didatangkan dalam straw  je.Harga pun murah je. Hanya rm0.50/pcs(minima 25pcs) .TETAPI kalau ambil 60pcs keatas anda akan dapat harga rm0.30/satu.

Pada yang berminat, boleh lah call@whatsapp saya terus di nombor 0172965049 _siti



Jumaat, 31 Ogos 2018

COKLAT KUACI VIRAL

COKLAT VIRAL
*************
Coklat ni memang sedap.. Memang elok makan sambil menonton televisyen, berkelah ataupun berkumpul dengan keluarga.Nak buat DOORGIFT pun ok taw. Semua orang sukakannya..
Bila dah start makan, memang tak sedar dah nak habis..

Yang berminat untuk merasainya, nak membeli, boleh WHATSAPP saya
di no ---> 0172965049

YG DEKAT KITA COD JER
Area : pengkalan chepa, padang tembak, panji, kota bharu, bachok(pantai baru)

Rm28/sekilo
(tidak termasuk postage)

#viral
#sedap
#lazat
#coklatkesukaanramai
#anakibuayahsekeluargasuka
#pengkalanchepa
#kotabharu
#coddanpostage




MAGGI GORENG

MAGGIE GORENG
.................................
alhamdulillah
Masih menerima order maggie goreng.
Meskipun tidak sesedap chef tetapi tetap sedap dan lazat.
Maggie goreng tak nak sayur, di hiasi telur mata,asam limau dan di taburi bawang goreng.
Rm2 sepinggan

#maggiegoreng
#sedap
#lazat
#rm2sepinggan
#orderlagi
#alhamdulillah
#rezeki
#tqallah
#jomtry
#pastitakmenyesal
#pengkalanchepa

Isnin, 20 Ogos 2018

Sahabatku




Kenangan sewaktu menuntut ilmu di institut Kemahiran Baitumal (IKB) Kuala Lumpur dalam kursus Rekaan Fesyen dan Pembuatan Pakaian  (RFP4)

Terlalu banyak kenangan suka duka, manis dan pahit yang kami ciptakan bersama. Dan sungguhnya kenangan itu amat aku rindui dan ingat sampai ke mati.aku rindukan kalian semua.

2 tahun kami bersama menuntut ilmu dan bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat dan negeri,antaranya Kelantan, terengganu, pahang, perak, negeri sembilan, kuala lumpur, labuan, perlis, johor 

Sahabatku, aku doakan kalian berjaya dan suksess dalam apa jua yang kalian lakukan.. Semoga persahabatan yang terjalin, kekal hingga ke akhir hayat.. Aku rindukan kalian semua..

#sahabatselamanya
#IKB
#Sweetmemory


Jumaat, 27 Julai 2018

Rindu



Rindu?? Satu perasaan yang amat sukar ditafsir dengan kata-kata.

Merindui seseorang yang amat kita sayangi atau kita ingati tidak dapat di luahkan dengan ungkapan.. Apatah lagi merindui seseorang yang kini sudah tiada disisi kerana perpisahan jarak, ataupun kerana telah di jemput ilahi.

Ubat sebuah kerinduan adalah doa dan airmata. Hanya itu yang boleh dilakukan kerana selain itu tiada lagi daya upaya kita.

Rindu...
Rindu...
Rindu...

Aku rindukan dia...
Aku rindukan dia...
Aku rindukan dia...
Aku rindukan dia...
Aku rindukan dia...
Aku rindukan dia...

Ya Allah, jagakan mereka semua untukku.
Ya Allah, jauhkan kesedihan dan kesusahan daripada mereka yang aku sayangi.

Khamis, 19 Julai 2018

JOM JANA PENDAPATAN

Jom semua... Siapa nak join team saya
Harga murah,jimat dan berbaloi2...

NAK SHARE SIKIT...
🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
Tengahari punya cerita. Dari semalam tak dapat nak tengok Astro sebab lewat bayar. Hari ni cuba bayar bil astro dengan menggunakan servis yang TWIN TOPUP sediakan. Tidak sampai 1jam dah boleh tengok cerita di astro. Cepat kan.. Bukan setakat cepat, bahkan anda tak perlu keluar rumah tapi hanya gunakan telefon anda sahaja untuk bayar bil.
Bukan hanya bil astro, bil telefon, bil air, tetapi banyak lagi bil yang boleh anda bayar hanya dengan menggunakan servis yang di sediakan TWIN TOPUP. Di bawah ada antara servis yang disediakan. 

Sesiapa yang berminat untuk join team saya boleh la whtsapp saya 0172965049 ya.

Saya pasti anda tidak akan menyesal sebab sekarang ni ada YURAN PROMOSI yang amat-amat murah....

Jom... Sertai team saya dan jana pendapatan tambahan anda.


Rabu, 18 Julai 2018

UPT OH UPT

UPT?
Ooo,  upt...
Kejap-kejap,
Eh apa benda tu upt?
Siapa boleh guna?
Macam mana guna?
Beli kat mana?
Berapa harganya?
Bla...bla... Bla...

😇😇😇😇
Hai hai hai semua.
Pening tetiba kalau soalan bertubi-tubi datang..
Meh dekat sikit, nak cerita kat you all semua apa tu upt....





Kalau you all nak tahu, inilah antara contoh upt. 
Gambar yang bawah sekali adalah testimoni custemor yang double line(mengandung).

Upt adalah salah satu alat untuk menguji seseorang itu hamil ataupun tidak.. BUKAN UNTUK UJI SUBUR TAHU.. yang untuk uji subur itu memang ada tapi bukan yang ini tahu.. Kan tidak pasal-pasal blog aku ni diserang sebab salah faham.. 

Dengan upt ni, seseorang akan dapat tahu dia mengandung atau tidak dengan cepat. (result@keputusan akan dapat dilihat dalam beberapa minit sahaja) .Jadi hati-hati ya bila nak menipu bab mengandung ataupun dipanggil juga berbadan dua ni.

Upt ni senang sangat di gunakan. Hanya mencelup sedikit strip ke urine dan lihatlah keputusannya.

Upt boleh didapati di seluruh farmasi, watsons, 7E dan ada sesetengah pasaraya menjual upt dan upt dijual mengikut harga tertentu mengikut jenis upt.Ada yang murah dan ada yang mahal.. 






Sabtu, 7 Julai 2018

JOM JADI AGEN TOPUP



Berminat nak jadi agen jual topup?
Berminat untuk cari income tambahan??

Jom sertai kami di twintopup.
Yuran pendaftaran yang teramat murah iaitu rm10 untuk level 1,anda tidak akan jumpa di mana2..

Selain untuk urusan jual topup, anda juga boleh bayar bil astro, tnb, air kelantan, njoi,  dan banyak lagi.

Yang berminat dan untuk ketahui lebih lanjut, boleh whtsapp saya
www.wasap.my/0172965049/twintopup

Ahad, 1 Julai 2018

NOKIA


Rindunya kat handphone ni.
Banyak jasa pada ku. Dengan handphone inilah, aku start jual topup.. Tapi sayang, handphone ni hilang dariku..dicuri oleh makhluk allah yang panjng tangan
Tak sangka, tak duga..
Tapi itulah kenyataan.. Tetiba "ghaib" dari pandangan..
Sedihnya..
Semoga pencuri mendapat balasan.


HAMIL LAGI

Alhamdulillah
Double line
Horey
Horey
Horey

Suka sangat..
Doakan kami sihat dan ok sentiasa ya...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...