Isnin, 22 Jun 2015

ULTRASOUND @ SCAN

Assalamualaikum dan salam ramadhan semua.

apa khabar blogger semua?Harapnya sihat alhamdulillah semuanya.aamin..

Hari ni kesihatan masih tidak berapa ok..batuk + selsema + demam + lengguh2 badan semuanya ada..Sudah 2,3 hari terasa tidak sihat badan...

Nanti petang 2pm ini,ada temujanji di klinik pengkalan chepa untuk scan kandunganku yang kini semakin aktif dan lincah dalam rahimku.

Harapanku agar baby dan diriku sihat dan sembuh dari sakit ni.



TIDAK TERTANGGUNG

Assalamualaikum
Selamat pagi dan salam ramadhan kepada semua.Sudah solat subuh belum??atau siap sahur jer,tarik selimut semula...

Hari ni ramadhan ke5..Sekejap pulak rasanya.Tinggal 25 hari jer lagi kita bersama ramadhan,bulan yang mulia ini.

Bila di siang hari,rasanya nak cepatkan detik2 waktu supaya bergerak laju kerana tidak tertanggung rasa lapar dahaga,kepenatab yang di alami tetapi malam nya pulak terasa nak lambatkan kerana sayangnya pada ramadhan..Takut ramadhan meninggalkan kita semua dan tidak pasti apakah ramadhan akan menemui kita semua nanti.

Salam ramadhan semua.puasa jangan tak puasa..Semoga ramadhan ini menjadi permulaan bulan untuk kita berubah ke arah kebaikan dan terus melakukan kebaikan di masa hadapan..

Aamin.


Sabtu, 20 Jun 2015

LOGO HALAL

Kenali LOGO HALAL JAKIM
Lihat dan kenal betul-betul, jangan keliru dan tertipu.


TAHUKAH ANDA


SEKADAR PERKONGSIAN ILMU

  •   Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?
  • Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?
  •   Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?
  •   Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?
  • Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?
  •   Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?
  • Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?
  • Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?
  •   Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?
  • Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?
  •   Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sndri pun baru tahu...

Jadi...

Panjang2kanlah agar lebih ramai yang tahu....

KATA YANG INDAH : DOAKU UNTUKMU


DIA lah sebaik-baik penjaga.
Di mana sahaja kamu berada,harapanku agar dirimu selalu bahagia.


YA ALLAH
YA TUHANKU
ENGKAU lah sebaik² pelindung dan penjaga..
PadaMU lah tempat daku memohon.

RESEPI KUIH LAPIS



Bismillahirahmanirahim...
Puasa hari ni memang menguji kesabaranku..mana tidaknya,dengan rasa penat,lengguh kaki,pening kepala,dan dahaga air (nama lagi puasa kan hehehe) ada belaka...


Subhanallah..Alhamdulillah..

Dalam kepenatan dan pening kepala,saya sempat buat KUIH LAPIS dan jadikan sebagai satu menu berbuka..first time buat kuih lapis..tak tahu rasa macam mana..jadi ke tidak tak taw ler...hehehee




 ...KUIH LAPIS HASIL AIR TANGANKU.. 



Setelah bunyi azan maghrib di masjid, saya pun merasa lah kuih lapis ni...

Meskipun tidak lah secantik mana,tetapi rasanya memang sedap, lembut dan memang puas hati.

Next time boleh buat lor..memang tidak membazir dan saya betul-betul gembira :-) kerana saya berjaya buat kuih lapis...

Di sini saya sertakan sekali resepi kuih lapis..manalah taw kalau² ada yang ingin membuatnya.

RESEPI KUIH LAPIS

Bahan-bahannya :-
• 2 cawan tepung gandum
• 4 cawan santan
• 1 cawan gula
• sedikit garam
• pewarna merah
• 1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya :-
• kisar semua bahan tersebut kecuali pewarna.
• bahagi 2 bahagian & warnakan
          i - warna merah
         ii - warna asli.
• tuang 3 senduk  warna asli dalam loyang dan kukus
• masukkan pula 3 senduk warna merah & kukus lagi
• ulang sampai siap dan habis
• tunggu sehingga sejuk baru di potong.

PESANAN !!!
** Setiap lapisan kukus selama 5 minit
** Lapisan terakhir kukus selama 20 minit

Akhirnya, siap...hehehe
Senangkan nak buat KUIH LAPIS ni.
Selamat mencuba semuanya.


Jumaat, 19 Jun 2015

ONDE-ONDE PEMBUKA SELERA

Alhamdulillah...
selamat menjalani ibadah puasa dengan sempurna walaupun terasa keletihan dan kepenatan pada last2  minit sebelum berbuka.

Hari ini berbuka tidak lah ada yang special kecuali onde-onde gula melaka buatan sendiri.Hendak beli terasa mahal pulak hehee tambah pulak nak masuk pasar ramadhan mesti penuh sesak kan.. 

Onde-onde gula melaka bukanlah payah mana nak buat..jadi keputusannya buat sendiri di rumah dan boleh agih2kan utk sanak saudara sekali..

Inilah rupa onde-onde gula melaka ku.
ONDE-ONDE GULA MELAKA


di sini saya sertakan RESEPI ONDE-ONDE GULA MELAKA 
manalah taw tetiba terliur nak buat kan...hehehe


onDE-ONdE ( KuiH guLa mELaKa)
------------------------------------------------------------
BAHAN2:-
  • 3CAWAN TEPUNG BERAS PULUT
  •   1 CAWAN AIR
  • SECUBIT GARAM
  •   PEWARNA HIJAU
  • GULA MELAKA / NISSAN DI POTONG DADU
  • KELAPA PARUT YG DI GAUL SEDIKIT GARAM + GULA
.
.
CARA2:-
  •  TEPUNG + GARAM + AIR ( ULI SEBATI DAN SAMPAI TIDAK
MELEKAT PADA JARI )
  •   MASUKKAN PEWARNA
  •   DIDIHKAN AIR DALAM PERIUK
  •   GONTELKAN ADUNAN DAN LETAKKAN GULA MELAKA DI TENGAH2NYA & GONTEL SEMULA SEHINGGA ADUNAN MENUTUP SELURUH GULA MELAKA
  •   MASUKKAN ADUNAN YG TELAH DI BENTUKKAN KE DALAM AIR DIDIH DAN REBUS SEHINGGA ADUNAN TERAPUNG DI PERMUKAAN AIR SELAMA 5 MINIT.
  •   ANGKAT ADUNAN YG TELAH MASAK DAN GELAKKAN ADUNAN KE DALAM KELAPA PARUT
  •   SIAP UNTUK DI HIDANGKAN
--------------------------------------------------------------- 

PESANAN !!!
.
i - JANGAN GONTEL ADUNAN TERLALU NIPIS, NANTI ADUNAN SENANG PECAH @ BOCOR GULA MELAKA DI DALAMNYA.
ii - SELEPAS MENGONTEL, TERUS DI LETAKKAN KE DALAM AIR DIDIH SUPAYA BENTUKKNYA CANTIK.


  ---------------------------------------------------------------

selamat mencuba semua...

Rabu, 17 Jun 2015

AL-FATIHAH

Semalam 15.6.2015 jam 3.00 petang saya di khabarkan sepupu sebelah en.suami meninggal dunia setelah beberapa hari koma di hospital usm kubang kerian setelah terlibat dalam kemalangan ngeri.

Hari ini 16.6 2015 lebih kurang pukul 9.00 lebih malam ( lepas isyak ) saya di khabarkan lagi dengan berita pilu kepulangan emak kakak ipar ke rahmatullah setelah beberapa hari dimasukkan ke dalam hospital kota bharu.

Puasa yang hanya mengira detik untuk menemui kita ( umat islam ) terasa sedikit hambar dengan kehilangan insan2 yang tersayang.

Apa-apapun saya doakan mereka yang telah menemui penciptaNYA semoga lebih bahagia dan damai di sana.

Hanya sedekah al-fatihah dan bacaan yaasin yang dapat saya hadiahkan.in sha allah, semoga tenang di alam sana.

Menangisi yang pergi tiada guna kerana boleh menyeksa jiwa si mati di alam sana.

Al-fatihah.

Sabtu, 13 Jun 2015

DOA

Doa adalah senjata orang mukmin...

Tidak kira dalam apa jua keadaan,doa adalah perantaraan orang mukmin dengan penciptaNYA (ALLAH)

Ini adalah doa untuk dapatkan anak yang cerdik dan pandai.

In sha allah, jika di amalkan dengan bersungguh2 dan percaya padaNYA 
In sha allah, DIA akan perkenankan doa2 kita...
Aamin


GELAK PAGI

Usop, seorg kanak2 yg dihantar oleh neneknya ke stesen bas hentian Putra, utk kembali kpd ibu bapanya yg tinggal di Kelantan.
Setelah bas bergerak tidak jauh dari hentian Putra, usop yg duduk di kerusi belakang, bangun dan menghampiri pemandu bas. ''Abg, nanti kalau sampai Tanah Merah, bagitau ye'',
''ye'' jawab pemandu bas.

Tidak berapa lama, Usop menghampiri pemandu bas lagi dan berkata
'' abg, dah sampai Tanah Merah ke?'',
''belum, xpe duduk dulu, nanti abang bagitau''.
Tidak lama selepas itu, Usop menghampiri lagi pemandu bas tadi,
''abg, dah sampai belum?'',
''tak lagi dik''.
Semua penumpang berasa tidak senang dengan Usop kerana sikapnya itu.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya ''dah sampai ke bang?'',
''belum dik, jauh lagi'' jawab pemandu bas dengan nada yang agak geram.
Kemudian Usop datang lagi dan bertanya
'' sampai tak lagi bang?'',
''aku cakap belum! Belum la! Ko duduk je, nanti sampai aku bagitau la!''.
Usop pun kembali semula ke kerusinya.
Semua penumpang turut marah dengan sikap nya itu. Usop diam, dan dia pun tertidur. semua orang merasa tenang.
Setelah lama perjalanan tersebut, tanpa disedari, bas telah pun melepasi Tanah Merah.
Ketika hendak memasuki Kota Bharu, pemandu bas tadi baru teringatkan hasrat Usop. Usop masih tidak sedar dari tidurnya.
Semua orang merasa kasihan dengan Usop. Pemandu bas berbincang dengan penumpang, samada hendak pusing semula ke Tanah Merah atau terus ke Kota Bharu.
Selesai berbincang, mereka semua sepakat untuk pusing semula ke Tanah Merah kerana kasihankan Usop.
Setelah sampai di Tanah Merah, pemandu bas terus mendekati Usop dengan perasaan simpati,
'' dik, dah sampai dah Tanah Merah'',
''oh, ye ke? Terima kasih bang''
kemudian Usop segera membuka beg nya dan mengeluarkan sesuatu.
Dengan penuh hairan, pemandu bas bertanya,
''adik tak nak turun ke?'',
''tak lah, rumah saya kat Kota Bharu. Cuma nenek ade pesan, kalau sampai Tanah Merah nanti, makan nasi yang nenek bagi ni, takut nanti sakit perut pulak''.
Sekian..


PUASA TAPI TAK PUASA



NAMA & HUKUM

Pada sapa yg letak nma bf dpn nama dia sila baca!!! 
Ramai yang sy perhatikan,tak kira suami dulu atau isteri dulu nama didepan... 
sila tukar semula 

 PERHATIAN  BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

Ramai wanita muslimah setelah menikah atau yg brkasih, lalu menisbatkan (mencantumkan) namanya dengan nama suaminya/kekasihnya.. 
misalnya : Aisyah menikah dengan Amiruddin, 
kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin" 

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini? 
Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. 
Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkan menambahkan “NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya meskipun nama ter sebut adalah nama suaminya. 
Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. 
Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya (WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya. 

Berbeza dengan budaya barat (kafir) 
Contoh: lelaki (suami) Bill Clinton, perempuan (isteri) Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham.. lelaki (suami) Barrack Obama, perempuan (isteri) Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, DLL.. 
Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, 
“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia.  

Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah” 

( HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)

Wallahu'alam... 

Rasulullah bersabda : "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala..moga semua memperolehnya. 

Aminn . 

Jangan LUPA SHARE ILMU..

wallahualam..

KISAH SEDIH

JANGAN TERLALU MEMILIH PARAS RUPA.
KERANA IA TIDAK AKAN KEKAL LAMA


MOTIVASI DIRI SENDIRI

SETUJU 100%


::TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL::

::TIPS BUAT SUAMI SAAT ISTERI HAMIL::




Untuk perhatian suami yang isterinya sedang mengandung :
  •   Jangan pulang kerja terlalu malam
  •   Jangan merokok. Nikotin sangat buruk untuk janin dan isteri.
  •   Jangan menonton TV terlalu banyak.
  •   Berilah perhatian ekstra pada isteri. Ketika berada di luar, telefon atau hantar sms untuk sebagai  tanda prihatin kepada isteri.
  •  Bantulah isteri dalam mengerjakan pekerjaan rumahtangga.
  •   Jangan kerap tinggalkan isteri sendirian tanpa ada teman. Isteri hamil cenderung menjadi lebih sensitif dan mudah stress.
  •   Jangan mengucapkan hal yang sensitif mengenai berat isteri yang bertambah akibat kehamilan. Tetapi mulalah belikan isteri baju hamil yang cantik-cantik
  •   Ketika memandu kereta bersama isteri, jangan laju2 atau sebaiknya sangatlah perlahan jika melalui bonggol jalan.
  •   Jangan biarkan isteri anda pergi ke klinik sendirian. Pergilah bersamanya untuk check up bulanan atau mingguan.
  •   Pada waktu melahirkan, jangan tinggalkan isteri sendirian. Ambillah peluang ini melihat sendiri kelahiran anak anda, disamping dapat beri sokongan moral kepada isteri.

SEMOGA BERMANFAAT BUAT KITA SUAMI ISTERI

JANGAN BERSEDIH

USAH BERSEDIH




1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya..

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nmpk jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan. 

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya. 

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna. 

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah 
 Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya. 

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian seblm bertemu kembali Hawa. 

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal. 

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bilamana brrhadapan dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN..



PETUA TERCEKIK TULANG IKAN

Tercekik tulang ikan merupakan sesuatu perkara yang merbahaya kerana ia boleh menyebabkan tekak kita terluka dan sangat menderita.

Tercekik tulang ikan bukan hanya menyebabkan kita rasa tidak selesa tetapi juga menyebabkan kita rasa sakit di tekak dan terasa perit untuk menelan.

 PETUA TERCEKIK TULANG IKAN

  •  Minum air dalam tudung periuk
  •   Kalau rasa tercekik tu, time tercekik tu ah, cepat cepat pusingkan pinggan 3 kali sambil   berselawat. InsyaAllah tulang ikan tu akan terlepas
  •   Kepal nasi pastu telan
  •   Makan pisang
  •   Tarik telinga kiri dan kanan. tapi jangan tarik sekuat hati lak. mahu tercabut telinga kang dah satu hal..hehhe..

SELAMAT MENCUBA 

AKU ISTERIMU



terjumpa kat facebook
ada orang post kan...

sama2lah kita renungkan dan fikirkan dengan mata hati

SALAM RAMADHAN



Pejam celik pejam celik....
bulan jun dah nak sampai ke pertengahan
kini hanya tinggal 4 hari lagi kita bakal menemui 
ramadhan al-mubarak
18 jun 2015 : 1 ramadhan
bulan yang penuh dengan keberkatan


Saya nak memohon maaf jika sepanjang saya berblog
saya ada menyinggung hati, mengguris jiwa sesiapa jer
saya memohon maaf juga kalau ada komen-komen saya 
tu ada yang terasa hati @ pun terluka gitu heheeee


SALAM  RAMADHAN



Jumaat, 12 Jun 2015

BARANGAN BABY

Alhamdulillah...
kini dah masuk 7 bulan saya mengandung...
segala alahan dan rasa tidak selesa dah tiada melainkan rasa tidak enak untuk tidur

Kini saya berfikir untuk membeli barangan baby
dalam online sekarang banyak kan..
hanya klik, klik, klik dan klik...
semuanya berada di hujung jari kan.
 
Nak itu, hanya order...
Nak ini, hanya order jer...
taw2 barang dah sampai
 senang, mudah dan cepat.




KES VIRAL BARANGAN ONLINE

Selamat malam semua..

Akhir-akhir ini kita seringkali terdengar dan terbaca dalam media massa, facebook, twitter dll
tentang kes barangan custemor yang di buka dan parcel di robek.

Kesian pada penjual online dan custemor..











Akhirnya, 

Pos Laju bersuara jugak...


KATA YANG INDAH : SEBAB AKU TIDAK BAHAGIA



Sama-samalah kita renungkan dan motivasikan diri

Di antara sebab kita tidak pernah merasa bahagia.

HAPPY BIRTHDAY ADIKKU

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-25 adik bongsu kesayanganku 
" MOHD ARIF BIN MOHAMAD"


Doaku untukmu adikku
  • semoga rahmat ALLAH sentiasa bersamamu
  • semoga panjang umur
  • semoga murah rezeki 
  • semoga dikau sentiasa bahagia dan ceria 
  • semoga dirimu sentiasa tabah dan semakin kuat hadapi ujian dan dugaan hidup yang semakin hari semakin berliku
  • semoga suksess selalu
  • happy go lucky together
  • semoga impian dan hajat tercapai walaupun lambat..

MAAF LER SEBAB LEWAT WISH.


I LOVE YOU ALWAYS.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...